Movie Review | Weapons (2025)

Sunday, 28 September 2025


Pengarah:  Zach Cregger
Penulis Skrip:  Zach Cregger
Pelakon:  Josh Brolin, Julia Garner, Alden Ehrenreich, Austin Abrams, Cary Christopher, Toby Huss, Benedict Wong, Amy Madigan   
Syarikat Produksi: New Line Cinema, Subconscious, Vertigo Entertainment, BoulderLight Pictures   
Pengedar: Warner Bros. Pictures 
Genre: Mystery / Horror 
Durasi Tayangan: 128 minit
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2025  
Trailer:


Kejadian aneh bermula apabila 17 orang murid Darjah 3 dari kelas Justine Gandy (Julia Garner) telah hilang pada jam 2.17 pagi. Tiada siapa yang tahu ke mana kesemuanya pergi kerana tiada sebarang petunjuk ditinggalkan. Hanya seorang pelajar lelaki bernama Alex (Cary Christopher) yang tinggal di dalam kelas tersebut tapi sama seperti guru kelas mereka, dia juga tidak tahu apa yang terjadi. 

Sebulan kemudian, Justine Gandy cuba mencari sebarang petunjuk tentang kehilangan anak muridnya setelah sering diganggu dan dimarahi oleh ibu bapa semua pelajar yang hilang. Justine cuba mendapatkan hint dari pegawai polis bernama Paul Morgan (Alden Ehrenreich) malangnya Paul hanya maklumkan yang pihak polis masih lagi menyiasat kes tersebut. 


Ketika mengekori Alex pulang ke rumah, Justine terlihat sesuatu yang aneh dengan keadaan rumah Alex. Marcus (Benedict Wong) nasihatkan supaya Alex tidak bertindak melulu kerana dia dilarang untuk mendekati Alex gara-gara insiden aneh tersebut. Dalam masa yang sama, Archer Graff (Josh Brolin) juga mencari petunjuk selepas geram dengan hasil siasatan pihak sekolah dan polis. Dari rakaman CCTV, Archer perasan anaknya dan pelajar lain berlari ke arah yang sama.

Naskhah seram misteri arahan dan penulisan Zach Cregger antara filem yang menjadi sebutan selepas tayangannya pada Ogos lepas. Banyak rating tinggi diberikan oleh kritik filem dan penonton sampai buatkan rasa tak sabar nak tengok apa yang berlaku di pekan kecil ni. 


Penceritaan Weapons bergerak non-linear di mana cerita dibahagikan mengikut watak-watak yang terlibat dengan latar masa yang berbeza. Bermula dengan Justine yang keliru dengan insiden tersebut dan paranoid diganggu oleh pemanggil misteri dan pelbagai jenis gangguan. Masa tengok plot Justine, situasi ibu bapa terlihat sebagai emosi dan buntu dengan insiden misteri tersebut. 

Hint yang kita dapat cuma 17 orang pelajar hilang pada jam 2.17 pagi dan menuju ke hutan. Cara mereka lari meluru ke arah yang sama terlihat aneh jadi instantly boleh simpulkan terkait dengan supernatural. Tak boleh nak fikir logik pun bila tengok keadaan semua pelajar yang berlari tu. 


Beberapa hint tentang parasit pun dah diberikan sejak awal filem Weapons macam babak Marcus dengan Terry (Clayton Farris) tengok dokumentari tentang parasit yang ambil alih badan hos atau babak Justine bersoal jawab tentang parasit dalam tubuh badan untuk subjek yang diajar. 

Masuk plot Archer, kita dapat tengok perspektif yang berbeza tentang ibu bapa yang lebih selesa menunggu di rumah dari ambil tindakan untuk gesa pihak polis berusaha lebih lagi. Tak ambil masa yang lama pun untuk Archer jumpa jawapan bila dia bergerak sendiri, sama juga dengan Justine. 


Masuk plot Paul, dah boleh nampak yang pihak polis tak buat apa sangat pun. Kalau ada yang follow Alex, dah boleh nampak beberapa aktiviti luar biasa dan timbulkan rasa ingin tahu. Macam mana dia seorang sahaja yang tak hilang pun dah jadi persoalan besar. Kalau detektif atau pihak polis kumpul semua cctv setiap rumah di pekan tu, dah boleh nampak ke mana semua pelajar tu pergi. Tak perlukan masa sampai sebulan pun untuk dapat jawapan.


Detektif yang pergi ke rumah Alex pun buat siasatan sambil lewa padahal dah perasan yang Alex jadi semakin diam dan pasif sementara Makcik Gladys (Amy Madigan) yang beria sambut tetamu. Watak Alex sama seperti mangsa dera in real life yang terpaksa hadap sesuatu yang traumatize dekat rumah tapi masih teruskan kehidupan macam biasa di luar rumah. 


Lakonan Cary Christopher antara salah satu kekuatan filem Weapons bila dia mampu persembahkan rasa takut, keliru dan trauma dengan apa yang berlaku dalam rumah dia. Macam mana orang luar boleh masuk dengan mudah dan ubah kehidupan dia menjadi buruk dalam sekelip mata. Macam mana orang dewasa pergunakan kanak-kanak untuk dapatkan apa yang mereka nak. 

Mungkin filem Weapons ni tak lah menarik sebagai naskhah seram dan misteri tapi untuk sampaikan mesej supaya lebih peka dan cakna dengan keadaan sekeliling tu sangat lah kuat dari olahan kreatif sang pengarah. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.