Movie Review | Smile 2 (2024)

Sunday, 22 June 2025


Pengarah: Parker Finn   
Penulis Skrip: Parker Finn 
Pelakon: Naomi Scott, Rosemarie DeWitt, Miles Gutierrez-Riley, Kyle Gallner  
Syarikat Produksi: Temple Hill Entertainment, Bad Feeling   
Pengedar: Paramount Pictures  
Genre: Seram / Psikologi / Thriller 
Durasi Tayangan: 127 minit
Tarikh Tayangan: 18 Oktober 2024 
Trailer:


6 hari selepas kematian Rose Cotter akibat sumpahan The Smile, bekas teman lelakinya, Joel cuba untuk serahkan sumpahan tersebut kepada salah seorang penjenayah di kawasannya. Cubaan dia gagal apabila secara tak sengaja tertembak saksi dalam tembakan rambang tersebut. Joel juga meninggal di tempat kejadian tanpa diketahui kepada siapa sumpahan tersebut berpindah perumah. 

Sementara itu, di New York, seorang penyanyi terkenal, Skye Riley (Naomi Scott) muncul semula selepas setahun menerima rawatan selepas kemalangan jalanraya yang mengorbankan teman lelakinya, Paul Hudson (Ray Nicholson). Sekaligus Skye mengumumkan tour kepada peminatnya menerusi wawancara bersama Drew Barrymore Show. 


Walaupun berjanji tak akan terjebak dengan dadah lagi tapi Skye masih memerlukan Vicodin untuk hilangkan rasa sakit akibat dari kemalangan juga trauma yang dialaminya. Ketika Skye sampai di rumah Lewis (Lukas Gage), pembekal dadah tersebut dalam keadaan yang serabai dan kusut-masai. Awalnya Skye rancang untuk batalkan saja pembeliannya tapi selepas Lewis melolong dan meraung ketakutan, Skye cuba untuk membantu. Tanpa sedar, Skye sudah menjadi mangsa The Smile yang seterusnya. 

Berbeza dengan naskhah asal Smile (2022), sekuel arahan dan penulisan Parker Finn lebih menggerunkan dan gore. Smile dah ceritakan dengan cemerlang tentang sumpahan The Smile dan watak-watak yang terlibat hinggakan jarak 2 tahun tak mengganggu perkenalan babak di awal filem Smile 2. Kita faham kenapa watak Joel terdesak untuk bunuh sebelum The Smile datang tuntut nyawa dia. Even pengarah munculkan roh Dr. Cotter yang mati secara tragis dalam rumah pusaka ibunya. 


Sama macam mangsa-mangsa The Smile yang lain, Skye turut mengalami gangguan yang sama tapi dia tak mampu nak minta tolong dengan sesiapa sebab takut kontroversi dia ambil dadah akan muncul balik dan secara tak langsung gagalkan usaha semua pihak yang terlibat dalam tour dia. Lakonan Naomi Scott benar-benar meninggalkan impak yang mendalam sebagai penyanyi pop yang lemas dalam stardom juga sebagai mangsa The Smile. 


Seram tengok Skye diganggu sekumpulan penari di rumah dengan senyuman mengerikan atau babak dia bersendirian dalam changing room. I bet Naomi’s reference untuk watak Skye ialah Miley Cyrus sebab banyak sangat persamaan dengan watak Skye. Masa tengok Smile 2 teringat pula pada filem The Substance (2024) kerana persamaan pada tema dan konsep yang digunakan, di mana selebriti wanita sentiasa terjebak dalam masalah besar untuk kekal relevan di mata peminat. 


Seriau tengok babak Skye terganggu dengan prompter masa bagi ucapan dekat majlis amal. Makin mencanal anxiety level lepas tengok babak tu sebab rasa gemuruh bercakap depan orang antara perkara yang tersangatlah perlu dielakkan. 

Tak pasti apa jadi dengan Parker Finn selepas kejayaan filem Smile tapi yang pastinya dia naikkan lagi bar untuk genre psychological thriller sebab saspens, seram dan kejutan bersilih ganti buatkan kita tak senang duduk sepanjang 127 minit. Dalam sekuel Smile 2, pengarah beri ruang untuk watak protagonis dan antagonis menyerlah dalam ruang masing-masing. Kita semakin kenal dengan The Smile dan keupayaan dia selain muncul sebagai halusinasi dalam badan mangsa. 


Sinematografi dari Charlie Sarroff menghidupkan suasana terperangkap dalam kemurungan dan juga halusinasi mangsa. Transisi yang dimasukkan menambahkan lagi ketegangan dalam hidup Skye. Runut bunyi yang dimasukkan menjadi sinergi kukuh dalam memaparkan Smile 2 dengan lebih bergaya dan moden. 

Macam mana Parker Finn nak kembangkan universe Smile dalam instalment seterusnya nanti tak tahu lah sebab sumpahan The Smile akan berskala besar. Mungkin kita akan jumpa cara untuk hentikan sumpahan atau mungkin mangsa The Smile masih dalam lingkungan kecil supaya kualiti cerita terjaga. Boleh jadi berpatah semula ke babak pam minyak sebab petrol attendant tu terjangkit dari abang Morris. 

 
I enjoy sangat layan Smile 2 walaupun kembang tekak sebab layan filem ni masa makan. Persoalan Smile masih lagi belum terjawab sama ada gangguan The Smile ni adalah sumpahan atau mangsa sendiri yang terperangkap dalam mental issues masing-masing sebab mangsa yang terjebak ada trauma yang dalam. Masing-masing pilih untuk bersendirian kecuali Laura yang dapatkan rawatan di hospital tapi itupun dah terlambat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.