Movie Review | Ishq Vishk Rebound

Friday, 27 June 2025


Pengarah: Nipun Dharmadhikari
Penulis Skrip: Dr. Vinay Chhawal, Vaishali Naik, Ketan Pedgaonkar, Akarsh Khurana, Nipun Dharmadhikari
Pelakon: Rohit Saraf, Pashmina Roshan, Jibraan Khan, Naila Grrewal
Syarikat Produksi: Tips Films
Pengedar: Pen Marudhar Entertainment
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 106 minit
Tarikh Tayangan: 21 Jun 2024
Trailer:


Kisah bermula dengan naratif Raghav Pandit (Rohit Saraf) tentang skrip untuk filem romantic komedi yang dikarang dan bakal dibikin penggambarannya tak lama lagi. Walaupun produser (Kusha Kapila) Tips Film dan kesemua berkenaan filem tersebut sudahpun tersedia namun Raghav belum jumpa plot klimaks dan penghujung untuk filem tersebut. 

Kisah yang diceritakan diambil dari kisah cintanya sendiri bila dia terjebak dalam kisah cinta 4 segi di antara rakan baiknya – Sanya Malhotra (Pashmina Roshan) dan Sahir Singh Rajput (Jibraan Khan) juga bekas teman wanitanya – Riya Mathur (Naila Grrewal). 

Raghav, Sahir dan Sanya berkawan baik sejak sekolah lagi hingga lah Sahir dan Sanya tukar persahabatan mereka menjadi hubungan cinta tapi mereka sering bergaduh untuk sekecil-kecil perkara. Hari ini bergaduh, esoknya berbaik semula dan penenang keadaan haruslah Raghav tapi dia senang dengan situasi tersebut. Sama juga di rumah, ibu (Shilpa Vishal Shetty) dan ayahnya (Akarsh Khurana) sentiasa ada untuk each other. 

Masuk ke universiti, Raghav tertarik dengan Riya yang lantang bersuara tentang penindasan dan ketidakadilan yang berlaku. Mereka berdua sentiasa bersama tapi Riya tidak selesa dengan Sahir dan Sanya yang selalu gunakan Raghav setiap kali bergaduh. Sampai Riya akhirnya minta untuk putuskan perhubungan mereka, sama juga dengan Sahir dan Sanya yang akhirnya bawa haluan masing-masing. 

Sama-sama dalam keadaan patah hati buatkan Raghav dan Sanya semakin rapat dan jatuh cinta. Raghav takut untuk berterus-terang dengan Sahir atau Riya sebab dia sendiri keliru sama ada hubungan dia dengan Sanya cuma rebound semata atau betul-betul disebakan cinta. Disebabkan persoalan itu juga dia tak jumpa cara untuk tamatkan skrip filemnya. 

Ishq Vishk Rebound merupakan second instalment kepada Ishq Vishk (2003) yang pernah popular kerana gandingan Shahid Kapoor dan Amrita Rao pada era tersebut. Filem ni taka da kaitan dengan filem sebelumnya sebab berbeza jalan cerita cuma menggunakan konsep yang sama – messy relationship. Kalau sebelum ni cinta 3 segi, kali ini 4 segi. 

Filem Ishq Vishk Rebound antara filem yang dinanti-nantikan di Bollywood sebab jadi debut platform kepada anak saudara Hrithik Roshan iaitu Pashmina Roshan dan juga Jibraan Khan yang pernah berlakon sebagai anak kepada Rahul dan Anjali dalam Kabhi Khushi Kabhi Gham (2000). 

Walaupun jadi debut launch pad untuk nepo kids tapi pengarah dan juga penulis Nipun Dharmadhikari putuskan untuk tunggang popularity Rohit Saraf dengan beri banyak ruang dan screentime kepada Rohit. Sebagai peminat Rohit, I’m happy for him tapi tak bermakna filem cinta Gen Z ni jadi menarik dan bagus sebagai sebuah cerita. Mungkin Nipun rasa justifiable lah bila watak Raghav dapat banyak ruang sebab filem Ishq Vishk Rebound dari perspektif dia seorang. Sayangnya watak dia nampak merepek dan one dimensional dari awal hingga ke hujung. 

Susah untuk kita connect dengan watak lain terutamanya Sanya sedangkan dia heroin untuk filem Ishq Vishk Rebound. Watak dia nampak childish sebab itu persepsi Raghav dan Sahir kepada Sanya sedangkan dia perlukan hubungan yang stabil untuk sembuh dari childhood trauma. Masa Sanya bercinta dengan Sahir, Raghav nampak Sanya dari mata Sahir tapi bila Sanya bercinta dengan Raghav, dia nampak sendiri yang kawan baik dia tu rasional, tenang dan supportive. 

Masa yang ada terlampau sekejap untuk kita nampak sebenarnya Sanya selesa dan supportive dengan Raghav sebab pengarah tunjuk bond diorang dalam lagu Rehmat. Patutnya pengarah tambah babak romantik antara Raghav dengan Sanya supaya audience pun berpihak pada Sanya dan bukannya tertanya-tanya macam Raghav juga. 

At least watak Sanya dapat juga screentime sebab dia bercinta dengan Raghav tapi watak Sahir dan Riya memang tenggelam sepanjang 106 minit. Tak sangka betul produser setuju untuk pendekkan filem ni sampai 1 jam sahaja sedangkan skrip terpaksa bergelut dengan penceritaan yang sarat dengan konflik, mesej dan juga lagu. 

Jangan cakap music album Ishq Vishk Rebound tak patut ada dalam full movie sebab semua lagu yang digubah oleh Rochak Kohli, Badshah dan Hiten memorable dan kukuhkan penceritaan juga perasaan semua watak utama. Lagu Soni Soni mungkin popular tapi Rehmat dan Chot Dil Pe Lagi ada jiwanya tersendiri. 

Sayang lah skrip filem Ishq Vishk Rebound tak diberikan perhatian walaupun ada 4 orang penulis yang terlibat. Filem ni boleh dapat treatment yang selayaknya kalau skrip dan dialog tinggalkan impak yang mendalam. Kesian lah dekat Jibraan Khan tapi harapnya dia akan dapat offer yang lebih baik lepas ni. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.