KISAH-KISAH BENAR DIANGKAT DALAM “JASMINE PROJECT LOVE MUSIM KEDUA”

Thursday, 12 June 2025


KISAH-KISAH BENAR DIANGKAT DALAM “JASMINE PROJECT LOVE MUSIM KEDUA”
| 8TV dan Jasmine Food Raikan Penutup Musim Ini dengan Majlis Penghargaan Penuh Makna

Jasmine Project Love Musim Kedua di 8TV melabuhkan tirainya dengan penuh emosi menerusi sebuah majlis penghargaan istimewa yang menghimpunkan peserta program, pertubuhan kebajikan, barisan hos, rakan kongsi dan wakil media. Lebih daripada sekadar penutup musim, majlis ini diraikan sebagai penghormatan kepada semua paparan kisah yang telah menyentuh hati penonton.

Sekali lagi, musim ini menekankan kekuatan sokongan komuniti yang luar biasa. Sumbangan kepada 8TV Project Love Fund, sebuah inisiatif di bawah Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP, berjaya mengumpulkan hampir RM200,000 sumbangan orang ramai, memberikan kelegaan yang amat diperlukan kepada keluarga yang dipaparkan dalam program tersebut. Dokumentari popular berbahasa Cina, Jasmine Project Love, terus mendekati khalayak yang luas, termasuk golongan belia negara, sambil menyerlahkan kekuatan penceritaan yang malar segar merentas generasi.


Disokong sepenuhnya oleh Jasmine Food dan rakan penaja Kawan Food, musim ini memaparkan 24 episod dengan barisan lapan hos iaitu Owen Yap, Chan Wei Wei, Desmond Tey, Tan Chia Yong, Ong Ching Yee, Jan Chin, Soh Chin Chuan dan Charlotte Seow. Mereka menjelajah ke pelbagai pelosok negara untuk mengangkat kisah-kisah penuh nilai kemanusiaan yang mencerminkan cabaran hidup serta ketabahan rakyat Malaysia dalam menghadapi dugaan harian.

Kali ini, pengisian program tidak hanya tertumpu di Lembah Klang, malah diperluaskan ke Negeri Sembilan, Perak dan Melaka bagi mengetengahkan realiti kehidupan masyarakat yang jarang mendapat perhatian. Daripada kisah kanak-kanak yang bertarung dengan penyakit jarang jumpa hinggalah ke keluarga yang bergelut dengan beban hidup, setiap episod membawa penonton menelusuri pengalaman yang menyentuh hati, sekali gus menyemai empati dan semangat keprihatinan.


Sebagai tanda penghargaan atas sokongan di sebalik tabir, satu sesi penyampaian sijil turut diadakan kepada pelbagai pertubuhan kebajikan yang telah memberi sumbangan besar dalam menjayakan program ini. Antaranya termasuklah Persatuan Penyakit Motor Neuron Malaysia, Persatuan Kebajikan Talian Hayat Kehidupan Malaysia, Kelab Kebun Komuniti Anak Istimewa P3KU, Prader-Willi Syndrome Association Malaysia, Persatuan Amal Indah, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, National Stroke Association of Malaysia (NASAM), Cleft Lips and Palate Association of Malaysia, Beacon Life Training Centre, dan Suriana Welfare Society Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Puan Nini Yusof, menzahirkan penghargaan kepada semua yang menjayakan musim ini. “Kami di Media Prima amat bersyukur dengan sambutan luar biasa terhadap 8TV Jasmine Project Love yang kini memasuki musim kedua. Program ini bukan sahaja memaparkan kisah-kisah menyentuh hati, malah menyemai rasa empati serta kesedaran dalam kalangan penonton mengenai cabaran sebenar yang dihadapi oleh keluarga-keluarga ini. Terima kasih kepada Jasmine Food selaku penaja utama dan Kawan Food sebagai penaja bersama atas kepercayaan terhadap misi kami. Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada lebih banyak sokongan untuk komuniti yang memerlukan.”

Ketua Pegawai Kewangan Jasmine Food, Encik Alan Kwong berkongsi, “Ini adalah tahun kedua berturut-turut pihak Jasmine Food menyokong program Project Love, kami rasa amat besar hati atas kerjasama yang terjalin bersama 8TV. Melihat kesan positif kepada begitu banyak keluarga mengukuhkan lagi kepercayaan kami. Dengan kerjasama daripada pihak perniagaan, organisasi dan individu, kami percaya ia boleh membawa impak yang lebih mendalam dan berjangka panjang.” 





Majlis yang berlangsung penuh ceria dan bermakna di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar ini turut diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat seperti Yang Berbahagia Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad; Encik Rafiq Razali, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad; Encik Rosli Sabarudin, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Media Prima Berhad; Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios; Puan Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi, Big Tree dan Media Prima Omnia, Agency Solutions; Puan Crystal Lee, Pengarah Perkongsian Jualan, Rangkaian Televisyen Media Prima; Encik Kevin Foo, Ketua Pegawai Operasi, 8TV, Filem dan Pengedaran Kandungan; Encik Dennis Foo, Chief Ketua Pegawai Eksekutif, Jasmine Food; Encik Alan Kwong, Ketua Pegawai Kewangan, Jasmine Food; dan Cik Aster Tan, Pengurus Kanan Pemasaran Kawan Food.

Bagi yang ingin mengimbas semula kisah-kisah menyentuh hati daripada musim ini, anda boleh strim Jasmine Project Love Musim Kedua di platform Tonton.

Untuk maklumat lanjut mengenai program menarik 8TV, layari Facebook rasmi kami: 8TVbadukongjian dan laman Instagram @8tvmalaysia atau lihat kami di Tonton, myFreeview CH108, Astro CH148, unifi CH108.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.