Program bual bicara pagi kegemaran ramai, Nasi Lemak Kopi O (NLKO), bakal menyambut kehadiran wajah baharu dalam keluarga pengacaranya apabila Imran Aqil secara rasmi memulakan tugas sebagai hos mulai 2 Julai 2025.
NLKO yang kembali bersiaran sejak Januari 2024 selepas enam tahun direhatkan, ditayangkan setiap Rabu hingga Jumaat jam 10:30 pagi di TV9 dan turut boleh distrim di platform Tonton. Dikenali sebagai rancangan berinformasi yang menggabungkan hiburan santai dan perbincangan isu semasa, NLKO menampilkan barisan pengacara versatil dan berkarisma antaranya Fizo Omar, Affiza Azmi, Fakhrul Radhi, Ähmad Barr, Muaz Mohamed, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah.
Kini, dengan penyertaan Imran Aqil, program ini bakal diceriakan lagi dengan suntikan semangat muda dan pandangan baharu. Berasal dari Tapah, Perak, Imran Aqil mula dikenali melalui program realiti dan kini aktif sebagai pencipta kandungan digital dan pengacara, selain terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan misi bantuan kemanusiaan.
Imran Aqil membawa aura positif dan semangat muda yang seiring dengan misi NLKO untuk terus relevan dan dekat dengan penonton pelbagai peringkat usia. Beliau menyifatkan peluang mengacarakan NLKO sebagai langkah baharu dalam kerjayanya dan teruja untuk memulakan perjalanannya bersama program ini. “Saya amat bersyukur diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga NLKO. Sebagai seorang yang suka berinteraksi dan berkongsi cerita, saya berharap kehadiran saya dapat menceriakan pagi penonton dan sama-sama menyebarkan inspirasi melalui segmen-segmen yang menarik dan bermanfaat, ” katanya.
NLKO terus mengekalkan reputasinya sebagai program bual bicara pagi pilihan ramai dengan pelbagai segmen menarik seperti ‘Isu Semasa’, ‘Aspirasi’, ‘Solusi Resepi’ , ‘Poket Suri’ , ‘Khabar Dari Palestin’ serta hiburan daripada busker tempatan. Lebih istimewa, NLKO turut membawakan lebih ramai usahawan tempatan yang berkongsi kisah kejayaan, tips berniaga dan inspirasi buat penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penampilan sulung Imran Aqil bersama pengacara NLKO lain yang akan terus menghidangkan pelbagai kisah inspirasi, informasi terkini, serta topik-topik gaya hidup yang santai dan bermanfaat untuk seisi keluarga.
Untuk maklumat terkini tentang program-program TV9, ikuti platform media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.