PENONTON DISELUBUNGI KETAKUTAN, ‘RAHSIA’ AKHIRNYA TERBONGKAR

Wednesday 2 August 2023

PENONTON DISELUBUNGI KETAKUTAN, ‘RAHSIA’ AKHIRNYA TERBONGKAR | Versi ‘Reboot’ Tampil Dengan Pembaharuan Tanpa Melupakan Elemen Asal 

Daripada penerbit filem pecah panggung Dukun dan Pusaka, Astro Shaw bersama Five Star Trading mempersembahkan filem seram terbaru versi Reboot dari karya yang dianggap sebagai ‘cult classic’ filem tempatan, Rahsia. Filem ini bakal ditayangkan di 150 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 10 Ogos. 

Rahsia yang membawa tagline ‘Dia Takkan Pergi’ diarahkan oleh Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham. Amat dekat dengan naskah tersebut memberikan kelebihan buatnya dalam mengarahkan serta menghidupkan semula karya yang dianggap sebagai ‘masterpiece’ ini. Skrip pula ditulis oleh penulis hebat dan creator siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo. 

Antara elemen dan babak daripada filem asal seperti kereta mainan bergerak sendiri, piano berbunyi tanpa dimainkan, anak patung bernyawa, rumah banglo, babak-babak mendebarkan di tepi pantai dan misteri di sebalik dinding batu masih dikekalkan di dalam filem Rahsia terbaru. Pastinya ini mengujakan peminat dan penonton filem asal. Malah versi Reboot juga mampu menarik penonton baru dengan jalan cerita yang disuntik pembaharuan untuk kesesuaian masa kini dan perkembangan penceritaan yang lebih terperinci dan beremosi. 

Antara kekuatan reboot Rahsia adalah lakonan mantap oleh barisan pelakon seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester. 

Nabila Huda sekali lagi membuktikan kemampuan beliau sebagai pelakon hebat dan versatile menerusi watak Ramlah. Nabila menggerakkan watak Ramlah dengan pesonanya tersendiri sekali gus mewarnai karakter tersebut. Lebih mantap, dia digandingkan bersama pelakon legenda tanah air, Eman Manan yang membuat kemunculan semula di layar perak selepas lebih sedekad. Gabungan ini ternyata mewujudkan keserasian yang mampu meninggalkan kesan di hati penonton. 

Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan karya Rahsia dipilih untuk versi Reboot kerana ia adalah sebuah karya yang dianggap sebagai ‘cult classic’ dan jalan ceritanya masih relevan sehingga kini. 

“Kami amat teruja filem reboot Rahsia akan dipersembahkan kepada penonton di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei. Rahsia adalah sebuah filem hebat yang wajar ditonton semua. Dalam menghasilkan sebuah filem yang berkualiti, kami percaya banyak usaha yang harus dilakukan. Selain jalan cerita menarik, Rahsia harus memberi keseimbangan di antara elemen filem asal dengan suntikan pembaharuan bagi kesesuaian penonton pada masa kini. Kami berharap reboot Rahsia dapat memuaskan hati peminat serta menarik penonton baru, sekali gus mengulangi fenomena yang pernah dicipta.”

Menurut Penerbit dan Penulis Rahsia, Alfie Palermo berkata, “Untuk versi Reboot, kami telah mengolah jalan cerita asal namun tema serta bahasa visual yang menjadikan filem Rahsia sebuah 'cult-classic' masih dikekalkan.  Ia turut diperbaharui untuk memberikan nafas baru buat generasi penonton muda mahupun penggemar filem asal. Di samping penggunaan teknologi terkini, kami turut mengambil pendekatan 'practical effects' yang digunakan di dalam filem 1987.  Kami memilih Shamyl Othman, anak kepada pengarah filem asal, Othman Hafsham kerana pengalamannya mengarah filem seram Kami Histeria dan siri Gantung. Harapan saya versi Reboot ini mendapat sambutan dan semoga lebih banyak versi Reboot dan Remake filem-filem lama diterbitkan pada masa hadapan.” 

RAMLAH, seorang suri rumah, pulang bercuti ke rumah bapanya TAN SRI KARIM sempena ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suami HAMDAN, seorang pensyarah, serta dua anak mereka, MARINA dan SAIFUL. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang, namun Ramlah  mula diganggu kelibat anaknya. Mampukah Ramlah merungkai rahsia di sebalik kehilangan itu?

Rahsia versi asal tahun 1987 pernah mencetuskan fenomena dengan jalan penceritaan yang berkonsepkan misteri thriller. Ia menjadi filem tempatan pertama yang diangkat sebagai Filem Terbaik di  Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain, termasuk Pengarah Terbaik. 


Manakala, lagu bertajuk ‘Alunan Lara’ adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh NJWA. NJWA juga merupakan komposer dan lirik untuk lagu edaran Rocketfuel Entertainment ini. 

Istimewa buat peminat dan penonton, boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ bermula 9 Ogos dengan tayangan bermula 8.00 malam ke atas.


Sertai peraduan filem Rahsia di platform sosial media Astro Shaw dan Astro Gempak bermula 10 Ogos 2023 untuk memenangi hadiah eksklusif. Ikuti Broadcast Channel Astro Shaw untuk dapatkan info dan kata petunjuk. 

Nantikan filem Rahsia yang akan menemui penonton 10 Ogos 2023 di pawagam seluruh negara. Gunakan #Rahsia #Rahsia2023 untuk berkongsi video atau ciapan di media sosial. Ikuti info dan klip-klip menarik Rahsia di Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 


**************************************

Tajuk: Rahsia
Genre: Seram 
Dipersembahkan oleh: Astro Shaw Sdn Bhd, Five Star Trading Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad
Penerbit Eksekutif Bersama: Garuna Murthee
Syarikat Produksi: Kuman Pictures
Penerbit: Alfie Palermo, Siti Marzuliana Marzuki
Penerbit Bersekutu: Luqman Sheikh Ghazali, Amir Muhammad, Elise Shick 
Penerbit Penyelaras: Amirr Shahlen 
Pengarah: Shamyl Othman
Skrip: Alfie Palermo
Lakon Layar: Alfie Palermo 
Pengarah Fotografi: Tan Teck Zee 
Penyunting: Razaisyam Rashid, Zan Mazlan
Pengarah Seni: Saiful Zahairie Zainuddin
Kesan Visual:Bolt Studios Sdn Bhd
Skor Muzik: Reinchez NG
Penata Bunyi: Mohsin Othman
Pereka Busana: Norzamri Mohd Ghazali

INFO FILEM

Bahasa: Bahasa Malaysia
Durasi Filem:90 Minit
Lokasi Penggambaran: VIP Bungalow, Pulau Carey; Hatter’s Castle, Pulau Carey; Pantai Teluk Cempedak, Kuantan; Tanah Perkuburan Pantai Sepat, Kuantan;
Jumlah Hari Penggambaran: 27 Hari 
Tarikh Tayangan di Pawagam: 10 Ogos 2023

BARISAN PELAKON
Nabila Huda sbg Ramlah
Fikry Ibrahim sbg Hamdan
Eman Manan sbg Tan Sri Karim
Qistina Raisah sbg Marina
Syed Ali Murtadha sbg Saiful
Marsha Milan Londoh sbg Melor
Rashidi Ishak sbg Young Tan Sri Karim
Nu’man Salleh sbg Pak Salleh
Iris Alessandra Alyssa sbg Ramlah muda
Mislina Mustaffa sbg Che Yah
Nabil Zakaria sbg Bob
Aloy Paradoks sbg Inspektor Hanif
Suhaid Mustakim Yahya sbg Sarjan Azam
Othman Hafsham sbg Ustaz Firdaus
Susan Lankester sbg Datin Mary


LAGU TEMA RASMI

Lagu : Alunan Lara
Artis: NJWA
Komposer: NJWA

SINOPSIS 

RAMLAH, seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya TAN SRI KARIM sempena menyambut ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya HAMDAN, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, MARINA dan SAIFUL. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai namun Ramlah  mula diganggu kelibat anaknya. Mampukah Ramlah  merungkai rahsia disebalik kehilangan anaknya itu?

5 comments

  1. kalau filem seram memang saya tak berani nak tengok kecuali kalau ada pasangan yang sanggup teman,..tapi kalau pasangan dua kali lima lebih baik tak payah hehehehe

    ReplyDelete
  2. Tak ingat ada tengok ke tak versi lama tu.. Versi baru ini nampak menarik..

    ReplyDelete
  3. ada nabila...kompem terbaik punya!

    btw kenapa marsha pakai baju mcm tu? nampak besar pula.... ;-)

    ReplyDelete
  4. teingin nak tengok. tapi muzik nya dah buat kita pejam mata. macammana nak tengok bagi habis tah. ni ada nabila huda, mesti best cerita ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.