DUKES DEDAH EMOSI TERSEMBUNYI DALAM “BILA KAU DATANG MENANGIS”

Wednesday, 25 June 2025

DUKES DEDAH EMOSI TERSEMBUNYI DALAM “BILA KAU DATANG MENANGIS” | Lagu Buat Jiwa Yang Bangkit Dari Cinta Tak Setara

Band indie tempatan yang semakin mencuri perhatian, Dukes, kembali menyentuh jiwa pendengar dengan single terbaharu berjudul Bila Kau Datang Menangis, sebuah karya yang mengangkat tema keinsafan, harga diri dan keberanian untuk keluar daripada hubungan yang tidak adil. 

Lagu ini merupakan buah tangan kelima Dukes bersama Alternate Records, hadir dengan sentuhan pop rock moden yang lebih matang dan peribadi. Ditulis oleh Rayyan Razzaq dan Hazim Osman, serta digubah sepenuhnya oleh ahli kumpulan Dukes sendiri, Bila Kau Datang Menangis membawa naratif seorang lelaki yang sering menjadi ‘tempat singgah’ bagi seorang perempuan,  tetapi hanya ketika dia sedang berduka. Akhirnya dia bangkit dan memilih untuk melepaskan hubungan yang tidak lagi memberinya ruang untuk dihargai.

“Lagu ini kami dedikasikan untuk sesiapa saja yang pernah rasa jadi ‘pilihan kedua’ dalam sesuatu hubungan. Ia bukan sekadar luahan, tapi juga satu penguat semangat untuk belajar menghargai diri sendiri. Dengarkan lagu ni dengan hati terbuka, kami yakin anda akan rasa sesuatu,” kata Dukes.

Menurut Dukes, lagu ini sangat menguji keupayaan mereka sebagai pemuzik. “Lagu ini mencabar kami daripada segi teknikal dan emosi. Ia memerlukan kami  menyampaikan muzik dengan cara yang belum pernah kami lakukan sebelum ini. Kami benar-benar perlu keluar daripada zon selesa dan memberikan sepenuh jiwa dalam setiap nota dan lirik,” ujar Dukes.

Lagu Bila Kau Datang Menangis turut mendapat sentuhan Taja, anggota kumpulan Meet Uncle Hussain yang pernah menghasilkan lagu-lagu hits seperti Pokok dan Lagu Untukmu. Ini merupakan kolaborasi pertama Dukes bersama Taja, dan ia membuka peluang untuk mereka teroka muzik dengan cara yang lebih segar.

“Dengan bimbingan Taja, kami dapat meneroka susunan muzik yang lebih matang dan dinamik. Lagu ini juga membawa naratif yang lebih peribadi dan realistik, sesuatu yang kami rasa lebih dekat dengan pendengar,” kata Dukes.

Bila Kau Datang Menangis hadir sebagai sebuah karya yang diharapkan mampu menyentuh hati para pendengar, khususnya mereka yang pernah merasai perasaan yang sama. Lebih daripada sekadar lagu cinta, ia ialah suara untuk mereka yang mencari makna, kekuatan dan kejujuran dalam emosi.

Dukes dianggotai oleh Ziggy (vokalis), Rayyan (gitaris), Jimbo (gitaris), Umar (bassis), dan Cheng (dram).

Bila Kau Datang Menangis menjadi antara karya penting dalam perjalanan seni Dukes, membuka lebih banyak ruang untuk kumpulan ini  terus berkembang dalam industri muzik tempatan.

Lagu ini kini boleh distrim di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube! Dengarkan dan hayati lagu ini dengan hati terbuka kerana kadang-kadang, melepaskan adalah bentuk cinta terbaik untuk diri sendiri.

Untuk perkembangan terkini mengenai Dukes dan Alternate Records, ikuti akaun rasmi di Instagram @alternate.my_, TikTok @alternate.rt_ dan Facebook @alternate.my.

LIRIK LAGU BILA KAU DATANG MENANGIS

Penyanyi: Dukes
Komposer: Dukes
Lirik: Rayyan Razzaq & Hazim Osman
Producer: Taja

Kau ada hanya bila kau ada masalah
Kau lukakan ku
Kau dera hatiku
Lalu kau lupakan janji yang kau pinta

Pre-Chorus
Ku tak pernah
Layani sakit pedih hatiku
Ku berikan mu
Seluruh jiwaku
Namun ku hanya tempat singgah dirimu

Chorus
Bila kau datang menangis
Jangan cari aku
Kerna ku sudah penat dengan karenah kamu
Bila kau datang menangis

Pre-Chorus
Layani sakit pedih hatimu
Pergilah kamu
Ku benci dirimu
Kerna ku hanya tempat singgah dirimu

Chorus
Bila kau datang menangis
Jangan cari aku
Kerna ku sudah penat dengan karenah kamu
Oooh…

Benarkah cinta ini
Semua hanya ilusi
Sampai waktu

Bila kau datang menangis
Jangan cari aku
Kerna ku sudah penat dengan karenah kamu
Pergilah cari laki lain untuk kau sakiti
Kemudian cari seorang lagi kerna kamu gila

*********************

Mengenai Alternate Records & Talents

Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan portfolio luar biasa dengan bakat bakat  memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok dan sebagainya. 

Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records Sdn Bhd, lawati YouTube rasmi kami dan Instagram @alternate.my_

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.