
Tahun lepas LPJE buat family day dekat Chalet Pak Tam, Kemensah. Tahun ni upgrade sikit buat dekat Nahara Resort dan bermalam di sini. Untuk family day ni, LPJE book 4 buah Chalet Type B dan dua bilik dorm. Yang berkahwin boleh menginap dalam chalet sementara yang bujang tidur di dorm memandangkan anak dara lagi ramai. Ikutkan nak ambil semua chalet tapi dah ramai yang book masa tarikh 23 Ogos - 24 Ogos 2025.
Kitorang berkumpul dekat pejabat LPJE jam 6.30 pagi sebab nak gerak konvoi 4 kereta tapi sebab Izzah tak dapat dihubungi, terpaksa lah tunggu sampai jam 7.30 pagi. Nak tunggu lama pun tak boleh juga sebab takut timing untuk aktiviti lain akan lari so kitorang gerak je dulu mana yang ada. Perjalanan dari Subang Bestari ke Nahara Resort dalam satu jam.
Sampai lambat sikit sebab berhenti kejap di tepi jalan bila Mira nak cabut bendera dekat kereta. Perjalanan dia mudah je sebab straight dekat atas highway tu, sempat juga layan sunrise. Lepas exit Tanjung Malim pun tak berliku sangat sebab navigation dari Waze sangat membantu sampai lah tiba di Nahara Resort.
Jalan untuk masuk ke Nahara Resort je sempit sikit dan perlu bagi laluan kepada kereta yang lawan arah. Selain Nahara Resort, ada banyak lagi resort dekat Kalumpang ni. Yang kitorang perasan masa tu Damai Resort, Chalet Keluarga Sakri dan Kalumpang Training Centre. Yang lain tak pasti apa namanya.
Sampai je dekat Nahara Resort ni bagitahu ada family day dekat sini sebab kalau tak inform management nanti kena bayar parking. Sebelum datang tu dah inform managament no plat kereta yang terlibat tapi dia kata tak perlu. Mention je bila dah sampai nanti. Settle park kereta depan chalet, kitorang bergerak ke padang kecil depan dorm untuk breakfast sebab makanan dah sampai jam 8 pagi.
Depan chalet type B tu ada dua padang, satu padang besar dan satu lagi padang kecil. Padang besar untuk park kereta sebab Nahara Resort ni ada dua jenis pengunjung. Satu yang jenis balik hari, satu lagi yang menginap di situ. Yang ramainya adalah yang balik hari so kebanyakan kawasan lapang di resort ni digunakan sebagai tempat parkir kereta.
Masa riki riki Nahara Resort ni ada isu juga sebab masa tengok layout, nak guna padang kecil depan dorm tapi management tak bagi. Tak faham kenapa tak bagi sedangkan tak ada penginap lain yang guna pun. Kitorang nak letak dua kanopi untuk stesen makanan je sebab dekat sini je yang sesuai memandangkan Nahara Resort tak ada dewan makan atau pondok besar untuk large pax. Bila mengadu dekat owner surprisingly dapat pulak guna.
Sambil breakfast sambil bergambar tapi itu lah kenapa gambar I ambik lagi cantik eh? Tak berseni betul tangan adik I, dah lah muka jadi blur T.T
Selesai breakfast kitorang pergi melawat kawasan sebab Ms Junny dan Syahin tak sampai lagi sebab stuck dalam traffic jam. Nasib baik kitorang gerak awal sebab tak lama lepas kitorang keluar dari highway tu ada accident antara lori dengan motor. Sebab diorang stuck dalam jam, terpaksa lah anjak aktiviti sukaneka ke pukul 11 pagi.
Untuk aktiviti sukaneka nanti semua wajib pakai
baju jersey LPJE yang ditempah khas untuk Family Day ni. Funny story pasal jersey ni, dari malam Khamis sampai ke pagi Sabtu I sehabis daya tarik jersey supaya dia mengembang. Masa tempah dah ikut saiz tapi bila sampai dekat tangan dia mengecut. Nak buat exercise kempiskan perut memang tak dapat lah cerita dia, minum air lemon panas sebaldi pun belum tentu kempis.
Berjaya ke tidak method stretch baju tu? Well korang nampak I pakai kan so berjaya lah. Dari melekat dekat badan jadi longgar dan selesa. Baju dah settle, tudung pulak buat perangai nak menggelembung bagai hmm baran.
Pokok 'kokondong' dah tinggal setengah buahnya. *siapa tak tahu reference buah kokondong dia bukan millenials*
Mostly yang datang mandi akan park kereta dekat sini dibantu oleh staff Nahara Resort.
Sungai di Nahara Resort ada 4 kawasan. Kawasan paling atas bersempadan dengan Kalumpang Resort and Training Centre tapi cetek, kemudian bahagian tengah ada satu yang cetek, satu lagi dalam, kemudian kawasan paling bawah dan dalam.
Di bahagian kiri dan kanan sungai ada pelbagai jenis ruang untuk disewa oleh pengunjung yang datang. Kalau gazebo kena bayar RM30 untuk satu sesi. Payung pula RM20 untuk satu sesi kemudian pondok yang ada barbecue pit berharga RM40-RM60 bergantung pada saiz. Dekat Nahara Resort ni ada dua sesi, satu sesi pagi dan satu lagi sesi petang. Selesa ke tak tu tak pasti lah sebab kitorang menginap so tak ambil ruang-ruang ni.
Actually ada plan nak ambil tapi penuh walhal dah book awal tapi management susah sangat nak respond so redho je lah apa yang dapat masa tu.
Selesai sesi melawat kawasan, balik semula ke padang kecil untuk bergosip sebab ada orang bawa muka baru join Family Day LPJE.
 |
Catch up and membawang session |
Program Family Day bermula jam 11 pagi bila Ms Junny dengan Syahin dah sampai. Izzah masih lagi otw sebab dia kena cari stesen minyak dulu.
Belakang padang besar untuk parking kereta, ada satu padang kecil. Dekat padang ni lah kami akan guna untuk aktivti sukaneka. Check-in time adalah jam 2 petang jadi sementara tu kitorang bersukaneka kemudian makan tengahari lepastu baru masuk bilik masing-masing.
Sebelum mulakan aktiviti, Managing Partner LPJE bagi ucapan dulu sebagai perasmian kepada Family Day & Retreat di The Nahara Resort, Kalumpang.
Lepas ucapan, kita bergambar dan buat video beramai-ramai sebagai kenangan dan content social media. Ni yang penting sebenarnya. Thanks to Sofea yang berusaha pastikan gambar cantik dan tak ada yang tutup mata.
Selesai bergambar, semua dibahagikan kepada 3 kumpulan dan beratur di padang kecil untuk aktiviti sukaneka.
Permainan sukaneka yang pertama adalah Candy Relay. Setiap orang dalam kumpulan kena bawa gula-gula yang diberikan ke seberang sana menggunakan sebatang sudu plastik. Kumpulan paling laju dan selesai dalam masa yang diberikan, akan dikira sebagai pemenang.
At first susah nak faham sebab tak ada demo, nasib baik lah commitee bagi can ulang balik lepas ramai yang tak faham cara nak main permainan ni. Kumpulan I dapat tempat pertama walaupun tak faham instruction awalnya.
Lepas permainan pertama, permainan kedua pula setiap kumpulan kena hantar seorang wakil untuk kutip gula-gula dengan mata tertutup. Arahan akan diberikan oleh ahli kumpulan yang tinggal. Seorang lagi wakil kena kira jumlah semua gula-gula yang dikutip. Permainan kedua ni tak boleh nak tapau sebab susah. Nak dengar arahan untuk kutip pun boleh tersilap dengan suara ahli kumpulan lain. Yang dikutip pun belum tentu gula-gula.
 |
Geng tak larat nak main |
Lepas permainan sukaneka berkumpulan, committee beralih kepada permainan sukaneka individu pulak dan permainan pertama ialah
Musical Cup. Sama saja konsepnya dengan Musical Chair tapi orang tak berebut kerusi bila lagu berhenti sebaliknya berebut cup.
Nampak macam fun main musical cup ni tapi seram sebab semua tangan pantas betul rebut cup. Dua kali rebut cup, dua kali terjatuh sebab terkejut tengok kep[antasan masing-masing. Kata nak main chill chill je but it's damn competitive. Hamper dia jajan je weh kenapa beria sangat nak main? Tacoddd T.T
Kecoh jugak masa main kutip gula-gula sambil tutup mata ni. Nampak macam senang tapi dalam cawan mungkin kita kaut daun kering ataupun batu. Rasa berat macam banyak tapi gula-gula yang kita kaut mungkin 10 je. Tak sangka pun Aufa boleh menang game ni sebab dia tak nak main awalnya tapi rezeki orang tak ada yang tahu kan?
.jpg) |
Tempat Kedua Musical Cup |
 |
Tempat Pertama Musical Cup |
 |
Tempat Kedua Cari Candy |
 |
Tempat Pertama Cari Candy |
Selesai sesi pemberian hadiah kepada semua kumpulan dan individu, makanan tengahari pun dah dihidangkan, semua pun menjamu selera. Lupa nak ambik gambar sebab masa tu dah lapar T.T
Lepas makan tengahari, kitorang request untuk check-in awal sebab tak ada penginap pun sebelum tu. Lepas buat bayaran, angkut barang masuk bilik kemudian keluar mandi di sungai sampai Asar.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.