Drama Review | The Ba***ds of Bollywood (2025)

Saturday, 27 September 2025


Pengarah: Aryan Khan
Penulis Skrip: Aryan Khan, Bilal Siddiqi, Manav Chauhan 
Pelakon: Bobby Deol, Lakshya Lalwani, Raghav Juyal, Sahher Bambba, Anya Singh, Manoj Pahwa, Manish Chaudhari, Rajat Bedi, Meherzan Mazda, Divik Sharma, Mona Singh, Gautami Kapoor, Vijayant Kohli, Neville Bharucha, Armaan Khera
Syarikat Produksi: Red Chillies Entertainment  
Penyiaran: Netflix 
Genre: Romantik / Komedi 
Jumlah Episod: 7 Episod (39-56 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 18 September 2025 
Trailer: 


Aasmaan Khan (Lakshya Lalwani) berjaya menempatkan dirinya sebagai bintang Bollywood menerusi sebuah filem aksi, Revolver yang diterbitkan oleh Freddy Sodawallah milik produser terkenal, Freddy (Manish Chaudhari). Kerana kejayaan tersebut, Freddy tawarkan kontrak 3 filem bersama syarikatnya. 

Tanpa pertimbangkan nasihat pengurusnya, Sanya (Anya Singh) yang sedang berusaha untuk dapatkan tawaran yang lebih baik, Aasmaan terus sahaja bersetuju. Akibatnya, dia terjerat antara kontrak Freddy dan filem baru Karan Johar (KJo). Rakan baiknya, Parvaiz (Raghav Juyal) dapatkan bantuan dari underworld yang diketuai oleh Gafoor (Arshad Warsi) untuk gertak Freddy. 


Rencana mereka berhasil tapi sebagai balasan, Aasmaan perlu berlakon dalam filem yang dikarang oleh anak perempuan Gafoor iaitu Aiza (Kanchan Khilhare). Dalam masa yang sama, Ajay Talvar (Bobby Deol) cuba gagalkan projek filem baru Karan Johar kerana dia tak mahu anaknya, Karishma Talvar (Sahher Bambba) bercinta dengan Aasmaan. 

The Ba***ds of Bollywood arahan dan penulisan Aryan Khan menjadi sebutan dan dipromosikan dari awal tahun oleh Netflix kerana series ini merupakan debut platform kepada anak sulung Shah Rukh Khan selepas Suhana Khan debut di Netflix dalam The Archies (2023)


Menggunakan landskap industri perfileman Bollywood, The Ba***ds of Bollywood mempunyai banyak reference buat peminat Bollywood. Dilwale Dulhaniya Le Jayenge (1994), Soldier (1997), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Kabhi Khushi Kabhi Gham (2000), Koi Mil Gaya, Welcome (2007), Om Shanti Om (2008), Zindagi Na Milegi Dobara (2011), Rocket Singh (2012), Animal (2023) dan banyak lagi.

Bukan saja dalam filem malah in real life juga bila Aryan masukkan watak dua orang pegawai polis yang terlibat dengan penangkapan di kapal layar gara-gara penggunaan dadah. Kontrak 3 filem dari produser juga dimasukkan sebab kontrak yang sama digunakan oleh Dharma, YRF atau produser besar yang lain. Ada pelakon yang menyinar dan ada juga terjerat dengan kontrak tersebut. 


Babak Roundtable Ananya dengan Sidhant Chaturvedi tak pernah gagal menjadi reference terkini untuk nepo babies vs outsider sementara babak Aamir Khan berbalah dengan Rajamouli tentang idli dan vada pav merujuk kepada South India vs Bollywood. 

Sinematografi dari Jay Pinak Oza mendukung penceritaan The Ba***ds of Bollywood melalui beberapa babak dengan teknik kamera yang menarik. Tak hairanlah kalau series ni mempunyai visual yang memukau kerana Red Chillies Entertainment terkenal dengan khidmat VFX. Kebanyakan props yang digunakan juga menjadi easter eggs kepada naskhah Aryan Khan macam babak Badshah (Shah Rukh Khan) berdiri atas pentas di sebelah tulisan Best Actor. Poster di rumah Avtar (Manoj Pahwa) menjadi tribute kepada Rahat sebagai maestro music di Bollywood. 


Music album yang menggunakan khidmat Shashwat Sachdev ada hit and miss track sebab 13 lagu yang dimasukkan mempunyai nasib yang berbeza. Kalau item song Ghafoor dan revenge track Tenu Ki Pata – Diljit Dosanjh terngiang-ngiang, lagu Sajna Tu Baimaan pula tenggelam dalam series tersebut. My personal favourites, Badli Si Hawa Hai dan Tu Pehli Tu Aakhri – Arijit Singh. 



Selepas menjadi sebutan dalam filem Kill (2024), Lakshya menyinar sebagai Aasmaan yang nernakat besar tapi tak berfikir panjang. Dinamik antara Lakshya dan Raghav menjadi kekuatan series The Ba***ds of Bollywood yang mengangkat tema persahabatan dan setia. Sama juga dengan watak Sanya. Posisi Sanya lebih kepada logik (akal) sementara Parvaiz sebagai emosi (hati). Bila dekat jadi huru-hara tapi tak boleh berenggang juga.

Tak pasti kenapa Aryan pilih Sahher Bambba sebagai female lead sebab lakonan dia biasa dan mudah sangat tenggelam bila berkongsi screen dengan Bobby atau Lakshya. Chemistry dengan Lakshya pun tak kuat mana untuk hidupkan suasana romantik. 


Penceritaan The Ba***ds of Bollywood bersifat santai dan kelakar dengan banyak babak komedi yang menghiburkan macam babak Parvaiz menangis jumpa Emraan Hashmi. Kalau jadi dia pun akan menangis juga sebab jumpa idola yang underrated. Dialog mainkan peranan penting dalam series ni sebab dari dialog dan lontarannya juga adalah reference dari beberapa filem Bollywood. Comic timing dari Manoj Pahwa, Rajat Bedi dan Arshad Warsi membuktikan bakat mereka sebagai pelakon komedi di Bollywood.


Tapi dari segi perkembangan watak, tak semua mempunyai ruang yang sama even watak utama – Aasmaan dan Ajay Talvar tak mempunyai banyak waktu untuk connect dengan audience. Watak Asmaan sebagai outsider pun tak lah struggle sangat seperti yang dialami oleh outsider sebenar. Mungkin akan ditebus oleh Aryan dalam musim kedua nanti sebab plot twist The Ba***ds of Bollywood memberi impak dan kejutan pada plot utama. Menimbulkan banyak persoalan juga. 


Apapun, naskhah pertama Aryan Khan menjadi pengubat rindu kepada Bollywood setelah beberapa projek nepo babies gagal. Thanks to Aryan dan Netflix memberi penghargaan kepada beberapa pelakon dan menjadi platform untuk barisan pelakon muncul kembali dan mendapat tempat di hati penonton generasi baru. 

Harapnya lebih ramai nepo babies dan bintang Bollywood akan berlakon dalam musim kedua nanti memandangkan Aasmaan dah menjadi Pelakon Lelaki Terbaik di Bollywood. Can’t wait!

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 7.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.