NONA meraikan ulang tahun ke-41 bersama TV3 menerusi sebuah episod khas yang ditayangkan eksklusif di TV3 pada 29 Jun 2025, Ahad jam 2:00 petang, penuh dengan warna, inspirasi dan penghargaan. Lebih daripada sekadar imbauan kenangan, siaran istimewa ini mengangkat semangat kewanitaan, ketabahan jiwa dan suara-suara kehidupan yang telah membentuk identiti NONA sebagai platform yang dekat di hati penonton sejak lebih empat dekad lalu.
Tahun ini, NONA tampil dengan kolaborasi istimewa bersama Cake Piknik, menyaksikan kehadiran Amyra Rosli selaku pengacara NONA yang menceriakan suasana dalam sebuah acara bertemakan alam semula jadi yang hangat dan penuh keceriaan. Setiap tetamu hadir membawa kek istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-41 NONA dan TV3, menjadikan momen ini bukan sekadar sambutan, tetapi satu simbolik penuh makna. Mengangkat tema ULANG TAHUN KE-41 dan warna-warna dari logo TV3, acara ini diserikan dengan deretan kek yang dihias indah, latar berkonsep pastel yang indah, serta perkongsian ikhlas yang mengangkat nilai kegembiraan, kewanitaan dan kebersamaan, antara kek yang mendapat perhatian seperti kek dekorasi bersamamu, drama sangat, Nona dan lain lain lagi.
Berlatarbelakangkan suasana indah di Villa Rimba Flora, Sungai Buloh, acara ini menghimpunkan selebriti, pengusaha bakeri dan para peminat dalam satu pertemuan yang penuh keterujaan. Persembahan pembukaan oleh Nabila Razali membuka tirai dengan penuh tenaga dan pesona, sementara ruang acara dipenuhi dengan deretan kek unik dan kreatif hasil sentuhan para baker tempatan, yang diinspirasikan daripada elemen-elemen ikonik TV3.
Kemeriahan berterusan dengan sesi pengagihan kek secara berkelompok (3 sesi) apabila para tetamu berpeluang menikmati setiap hasil kek masing masing sambil berinteraksi mesra bersama para peserta lain. Suasana kemudiannya bertukar lebih intim dalam sesi perkongsian Dramatic Success, menampilkan dua tokoh usahawan kulinari jemputan, Chef Kecik & Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery yang berkongsi kisah jatuh bangun mereka secara terbuka dan penuh inspirasi.
Serentak dengan itu, berlangsung juga sesi Air Tangan dengan baker terkenal Jessica Ting dari @missshortcakes menunjukkan kreativiti dalam menghias Mille Feuille ulang tahun ke-41 TV3. Mille Feuille ini dibentuk dalam angka 41, menjadi simbol kepada perjalanan panjang TV3 dan melambangkan ulang tahun ke-41 TV3. Aktiviti ini menyerlahkan tema inspirasi, kreativiti dan pemerkasaan wanita yang menjadi intipati program NONA selama ini.
Kemuncak acara adalah penyampaian anugerah pengiktirafan Most Dramatic Cake Award kepada para pembuat kek yang dimenangi oleh Sangeetha A/P Arivalakan dengan reka bentuk kek yang menggabungkan semangat perayaan ulang tahun TV3 ke-41 dengan sentuhan kebangsaan dan elemen-elemen ikonik daripada rancangan TV3. Pemenang dipilih oleh gabungan juri jemputan dan wakil TV3 berdasarkan kreativiti, emosi dan keterampilan rekaan mereka.
Di samping itu, acara turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan aktiviti vendor yang berlangsung sepanjang hari, menjadikan Cake Piknik bukan sahaja satu sambutan, tetapi juga satu platform penghargaan kepada komuniti kreatif wanita.
Keseluruhannya, ulang tahun ke-41 NONA dan TV3 menjadi satu pengalaman bermakna buat semua yang terlibat, bukan sahaja sebagai tanda penghargaan terhadap legasi TV3, tetapi juga sebagai lambang kekuatan dan keindahan penceritaan yang terus hidup dari generasi ke generasi.
TV3 ke-41 di NONA sebuah sambutan yang bukan sahaja unggul, tetapi juga bermakna buat wanita dan penonton seluruh Malaysia. Untuk mendapatkan info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, atau di Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.