999 | PEMBURU PEDO, DEDAH SISI GELAP PEDOFILIA DIGITAL DI MALAYSIA!

Wednesday, 25 June 2025

Sempena ulang tahun ke-41 TV3, program penyiasatan ikonik TV3, 999, membawakan satu episod khas bertajuk ‘Pemburu Pedo’, yang akan disiarkan pada 25 Jun 2025, jam 9.00 malam. Episod ini akan membawa penonton menyelongkar sisi gelap pedofilia digital yang kian membimbangkan di Malaysia dengan fokus kepada pendedahan eksklusif jenayah seksual kanak-kanak yang berlaku dalam talian serta modus operandi penjenayah yang licik bersembunyi di sebalik identiti maya.

Sebagai pembuka mata kepada realiti yang mengerikan, episod ini memulakan pendedahannya dengan mengimbas beberapa kes berprofil tinggi yang pernah menggemparkan negara. Antaranya adalah:

  • Kes Amirul Arif Mohd Yunos, seorang rakyat Malaysia yang ditahan di United Kingdom pada tahun 2024 atas kesalahan memiliki dan menyebarkan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak. 
  • Kes Richard Huckle pada tahun 2016, penjenayah pedofilia dari Britain yang mengaku menyerang lebih 200 kanak-kanak, termasuk 23 mangsa di Kuala Lumpur. 
  • Tahun 2025 pula menyaksikan kebimbangan baharu apabila tular sebuah kumpulan Facebook bernama ‘Grup Budak Sekolah’ yang menyebarkan imej tidak senonoh pelajar sekolah rendah, didedahkan oleh seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Mek Yun.

Bagi memperkukuh tindakan membanteras jenayah ini, Unit D11 Bukit Aman melancarkan Operasi Cyber Guardian dari 24 Februari hingga 28 Mac 2025 di Selangor dan Pulau Pinang. Operasi ini membawa kepada penahanan empat individu, termasuk seorang penjawat awam, serta rampasan lebih 50,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM). 

Kes-kes yang dikenal pasti telah dibawa ke muka pengadilan, menandakan komitmen pihak berkuasa untuk tidak berkompromi terhadap jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Tindakan pantas, ketekunan penyiasatan dan kepakaran pasukan khas D11 menjadi tulang belakang kepada usaha memburu pelaku yang mengeksploitasi ruang digital sebagai medan jenayah.

Menutup pendedahan ini, 999 menyeru masyarakat agar lebih peka dan berani bertindak. Sekiranya mengesyaki sebarang bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak, orang ramai digalakkan untuk membuat laporan segera di balai polis terdekat. 

Jangan lepaskan episod khas 999 bertajuk ‘Pemburu Pedo’ pada 25 Jun 2025, jam 9.00 malam hanya di TV3, pendedahan eksklusif yang membuka mata dan wajib ditonton oleh setiap lapisan masyarakat demi keselamatan anak-anak kita.

******************

Mengenai TV3
TV3 merupakan saluran televisyen No.1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar. 

TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari. 

Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini. 

Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.