Penulis: Anna Lee
Penerbit: Prolog Media
Helaian: 469 mukasurat / bab
Genre: Romantik / Komedi
Tarikh Cetakan: 01 Mac 2021
Harga: RM30.00 (Semenanjung Malaysia), RM (Sabah & Sarawak)
Sinopsis:
Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hatinya.
Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya.
Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya itu memiliki zuriat yang sah.
“Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?” Cadang Ross.
Kenzi Julian sebal dengan bapa saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju.
“But with one condition.” Matanya merenung serius.
“Okey?” Ross dekatkan diri dengan Kenzi.
“Find someone whom I will never fall in love with, will you?” Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross.
Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah?
Kenzi x Embun, masihkah ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?
Review:
Dari awal lagi penulis Anna Lee dah beri amaran yang novel Kenzi x Embun menggunakan penceritaan yang klise dan cringe. Since I mencari bahan bacaan yang santai dan ringan, I guess Kenzi x Embun akan habis dalam seminggu dua. Rupanya ambil masa sampai setengah tahun. Cerita cinta klise tu tak ada masalah tapi plot cerita yang dangkal jadi isu besar.
Kisah bermula dengan watak Mr. Ross mencari calon isteri buat anak saudaranya, Kenzi kerana mereka memerlukan waris untuk empayar perniagaan keluarga. Kenzi digambarkan sebagai seorang yang berhati dingin dan tidak mempunyai perasaan. Hanya dengan Mr Ross saja dia banyak meluangkan masa bersama. Walaupun perangai dan karakter Mr Ross agak menjengkelkan tapi Kenzi tak ada masalah langsung.
Cadangan Ross ada betulnya sebab mereka berdua tak akan menang tangan nak handle semua business jadi Kenzi tetapkan syarat akan cari wanita yang bijak dan kuat semangat. Ciri-ciri tersebut ada pada Embun atau M, nama manja yang diberikan oleh Mr. Ross memandangkan nama Embun kedengaran ‘klasik’.
Watak Embun ala-ala damsel in distress merupakan janda yang dicurangi bekas suami bersama bekas kawan baiknya. Membesar dalam keluarga miskin, anak sulung dan mempunyai ramai tanggungan ditambah pula ayahnya sedang sakit. Tak cukup dengan masalah tersebut, Embun masih lagi bekerja di syarikat yang sama dengan Jovi dan Salina. Kenzi dan Mr. Ross merupakan klien VIP syarikatnya jadi mereka kerap berjumpa dan bermulalah episod mengorat Embun untuk dijadikan isteri kepada Kenzi.
Di awal cerita Kenzi x Embun, plotnya boleh dihadam lah walaupun latar belakang watak dan latar tempat juga lifestyle Kenzi tampak klise. Tapi bila banyak sangat watak Mr. Ross dengan Embun, rasa bosan pula sebab tak banyak momen Kenzi dan Embun. Dekat hujung baru ada banyak interaction Kenzi dan Embun itupun perasaan Kenzi bercampur dengan rasa terhutang budi. Patutnya tak payah pun masukkan sub-plot ah long semata untuk tambahkan lagi cringe sedia ada.
Cara penceritaan bergerak lebih kurang macam drama Korea pun ye jugak sebab watak heroin yang miskin diselamatkan oleh watak hero yang kaya-raya dan kacak bergaya. Semakin cerita bergerak, pengarah tunjuk yang both of them ada sejarah masa zaman kanak-kanak.
Rancangan Jovi dan Salina yang nak hancurkan kebahagiaan Kenzi dan Embun pun merepek sebab hilang macam tu sahaja lepas gagal. Tiba-tiba masukkan penyakit watak sampingan untuk wujudkan drama, lagi merepek Kenzi tak ambil tahu langsung tentang Embun sepanjang berada di Amerika padahal ada helikopter boleh terbang ikut suka. I faham penulis nak gambarkan keutamaan Kenzi pada isu tersebut tapi 6 bulan tu lama lah.
Selain klise level mega, grammar dan ejaan penulis bersepah dari awal hingga ke hujung cerita. Kalau self-published mungkin proofread sendiri atau tak buat langsung tapi novel ni diterbitkan under publisher jadi tak sepatutnya ada typo kan? Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan tapi kalau setiap babak akan jumpa minor mistakes ni, dari kecil boleh jadi besar.
I lega berjaya habiskan novel Kenzi x Embun tapi novel ni ada sekuel yang menceritakan calon isteri keempat buat Mr. Ross pula. I tak rasa akan baca dalam masa terdekat sebab tak gemar pun dengan mana-mana watak dalam novel ni. Kalau ada peminat Mr. Ross, boleh lah cari novel terbaru Anna Lee and have fun reading it.
1. Author +0.7, 2. Plot +0.5, 3. Genre +0.6, 4. Social Message +0.5, 5. Personal Thought +0.2 = 2.5/5
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.