Book Review | Terang Bulan (2019)

Sunday 20 August 2023

 

Penulis : Fakhrull Halim
Penerbit: Prolog Media
Helaian:  240 mukasurat 
Genre: Seram / Misteri / Thriller  
Tarikh Cetakan: Cetakan Pertama – Januari 2019

Sinopsis:
SETIAP MANUSIA IALAH BULAN~ ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.
. . .
[B A D A R]
Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya mula menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun, bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...

[S I N]
Sin mempunyai segalanya; kemahsyuran, kekayaan dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul yang mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia untuk melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?
. . .
Antara Badar dan Sin, ada garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan, apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!

Review: 

Penat nak habiskan buku Terang Bulan karya nukilan Fakhrull Halim ni. Took me about a month. Bukan sebab tak seronok tapi cara pembunuhan yang mengerikan. Watak Badar dalam kisah ni cuma pelajar sekolah berasrama yang biasa, tak ada kelebihan ilmu pertahankan diri atau jaguh berlawan pun. Tiba-tiba kena kacau dengan hantu yang berdendam sangat dengan dia. 

Kalau hantu ni target Badar seorang saja tak apa lah, ini sampai bunuh semua rakan baik Badar dengan kejam supaya Badar tunduk pada hantu tersebut dan merayu supaya tamatkan penderitaan tersebut. Cara penulis gambarkan setiap pembunuhan pun menggerunkan sampai tak sanggup nak teruskan bacaan. Terfikir apa lah salah mangsa dan Badar sampai kena bunuh macam tu sekali. 

Kalau Badar penat dengan momokan hantu tu, yang baca pun penat juga tapi pencarian jawapan untuk misteri ni yang buatkan I kekal baca sampai ke hujung noktah. Of course, it was sooooo worth it. 

Dekat awal cerita, penulis letak kisah Badar yang diganggu oleh hantu kejam kemudian muncul watak Zarul yang hanya mampu berjumpa Badar pada sempadan alam dan sempadan waktu. Walaupun Zarul nampak macam sesuatu tapi dia antara watak penting yang boleh bantu Badar untuk mencari Zamir. Kemudian masuk pula plot watak Sin dan kehidupan liar dia. Bila Badar bertemu Sin baru lah kita tahu kenapa hantu mengganggu dan macam mana mereka boleh lawan hantu tersebut. 

Kekuatan naskhah Terang Bulan bukan saja pada keaslian cerita yang menarik dan sarat dengan aksi thriller juga misteri bahkan pada perbualan dialog baik antara Badar bersama rakan-rakannya mahpun Badar bersama Zarul. Seronok setiap kali baca isi bicara watak Zarul sebab banyak ilmu dan butir yang membuka mata. Boleh juga belajar macam mana nak buang habit dengan mewujudkan kiu baru supaya kita tak stuck dalam tabiat lama. 

“Untuk orang yang bermimpi, tiada jalan yang terbukri secara empirical untuk dia bezakan apa yang sedang dialaminya itu mimpi atau realiti. Kadang-kadang, kita tersedar yang kita sedang bermimpi pun mungkin kerana apa yang berlaku itu terlalu tidak logik. Jadi kita fikir, ini pastinya hanya mimpi. Tapi kadang-kadang, sampai akhir pun kita tak sedar yang kita sedang bermimpi. Hanya apabila dah terjaga, baru kita sedar yang kejadian yang kita alami tadi hanyalah mimpi semata-mata. Sebab itu, untuk orang-orang yang sedang tidur, terjaga itulah sedar. Samalah juga, sehingga kita mati nanti baru kitaa sedar yang kehidupan hanyalah mimpi yang sebentar dan mati itulah sedar yang sebenar.” – Zarul

Menarik juga bila penulis terapkan karakter bulan yang selama ni dipandang cantik sejak zaman-berzaman. Dari awal hingga ke hujung cerita, Badar dan Hantu berbicara tentang bulan yang mempunyai personality yang sama. Bersinar cantik pada satu sisi dan gelap malap pada satu sisi lagi, sama seperti manusia yang mempunyai sisi baik dan juga buruk. 

“Setiap orang adalah bulan. Ada sebelah sisi daripada diri mereka tidak pernah mereka tunjukkan kepada sesiapa pun. Sebaik mana pun kau lihat seseorang manusia, mereka ada anti-diri yang seperti aku, yang mereka rahsiakan daripada pengetahuan semua orang. Sekuat mana pun mereka cuba untuk singkirkan kami, mereka tetap takkan berjaya. Sebab apa? Sebab sekuat mana pun kau cuba untuk berubah, bulan tetap bulan. Bulan berpusing satu arah sahaja. Sebelah dirinya dilimpahi cahaya, sebelah lagi selama-lamanya akan berada dalam kegelapan.” - Badar

Naskhah Terang Bulan tak lah tebal sebab watak yang terhad, cuma watak yang berada di sekeliling Badar dan Sin, plot dan perkembangan cerita juga padat dan tak meleret. cuma latar masa saja yang buatkan cerita ni mengelirukan tapi bila dah baca sampai habis baru faham kenapa penulis tak rasa perlunya untuk masukkan latar masa dan kenapa ada watak yang muncul bila perlu. 

Boleh nampak usaha penulis untuk mengangkat tema psikologi dengan mengaitkan sesuatu yang berada dekat dengan kita. Bermain dengan tidur dan mimpi, bulan, sungai atau laut kesemuanya menguatkan lagi penceritaan. Cara penulis terangkan ilmu psikologi tanpa nampak seperti hafal buku teks atau preachy. Rasa nak cari novel penulis yang lain pula. Thank you for this insightful story!

1. Author +1, 2. Plot +1, 3. Genre +1, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.6 = 4.6/5

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.