Pengarah: Dharma Nasution & Intan Ladyana
Penulis Skrip: Dharma Nasution
Pelakon: Intan Ladyana, Mustaqim Bahadon, Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri.
Syarikat Produksi: Prisma Pictures Sdn Bhd
Pengedar: Netflix
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: 87 minit
Tarikh Tayangan: 25 Januari 2024
Trailer:
Sekumpulan paranormal yang diketuai oleh Hairi (Mustaqim Bahadon) mencari entiti ghaib di salah sebuah lokasi seram yang popular – Banglo Seksyen 12. Di sana mereka terjumpa dengan seorang lelaki berlumuran darah bernama Fahmi (Faez Malek). Selain Fahmi, terdapat beberapa mayat tanpa kepala dijumpai di lokasi tersebut lalu menimbulkan syak bahawa kesemua mangsa dibunuh oleh Fahmi.
Perkara tersebut ditegah oleh Dr. Saleha (Intan Ladyana), seorang pakar psikologi yang datang ke situ untuk mencari maklumat tentang kes Fahmi dan juga kes lama yang pernah berlaku pada tahun 2006. Kes tersebut mempunyai fakta kes yang sama di mana kesemua mayat remaja dipancung dan kepala mereka tidak dijumpai di mana-mana malah suspek masih lagi bebas.
Setelah dipujuk oleh Dr. Saleha, Fahmi yang masih trauma dengan kejadian yang dialami mula membuka cerita bagaimana dia dan Kawan baiknya, Riena bersetuju untuk menyertai aktiviti paranormal di situ bersama senior mereka – Fazli (Hariz Hamdan), Amir (Aniq Suhair), Gee (Farah Yasmin) dan Aqeel (Faris Fitri).
Naskhah seram Banglo Seksyen 12 arahan bersama Dharma Aizat dan Intan Ladyana merupakan adaptasi dari novel popular Banglo Seksyen 12 karya nukilan Hasrudi Jawawi yang menggunakan lokasi seram di Shah Alam, Selangor. Filem yang mendapat kelulusan dana sebanyak RM500,000 menampilkan Intan Ladyana secara pertama kalinya sebagai pengarah. Intan memilih genre seram dan misteri kerana menjadi genre kegemaran penonton filem Malaysia.
Jalan cerita Seksyen Banglo 12 mempunyai 3 latar masa yang bersilih ganti dan ada masanya boleh terkeliru kerana ada pelakon yang sama dalam latar masa terlibat. Bukan sebab ada connection tapi sebab kekangan bajet. Disebabkan pace cerita yang perlahan jadi sempatlah kita bezakan latar masa yang mana tengah berlaku pada ketika itu.
Bila watak Dr Saleha terangkan kenapa Banglo Seksyen 12 jadi salah satu lokasi seram di Malaysia, boleh faham lah kenapa kumpulan pada tahun 2006 tu meninggal dalam keadaan yang mengerikan. Namun penceritaan yang inginkan kelainan dari novel asal terlihat lemah dan draggy. Mungkin babak Fahmi diganggu di rumah sewa kena stretch sebab skrip asal dirombak sampai 3 kali tapi boleh sangat pengarah kembangkan babak lain.
Watak yang dimasukkan dalam filem Banglo Seksyen 12 agak ramai dengan 3 latar masa berbeza memang tak sempat nak connect dengan audience. At least bina 2 atau 3 watak yang solid supaya boleh kuatkan emosi atau tinggalkan impak dari cerita. Nak connect dengan Fahmi pun malas sebab spesies yang tak disukai lepastu tak bijak. Who needs that kind of main lead? Yang watak Hairi tak sudah baran dari awal sampai ke hujung cerita. Sama dengan watak Gee asyik cari pasal. Watak Riena pula asyik senyum creepy sebab angau dengan Fazli.
Kenapa pengarah tak guna face card dan talent Aniq Suhair sebagai watak utama dalam filem Banglo Seksyen 12? Kalaupun jalan cerita tak seronok, sekurang-kurangnya ada eye candy. Watak Amir je lah yang seronok nak tengok sebab watak dia sejenis yang tenang dan waras. Masa dia terkejut sebab Fahmi tegur tu menjadi, rasanya yang tu betul-betul terkejut sebab Faez tahan gelak tengok reaksi Aniq.
Sinematografi filem Banglo Seksyen 12 tak lah cantik mana memandangkan bajet pun tak banyak so I won’t comment much for this department. Props pun tak banyak sampai hantu yang muncul pun cuma ada dalam gambar. And yes, filem Banglo Seksyen 12 ni tak seram sebab pengarah lebih fokus pada jenayah dan misteri yang berlaku di rumah tersebut.
Sebab tengok filem Banglo Seksyen 12 ni dekat Netflix, rasa membuak-buak pula nak baca novel asal dia since novel seram ni jadi novel laku keras Novel Prima. Setakat yang dibaca, I lagi suka cerita asal dari penulis Hasrudi Jawawi sebab penceritaan yang lebih logik, teratur dan mudah difahami. Kesian lah dekat penulis bila karya dia diolah sebegitu rupa tapi mungkin akan datang ada produser nak buat filem yang sama dan lebih baik dari filem ni.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 4/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.