ASTRO KEMBALIKAN MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR DENGAN SUNTIKAN HEROIK ‘CLASH OF EMPIRE’ | 10 kumpulan mengangkat semangat empayar legenda dalam perebutan takhta komedi
Kuala Lumpur, 23 September 2025 – Arena komedi kembali mencuri perhatian apabila Astro membawakan semula Muzikal Lawak Superstar (MLS), pentas pertandingan komedi paling hangat di Malaysia yang kini tampil dengan tema terbaharu penuh epik, “Clash of Empire”. MLS musim kelima bakal membuka tirainya pada 11 Oktober 2025 selama 8 minggu dan akan disiarkan secara langsung pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Dengan tagline “Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw”, MLS5 menyuntik kelainan apabila setiap kumpulan bukan sekadar tampil sebagai penghibur, tetapi menjelma sebagai wira empayar agung yang diinspirasikan daripada kuasa legenda dunia seperti Rom, Nusantara, Jepun, China, Perancis dan banyak lagi. Laksana pahlawan mempertahankan empayar, para pelawak bakal berentap saban minggu dengan jenaka tajam, kreativiti segar serta persembahan muzikal mencuit hati untuk memikat hati para penonton dan juri, berlandaskan tema serta lokasi berbeza dalam setiap cabaran mingguan.
Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, berkata, “Di Astro, kami sentiasa berusaha mempersembahkan naskah berkualiti, segar dan menghiburkan untuk para penonton. Muzikal Lawak Superstar bukan sekadar sebuah program pertandingan lawak semata-mata, tetapi merupakan sebuah pentas penting yang menyambung legasi industri komedi dan hiburan tanah air. Ia juga menjadi salah satu medium pencarian bakat lawak ‘unexpected’ dari kalangan pelakon, penyanyi, influencer dan ramai lagi dari luar dunia komedi, tetapi punya potensi lawak luar biasa.
Komedi sentiasa dekat di hati penonton Malaysia, dan melalui Muzikal Lawak Superstar, kami ingin membuktikan bahawa komedi bukan hanya sekadar jenaka atau bahan ketawa, tetapi sebuah seni yang menuntut kemahiran, kreativiti imaginasi dan keikhlasan dalam persembahan. Lebih istimewa, MLS turut mengangkat sisi muzikal — daripada alunan melodi, penulisan lirik hinggalah ke persembahan vokal — yang digabungkan dengan elemen komedi untuk menghasilkan hiburan yang segar dan lengkap. Kami di Astro amat teruja untuk menyaksikan kreativiti mereka terserlah, dan yang paling penting, bergelak tawa bersama seluruh rakyat Malaysia,” tambah Norzeha.
Musim ini, 10 kumpulan ‘empayar’ bakal berentap, setiap satunya dianggotai oleh tiga ‘pahlawan’. Dari pelakon, penyanyi, pelawak sehinggalah ke pempengaruh, MLS musim ke-5 menghimpunkan barisan personaliti dan bakat pelbagai warna di bawah satu bumbung, termasuk wajah-wajah baharu seperti Maryam Kimchi, Aishah Azman, Mark Warn, Norreen, Zul Huzaimy dan Naqiu. Kali ini turut mempertemukan beberapa nama yang sudah dikenali dan disayangi dalam dunia komedi tempatan, antaranya Fad dan Achey Bocey, Man Raja Lawak, Ali Puteh, Chiwan, Shashic dan ramai lagi.
Menambah nilai kepada penganjuran musim terbaharu ini, MLS5 turut mengembalikan lebih ramai “otai” berbanding musim sebelumnya. Jika sebelum ini penonton lebih mengenali mereka melalui kerjaya seni masing-masing, kali ini kemunculan nama-nama besar seperti Joey Daud dan Aziz M. Osman dalam arena komedi pastinya menghadirkan sesuatu yang dirindukan, jarang disaksikan dan tidak wajar dilepaskan. Dengan aura dan pengalaman tersendiri, artis-artis legenda ini diyakini mampu memperkukuh kekuatan pertandingan serta menjadikan MLS5 lebih istimewa dan berbeza daripada musim-musim terdahulu.
MLS5 sekali lagi akan dikemudi oleh pengacara televisyen ikonik tanah air, Dato’ AC Mizal. Namun, kejutan terbesar musim ini terletak pada rombakan penuh barisan juri yang menampilkan wajah-wajah baharu iaitu pengacara versatil Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), pelawak dan pelakon popular Zizan Razak, bersama penyanyi dan pelakon wanita kesayangan ramai, Bella Astillah.
Para penonton dan peminat juga boleh menyaksikan kandungan eksklusif di sebalik tabir serta sebuah perjalanan yang pastinya tidak akan dilupakan apabila setiap empayar bangkit atau tumbang di pentas MLS5 melalui On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.
KUMPULAN EMPAYAR - NAMA
i. Saiko Dinasti - Ming Ammar, Azhar Jalil, Aishah Azman
ii. Nanas Dinasti - Ottoman Achey, Shashic, Namie
iii. Fiona Ayutthaya - Chiwan, Man, Farid Along
iv. Roda Roman - Naqiu, Sharif, Fad
v. Jozon Kedah Tua - Joey Daud, Norreen Iman, Zul Huzaimy
vi. Genzi Mongol - Aziz M Osman, Ilham, Acong
vii. Kimbab Joseon - Zulin Aziz, Maryam Kimchi, Nasz Sally
viii. Puteh Mughal - Ali Puteh, Mamak Puteh, Ieda Moin
ix. Bahyim Egypt - Nizam Jentik Jentik, Ayim Razak, Zahid
x. Lompat British - Mark Warn, Ayan Rahman, Danny Aidid
INFO PROGRAM & PENJURIAN ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 5’
• Format penjurian MLS5 kekal seperti musim sebelumnya, iaitu berdasarkan 70% pemarkahan oleh barisan juri profesional serta pemberian “Bintang”. Manakala 30% selebihnya akan ditentukan oleh undian para penonton di Astro Gempak.
• Program realiti MLS5 dengan penaja utama - Alicafé, membawa tenaga legendanya ke pentas - menyokong semangat bakat komedi sepanjang musim ini.
• Untuk pengisian di platform digital, program ‘Muzikal Lawak Superstar Live+’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com, serta di platform media sosial Astro Gempak ketika berlangsungnya cabaran mingguan. Program ini akan dihoskan oleh Jiggy dan Amir Raja Lawak.
• Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi.
INFO SIARAN ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 5’
PROGRAM MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 5
Berlangsung selama 8 minggu, Muzikal Lawak Superstar 5 akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Prima (saluran 105) dan secara langsung dari Royal Theater Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
KAPSUL MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 5
Menampilkan persiapan, momen di balik tabir, sesi temu bual serta permainan bersama para peserta setiap minggu sebelum program utama MLS5 bermula. Kapsul berdurasi 5 minit ini dihoskan oleh personaliti radio SINAR, Putra Anuar, bertujuan untuk menarik keterujaan para penonton untuk terus menyaksikan gelagat-gelagat setiap kumpulan sehingga bersambung ke program utama.
DIARI MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR
Kompilasi sorotan persediaan para peserta menjelang cabaran mingguan serta klip-klip sedutan belakang tabir termasuk susunan persembahan, lagu dan jalan cerita setiap kumpulan.
PENAJA UTAMA : ALICAFÉ
Mengenai Alicafé
Alicafé ialah jenama kopi Tongkat Ali & Ginseng di bawah Power Root Berhad sejak 1999. Lebih 20 tahun, ia menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan rasa kopi enak dan ramuan semula jadi yang sesuai untuk gaya hidup moden. Pada 2025, Alicafé melancarkan kempen #KuasaKauKaw bersama Datuk Remy Ishak sebagai Duta Jenama meraikan stamina, fokus dan ketahanan lelaki Malaysia. Dengan formula Tenaga LegendaTM, Alicafé terus memberi inspirasi dan tenaga untuk memulakan hari dengan yakin.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.