Director: Kang Il-soo
Writer: Kim Ho-soo
Cast: Lee Sun-bin, Kang Tae-oh
Production Company: Chorokbaem Media
Distributors: tvN, Netflix
Genre: Romantic / Comedy
Running Episodes: 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 01 March 2025 – 06 April 2025
Trailer:
Selepas berhenti kerja secara paksa, Kim Min-kyung (Lee sun-bin) berpindah ke kawasan kampung lalu bekerja sebagai pembantu penyelidik di Potato Research Institute, Youngeul-ri. Walaupun bergaji rendah tapi kehidupan dia selesa di sana. Karakter dia yang peramah buatkan kehadirannya disenangi oleh penduduk kampung. Secara tak langsung kesibukan kerja buatkan dia move on dari hubungannya bersama Park Ki-se (Lee Hak-joo), pengurus di Wonhan Retail.
Sehinggalah syarikat Sunyeo Food dibeli oleh Wonhan Retail hasil kepakaran So Baek-ho (Kang Tae-Oh) yang terkenal dengan hati kering dan berdisiplin tinggi. Kekuatan Sunyeo Food adalah kerepek kentang yang dihasilkan dari ubi kentang berkualiti tinggi maka So Baek-ho dihantar untuk menjadi pengurus di sana.
Sejak So Baek-ho datang ke makmal penyelidikan tersebut, hidup Min-kyung menjadi huru-hara ditambah pula dia dipecat kerana jawatannya tidak eksklusif. Walaupun menyampah dengan So Baek-ho, tanpa sedar Min-kyung mula ada hati dengan jejaka kacak tersebut. Perasaan dia berbalas dan mereka kemudiannya bercinta.
Malangnya, So Baek-ho adalah kawan baik Yoon Hee-jin (Jung Sin-hye) dan Park Ki-se. Kehadiran Hee-jin dan Ki-se ke Young-ri buatkan Min-kyung takut untuk teruskan hubungan cintanya bersama Baek-ho. Salah faham dan perbezaan pendapat buatkan hubungan mereka semakin renggang.
Naskhah romantik komedi The Potato Lab arahan Kang Il-soo yang ditayangkan di Netflix mempunyai jalan cerita yang santai dan menarik, sesuai dengan genre utamanya rom-com. Walaupun babak komedi ada kalanya over tapi boleh tutup mata je sebab I yang tak berapa suka dengan template komedi Korea Selatan.
Gandingan Lee Sun-bin dan Kang Tae-oh merupakan gandingan yang tepat untuk genre romantik walaupun watak Min-kyung lebih berusia dari Baek-ho tapi fizikal Kang Tae-oh dah selamatkan keadaan. Sikit pun tak nampak Min-kyung lebih berusia. Semua babak mereka berdua seronok ditonton dari awal episod hingga ke hujung.
Tak faham kenapa drama The Potato Lab ni tak pergi jauh padahal tak banyak konflik, tak berfantasi tinggi, pairing ada chemistry even sinematografi berlatarkan kawasan perkampungan yang cantik dan menenangkan. Mungkin bukan kisah cinta pilihan ramai sebab lelaki bercinta dengan heroin yang lebih berusia. Baca komen pun banyak yang kata karakter Min-kyung chaotic but Min-kyung is me though so I kinda like the female lead. Apapun terima kasih sebab wujudkan drama ni supaya ada harapan untuk bercinta dengan lelaki lagi muda dan tenang juga memahami seperti So Baek-ho.
Sebelum ni pernah tengok Kang Tae-oh dalam Extraordinary Attorney Woo (2022) tapi tak peduli dan lupakan terus lepas habis layan sebab tak suka chemistry dan watak dia dalam drama tu. Tak sangka dengan mudah jatuh suka dengan Kang Tae-oh lepas tengok The Potato Lab dan letak dia sama tinggi dengan Song Kang, Rowoon, Seo In-guk dan Jisung. Comel gila dia senyum. Berdekah masa dia roll eyes bila Min-kyung membebel dekat restoran tonkatsu tu. Nampak lah yang dia bukannya robot tapi ada perasaan cuma dia sorok dari orang sekeliling.
Dalam drama ni memang Kang Tae-oh serve face card and everything. Memang patut pun dia tayang abs lepas keluar dari military. Lepas ni nak tengok semua drama dia dan jumpa semangat balik untuk layan sekuel Extraordinary Attorney Woo.
Second couple – Lee Ong-ju (Kim Ga-eun) dan Kim Hwan-kyung (Shin Hyun-seung) pun mendukung type of romance yang sama. Watak Ong-ju lagi chaotic dari main cast tapi I rasa okay je love angle second couple. Walaupun Hwan-kyung muda tapi protective nature dia tinggi, matang dan boleh diharap.
Backstory Min-kyung pernah bekerja di Wonhan Retail dan bercinta dengan Park Ki-se buatkan babak drama jadi lebih bermakna dan meninggalkan impak. Bercinta 7 tahun tapi kena tinggal dengan boyfriend gara-gara nak kahwin dengan anak CEO syarikat. Kalau jadi Min-kyung pun rasa nak terajang ex-boyfriend tapi kenapa ramai yang kata Min-kyung tak patut buat macam tu? 7 tahun bukan masa yang sekejap. Dah la kena buang macam tu je, padahal tak ada salah apa pun.
I suka bila penulis pulihkan Min-kyung dari trauma hubungan cinta dia dengan Park Ki-se lepas bercinta dengan So Baek-ho. Semua sakit yang dia hadap lepas putus cinta tu dengan mudahnya hilang bila bercinta dengan orang yang tepat. Min-kyung juga yang tolong Park Ki-se untuk keluar dari fantasi merepek di Wonhan Retail. Cuma I tak berapa gemar bila penulis guilt trip So Baek-ho tentang pekerjaan dia. Bukan salah dia pun bila kena cari alternatif untuk selamatkan syarikat dari kerugian.
Rasa tak puas tengok The Potato Lab sebab ada 12 episod sahaja walaupun setiap episod berdurasi 70 minit. Tapi kalau dibikin panjang pun nanti meleret pula, baik berhenti dari merepek kan?
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.