Movie Review | Air Mata Surga (2015)

Saturday, 28 June 2025


Pengarah: Hestu Saputra   
Penulis Skrip: Rahabi Mandra, Titien Wattimena, Lintang Pramudya Wardani
Pelakon: Dewi Sandra, Richard Kevin, Morgan Oey, Adhitya Putri, Roweina Umboh, Ayu Dyah Pasham Agatha Valerie
Syarikat Produksi: Tujuh Bintang Sinema  
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama 
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2015 
Trailer:



Filem yang diadaptasi dari sebuah novel berjudul Air Mata Tuhan karya nukilan Aguk Irawan mengisahkan tentang Fisha Syakila (Dewi Sandra) yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Berdikari Nusantara di daerah Yogyakarta, Indonesia dalam jurusan Psikologi. Fisha tinggal bersama Ibu (Ayu Dyah Pasha) dan adik perempuannya, Amira (Agatha Valerie). 

Fisha sibuk dengan tesis untuk lulus pengajian. Draf tesisnya berkenaan rocking chair untuk ibu menyusu diterima oleh pensyarah lalu Fisha ke peringkat seterusnya, mencari guru pembimbing tesis bernama Dr. Fikri Syarifudin (Richard Kevin), alumni universiti tersebut. 

Setelah Fikri setuju untuk berjumpa, Fisha segera berangkat ke Jakarta. Jatuh cinta dengan peribadi Fisha, Fikri segera melamar untuk jadi isterinya. Namun Fisha tidak disukai oleh ibu mertuanya, Halimah (Roweina Umboh) kerana dia ingin Kevin berkahwin dengan calon menantu pilihannya, Riri (Imaz Fitria). 

Filem Air Mata Surga arahan Hestu Saputra menggunakan genre romantis drama untuk mengangkat tema pengorbanan seorang wanita. Filem yang diterbitkan pada Hari Ibu ini menjadi pendukung kepada Kongres Wanita Indonesia bersama Kementerian Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak dalam menyampaikan mesej sosial dan memberi inspirasi kepada para wanita di Indonesia. 

Dari awal lagi Fisha digambarkan sebagai seorang perempuan yang bijak dan mempunyai cita-cita. Selain cerdas daya pemikiran, dia juga menggunakan ilmu, pengalaman dan tenaga untuk berbakti kepada anak-anak di kawasan perumahan. Kesemua aktiviti dia akan ditemani oleh Hamzah (Morgan Oey) jadi tak hairan lah kalau Hamzah pasang niat untuk jadikan Fisha sebagai isteri.

Penceritaan Air Mata Surga dari awal hingga ke pertengahan cerita diceritakan dengan baik bagaimana pasangan suami isteri ini menghadapi konflik rumah tangga. Masuk ke second half, genre drama ambil alih sepenuhnya hingga filem terasa meleweh dan bosan dengan approach yang diambil oleh watak utama. 

Tapi apa sangat yang boleh Fisha buat kalau Halimah dengan Oma (Titi Dibyo) bertegas mahukan waris. Merepek lah juga sebab Fikri tak jaga bisnes keluarga pun. Nak waris sampai minta Fikri ceraikan Fisha pun entah untuk apa. Boleh sangat kalau ambil anak angkat. Ingatkan pengarah masukkan babak Fisha berbual dengan jururawat tentang kes anak jadi yatim piatu sebab nak bawa filem menuju ke arah tu rupanya bukan. 

‘Kamu tahu betapa pentingnya bagi keluarga kita untuk melanjutkan keturunan. Itulah alasan opa kamu punya tiga orang isteri. Kerna itu sangat penting buat opa kamu.’ – Oma Aida

Walaupun menyampah dengan perkembangan Air Mata Surga tapi casting director did a great job dengan pilih Dewi Sandra bersama Richard Kevin sebagai pelakon utama sebab chemistry mereka berdua buatkan babak romantik terlihat manis walaupun cuma berbual kosong. Ditambah dengan landskap Yogyakarta yang cantik di waktu senja buatkan momen mereka berdua terlihat romantis. Dari pandangan mata pun terlihat meyakinkan sedang jatuh cinta. Alasan utama kenapa boleh layan filem ni sampai habis dan emosi bila pasangan suami isteri ini diuji. 

Sinematografi filem Air Mata Surga dari Ujel Bausad dibikin dalam template visual sinetron, sesuai lah dengan jalan cerita yang seakan sama. Wardrobe Fisha ada masanya tampak stylish dan menarik tapi ada juga masanya over dengan gabungan warna yang tidak sepadan. Seronok tengok majlis perkahwinan Fisha dengan Fikri sebab wedding dress Fisha cantik sangat. Title track Air Mata Surga dinyanyikan oleh Dewi Sandra sendiri. 



Kalau ikutkan not bad lah filem Air Mata Surga, boleh juga ditonton berulang kali cuma tindakan Fisha tu a bit selfish. Daripada luangkan masa cipta kenangan dengan Fikri, dia buat drama sebabak. Air Mata Surga boleh ditonton di Netflix. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.