Astro, peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, terus memperhebat pengalaman hiburan di rumah dengan menawarkan lebih banyak pilihan serta akses yang lebih mudah ke platform penstriman seperti Max dan Prime Video untuk semua pelanggan Astro. Dengan promosi penstriman eksklusif serta kemunculan semula saluran pop-up HEROES pada bulan Jun ini, Astro terus memberi nilai tambah dan pengalaman tontonan secara menyeluruh, semuanya di satu platform yang kini merangkumi akses kepada 14 aplikasi penstriman popular.
Penjimatan Eksklusif Dengan Pakej 12 Bulan Max
Sebagai sebahagian daripada ekosistem kandungan yang luas, Astro menawarkan promosi istimewa kepada pelanggan untuk menikmati penjimatan eksklusif bagi langganan Max selama 12 bulan bermula serendah RM16.96/sebulan.* Tawaran ini boleh dilanggan oleh semua pelanggan Astro, sama ada baharu atau sedia ada bermula hari ini sehingga 30 Jun 2025, dengan dua pilihan langganan. Dengan menambah Max ke dalam pek langganan Astro, pelanggan boleh menikmati pengalaman hiburan yang lebih menyeluruh melalui Ultra/Ulti Box atau menerusi aplikasi mudah alih Max. Antara tajuk popular di Max termasuk Wicked, Mickey 17, Just Like That (Musim ke-3), Gladiator II dan banyak lagi. Rujuk jadual di bawah untuk butiran harga.
* Langganan akan diperbaharui secara automatik setiap tahun pada harga promosi RM16.96/sebulan untuk Max Standard dan RM25.95/sebulan untuk Max Ultimate, melainkan dibatalkan sebelum tarikh pembaharuan. Sebarang pembatalan tertakluk kepada caj penamatan awal bersamaan dengan dua bulan langganan Max pada harga biasa, mengikut pelan yang dilanggan.
Prime Video Kini Sebahagian Daripada Pek Epic Astro One & Pek Astro Movies Tanpa Caj Tambahan
Bermula hari ini, pelanggan Pek Epic Astro One dan Pek Astro Movies yang menggunakan Ultra/Ulti Box akan menerima akses ke Prime Video tanpa caj tambahan, sebagai sebahagian daripada langganan mereka. Pelanggan dalam pakej yang sama tetapi belum beralih ke Ultra/Ulti Box akan menerima akses bermula 24 Jun 2025. Bagi pelanggan yang tidak termasuk dalam mana-mana pek ini, Prime Video boleh ditambah ke dalam langganan dengan bayaran sebanyak RM25 sebulan (termasuk cukai).
Antara tajuk menarik di Prime Video termasuk filem Hollywood seperti Another Simple Favor, The Accountant 2, The Summer I Turned Pretty, dan Reacher; siri aksi komedi Korea Good Boy; drama Korea Head Over Heels; tajuk popular India seperti The Traitors (Musim 1), dan filem Indonesia seperti Sabtu Bersama Bapak — serta banyak lagi.
HEROES (CH 100), Saluran Pop-Up Kegemaran Rakyat Malaysia Kembali Lagi
Selain pilihan penstriman yang hebat, Astro membawakan semula saluran pop-up popular, HEROES (CH 100). Bakal dilancarkan pada jam 11:30 pagi pada 16 Jun 2025, saluran aksi dan thriller ini akan bersiaran selama satu bulan dan boleh diakses oleh semua pelanggan Astro tanpa caj tambahan. HEROES (CH 100) akan menampilkan lebih daripada 100 tajuk dan 300 jam kandungan dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Korea, dan beberapa bahasa lain. Penonton boleh menikmati siri drama Korea dari Disney+ Hotstar seperti First Responder, The Revenant, Blood Free dan The Zone Survival, serta filem aksi dan hiburan keluarga seperti X-Men, Captain America: The First Avenger, The Lion King, Zootopia, Moana dan banyak lagi.
Daripada filem blockbuster antarabangsa hinggalah ke filem kegemaran ramai, Astro memperkayakan kehidupan seharian pelanggan dengan kandungan yang relevan. Pelanggan Astro boleh menyesuaikan pek langganan mereka dengan mudah melalui penambahan seperti Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Sun NXT, Simply South dan banyak lagi. Anda juga boleh membuat perubahan pada pek langganan dengan mudah melalui aplikasi My Astro, sama ada untuk mengemas kini pakej, menukar penambahan dan perkhidmatan penstriman, atau memilih yang baharu pada bila-bila masa.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.