Movie Review | Drop (2025)

Sunday, 15 June 2025


Director: Christopher Landon
Writers: Jillian Jacobs, Chris Roach
Cast: Meghann Fahy, Brandon Sklenar, Violett Beane, Jacob Robinson, Reed Diamond, Gabrielle Ryan, Jeffery Self, Ed Weeks, Travis Nelson
Production Companies: Blumhouse Productions, Platinum Dunes, Wild Atlantic Pictures
Distributor: Universal Pictures 
Genre: Thriller
Running Time: 95 minutes
Release Dates: 9 March 2025 (SXSW), 11 April 2025 (United States)
Trailer:


Violet Gates (Meghann Fahy) merupakan seorang ahli terapi dan mempunyai kisah silam yang menghantui selepas tersalah berkahwin dengan seorang lelaki bersifat panas baran. Yakin traumanya semakin menghilang dan anak tunggalnya, Toby (Jacob Robinson) semakin membesar, Violet beranikan diri untuk mencari pasangan hidup yang baru. 

Violet bertemu dengan seorang jurugambar bernama Henry Campbell (Brandon Sklenar) melalui dating apps dan setuju untuk bertemu di sebuah fine dining restaurant. Sementara menunggu Henry sampai, Violet berbual dengan bartender yang mesra bernama Cara (Gabrielle Ryan), pemain piano bernama Phil (Ed Weeks) dan juga lelaki berusia bernama Richard (Reed Diamond). Sama seperti Violet, Richard juga berada di situ untuk blind date. 


Tak lama kemudian Violet diganggu oleh Digi-Drops dari nombor yang tak dikenali. Dari meme biasa hingga menjadi meme berbaur ugutan. Violet risaukan keselamatan Toby dan adiknya, Jen Gates (Violett Beane) yang menjaga di rumah kerana lelaki bersenjata berkeliaran di dalam rumah sekiranya Violet enggan patuh dengan arahan yang bakal diberikan. 

Naskhah Drop arahan Christopher Landon mengetengahkan kecanggihan teknologi sebagai tema utama dan menggunakan orang awam sebagai watak utama dalam genre thriller. Dari cara Violet diganggu boleh agak dah yang pelakunya ada dalam restoran tu juga cuma tak boleh nak teka siapa orangnya sebab semua di situ pun adalah orang asing kepada Violet kecuali Henry. 


First half Drop memang berteka-teki kenapa sasarannya ialah Violet dan siapa yang mengganggu Violet sampai ancam untuk bunuh ahli keluarga Violet. Yang pastinya orang tersebut dah buat background check sebab dia juga tahu kisah silam Violet dengan bekas suami yang baran. Berdebar nak tahu macam mana Violet nak selesaikan maslaah tanpa mencederakan orang tersayang termasuklah Henry. 

Seronok bila bermain teka-teki dengan misteri yang disimpan oleh penulis dan pengarah sepanjang waktu tersebut. Lakonan Meghann Fahy menghidupkan lagi suasana genting dalam situasi tersebut tapi Brandon Sklenar dengan mudahnya menjadi eye candy dan tenangkan keadaan. Perbualan biasa pun jadi menarik I mean for my age this type of conversation yang buatkan conversation jadi seronok. Chemistry antara dua pelakon utama menambahkan lagi rencah dan hidupkan suasana romantik sebagai sub-genre Drop. 


‘I really hate these apps. And uh… I was really close to deleting my profile. I feel like everybody’s trying to present this version of themselves that they’re not. A version that they think other people want to see. And then I saw you. You just seem kind. Genuine.’ – Henry Campbell

Marc Spicer bermain dengan sinematografi yang stylish, elegan dan menarik dengan mewujudkan ruang restoran eksklusif. Background music mewujudkan sinergi tatkala mendukung visual dengan beberapa runut bunyi yang saspens dan menakutkan. Walaupun perbualan Violet dan Henry kedengaran tenang dan comel tapi situasi tegang masih kuat terasa sebab kita tahu ada orang ketiga yang setia mendengar dan menunggu langkah Violet. 


Masuk second half Drop terutamanya bila Violet jumpa pelaku sebenar dah mula hilang momentum filem thriller ni. Banyak kelompongan muncul dan hilang segala logik hanya untuk pastikan watak Violet jadi heroin dalam misi menyelamatkan keluarga. Rasa saspens dan berdebar dekat awal cerita terus hilang bila tengok watak antagonis kalah dengan mudah. Tak sangka organisasi tu hantar orang yang paling lemah turun padang buat kerja. 

Pengarah Christopher Landon baru saja debut dengan filem Drop yang diterbitkan oleh Blumhouse Productions tapi boleh kata dia buat kerja dengan bagus lah sebab berjaya deliver karya thriller yang setanding seperti filem Blumhouse Productions yang lain. Kalau belum tengok Drop boleh layan sebagai filem santai di hujung minggu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.