Minggu pertama, pentas Raise The Star Malaysia menyaksikan bintang Zuana (65.83 %) berjaya menduduki tempat pertama, manakala di tempat kedua Pasya (62.86 %), tempat ketiga Rayme dengan (61.73 %), tempat keempat Zury (61.38 %) dan tempat kelima Aril Eles (61.18) sekaligus melayakkan mereka secara automatik untuk ke minggu seterusnya.

Manakala 8 bintang dengan kedudukan terendah telah tersingkir apabila mendapat undian markah yang rendah dari para juri & penonton. Minggu bertemakan “Duet” ini menampilkan Tomok sebagai juri pengganti kepada Aina Abdul yang tidak hadir kerana mempunyai komitmen kerja di Paris. Selain itu, peserta Bosswan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Gempak Star On Fire.
SENARAI LAGU
 |
Sharee Lopes (50.16%) & Keka(49.05%): Die With A Smile - Lady Gaga & Bruno Mars |
 |
Syaf Kahar (49.17%) & Melinda Dadew (51.65%): I Hate Myself For Loving You - Joan Jett |
 |
Aliff Amie (59.51%) & Rayme (61.73%): Beautiful Things - Benson Boone |
 |
Aiman Hakim (38.53%) & Iqmal Romie (42.98%): Nur Cinta - Amir Masdi |
 |
Erika Foo (48.57%) & Azren Al Bakri (43.81%): Just Give Me A Reason - Pink & Nate Ruess |
 |
Darling (57.40%) & Didie Shazry (59.14%): Sesaat Kau Hadir - Utha Likumahuwa |
 |
Syahera (35.71%) & Amir (33.85%) : Sembunyi - Misha Omar ft Andy Flop Poppy |
 |
Bosswan (44.95%) & Maria Effendi (45.10%): Cinta - Vina Panduwinata |
 |
Aril Eles (61.18%) & Zuana (65.83%): Seluruh Cinta - Datuk Sri Siti Nurhaliza & Cakra Khan |
 |
Wanns Ahmad (32.62%) & Bella (30.24%): Matahari - Hafiz Suip |
 |
Ayiena (55.22%) & Max Brandon (59.31%): Teruntuk Mia - Nuh |
 |
Scha Nuril (52.00%) & Hariz Fayahet (54.21%) : Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah |
 |
Zury (61.38% ) & Pasya (62.86%) : Mentari Senja di Ufuk Timur - Search |
 |
Halida Ramlee (42.98%) & Faysal Saad (49.49%): Dunia Batinku - Ella ft Tam Spider |
 |
Khalyn (44.43%) & Nishman (45.00%) : Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip |
INFO PROGRAM RAISE THE STAR MALAYSIA
• Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.
• Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
• ‘Slay Meter’ adalah sistem kedudukan (ranking) yang diberikan oleh para juri berdasarkan persembahan para bintang. Bintang yang mendapat 5 slay akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dari pihak penaja.

• ‘Raise The Star’ disokong oleh QSR Brands (KFC) dan UMobile selaku Penaja Utama.
• Peserta dengan kedudukan paling bawah akan tersingkir dari pertandingan.
Saksikan Raise The Star Malaysia di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Mana markah Khalyn & nishman? Terima kasih
ReplyDelete