Intel terbaharu diterima! Muzik video Penjuara nyanyian Hael Husaini, runut bunyi hebat daripada Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), kini tersedia di saluran YouTube rasmi Ejen Ali. Lebih mengujakan, lagu ini turut tersenarai dalam Carta Muzik-Muzik 40, menandakan satu langkah penting dalam perjalanan menuju pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40.
Disusun sepenuhnya berdasarkan babak-babak ikonik daripada filem EATM2, muzik video Penjuara menghidupkan kembali perjalanan Ali dalam misi mustahilnya. Setiap adegan, sarat dengan elemen dramatik, daripada operasi taktikal MATA hinggalah detik pertembungan Ali dengan Neonimus. Visual yang penuh intensiti ini memberikan pengalaman sinematik yang menggabungkan dunia Ejen Ali dengan kekuatan muzik, menjadikan Penjuara bukan sekadar sebuah lagu, tetapi juga sebuah naratif perjuangan.
Dengan beat yang catchy, lirik penuh keyakinan diri dan semangat juang seorang wira, Penjuara segera mencuri perhatian peminat muzik tempatan termasuk peminat setia Ejen Ali yang bersedia untuk ‘lari’ ke hadapan bersama hero kesayangan mereka. Menurut Hael Husaini, lagu ini ditulis untuk memberi suara kepada seseorang yang tidak pernah gentar menyahut cabaran. “Penjuara adalah tentang keberanian untuk mara ke hadapan walau dicabar dalam permainan minda. Ia merupakan semangat juang yang tidak mengenal kalah,” jelas Hael.
Kemenangan pertama sudah diraih, misi seterusnya di tangan anda! Penjuara kini memerlukan undian peminat untuk terus bertahan dan mara daripada Carta Mingguan Muzik-Muzik 40 ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 40, seterusnya ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-40. Undian boleh dibuat di www.tonton.com.my/muzikmuzik setiap minggu dari hari Ahad, jam 12 tengah hari sehingga Khamis, jam 12 tengah hari.
Jangan lupa untuk menonton muzik video penuh Penjuara di saluran YouTube rasmi Ejen Ali. Ayuh, ini masanya untuk kita buktikan yang Ejen Hael Husaini benar-benar Penjuara!
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.