sooka Sambut Ulang Tahun Ke-Empat Dengan Fungsi Baharu Dan Tawaran Eksklusif

Wednesday, 25 June 2025

sooka, perkhidmatan penstriman terkemuka di Malaysia, menyambut ulang tahun ke-empat dengan pelbagai pengumuman menarik, termasuk penambahbaikan teknologi, ganjaran pelanggan, dan tawaran terhad. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan sooka sebagai salah satu platform hiburan yang paling pantas berkembang di negara ini, hasil inovasi selama empat tahun, pembangunan berfokuskan pengguna dan penawaran kandungan yang relevan, menghiburkan serta mencerminkan budaya dan minat tempatan.

Sepanjang tempoh empat tahun ini, sooka telah berkembang untuk menawarkan pengalaman penstriman yang direka khas untuk penonton Malaysia. Antara penambahbaikan utama sejak awal tahun ini termasuk pembaharuan aplikasi dengan prestasi keseluruhan 2x lebih pantas, sooka TV Stick yang dinaik taraf – kini dengan kandungan sukan 4K UHD – serta kandungan dan navigasi yang diperibadikan. Kesemua ini menyediakan pengalaman tontonan yang lebih lancar, pantas dan intuitif. sooka juga telah memperkenalkan chatbot berasaskan AI untuk sokongan pelanggan yang pantas, serta Panduan Program Elektronik (EPG) dan tab dinamik yang akan diperkenalkan di semua platform dalam beberapa minggu akan datang untuk memudahkan navigasi saluran langsung dan kandungan VOD.

sooka telah mencatat pertumbuhan 100% dari segi pelanggan berbayar dan kini merupakan aplikasi sukan No.1 dan antara lima aplikasi dengan pendapatan tertinggi di Google Play Store di Malaysia. Platform ini terus menerima penilaian pengguna yang tinggi – 4.6 bintang di Google Play Store dan 4.2 bintang di App Store – menunjukkan prestasi yang konsisten serta tahap kepuasan pengguna yang tinggi. Pencapaian ini meletakkan sooka sebagai aplikasi OTT yang paling pantas berkembang di Malaysia, mendahului pesaing tempatan dan global.*

Chu Young Lee, Pengarah sooka, berkata, “Perjalanan kami sepanjang empat tahun ini amat bermakna. Kami telah membina sebuah platform yang meraikan kandungan Asia dan siaran langsung sukan sambil mengadaptasi teknologi penstriman terkini. Komitmen kami adalah untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui hiburan sukan dan Asia yang mudah diakses oleh semua. Kami amat berterima kasih kepada para peminat yang memilih sooka sebagai aplikasi hiburan pilihan mereka. Dalam rancangan masa hadapan sooka, kami akan terus menumpukan usaha untuk menawarkan perkhidmatan penstriman yang membanggakan rakyat Malaysia.”

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, sooka menawarkan pelbagai ganjaran ulang tahun sehingga 31 Julai 2025. Pelanggan baharu boleh menikmati akses percuma selama 10 hari kepada pelan Sports & Entertainment dengan kod promosi HBDSOOKA.

Semua pengguna juga berpeluang memenangi sebuah Smart TV LG 86” 4K UHD atau sooka TV Stick setiap hari selama 30 hari. Tambahan itu, sooka TV Stick (harga pasaran: RM349) kini boleh didapati secara percuma dengan pembelian pelan enam bulan sooka Premium pada harga RM249. Tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk pas tahunan juga boleh didapati di laman web sooka (https://sooka.my/) bermula 25 Jun 2025 untuk masa yang terhad, memberikan akses selama 24 bulan pada harga bermula dari RM149. Layari sooka.my atau ikuti sooka di media sosial untuk maklumat lanjut.

Memasuki tahun kelima, sooka terus melebarkan langkahnya dengan menambah baik kandungan dan memanfaatkan teknologi untuk memberikan pengalaman hiburan bertaraf dunia kepada semua rakyat Malaysia. Dalam beberapa bulan akan datang, sooka akan mengumumkan kerjasama dan penawaran bersama dengan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan utama untuk memberi nilai tambahan kepada pelanggan. Usaha ini merupakan sebahagian daripada misi sooka untuk menjadikan platform ini lebih mudah diakses dan memperkukuh kedudukannya dalam landskap hiburan digital negara. sooka ada kesemuanya! Muat turun aplikasi sooka di Apple App Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan di semua platform Smart TV utama. Untuk maklumat lanjut tentang sooka dan sooka TV Stick, sila layari https://sooka.my/m/tv-stick.

Semua harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk cukai 

*Berdasarkan data.ai, sebuah syarikat Sensor Tower, berdasarkan pertumbuhan tahunan pengguna aktif

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.