Nikmati tayangan perdana program terhebat Korea di Astro pada Ogos ini

Thursday 10 August 2023

Nikmati tayangan perdana program terhebat Korea di Astro pada Ogos ini | Cold Blooded Intern, My Dearest, Numbers, Buddy Into the Wild dan lebih

Nikmati tayangan perdana program terhebat Korea di Astro pada Ogos ini Bulan Ogos ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai di Astro menerusi ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO.

• Peminat boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, termasuk:

o Drama mencuit hati Cold Blooded Intern, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Ra Mi-ran, Uhm Ji-won dan ramai lagi, dari 12 Ogos di tvN (Saluran 395 HD).

o Drama percintaan My Dearest, ditayangkan 24 jam selepas Korea, dibarisi Kim Myung soo, Choi Jin hyuk, setiap Sabtu dan Ahad di ONE (Saluran 393 HD).

o Drama aksi Numbers, menampilkan Kim Myung soo, Choi Jin hyuk dan ramai lagi, bermula 24 Ogos di ONE (Saluran 393 HD).

o Program realiti Buddy Into the Wild, dibintangi oleh Ahn Jung Hwan, BOOM, dan ramai lagi, bermula 31 Ogos di ONE (Saluran 393 HD).

o Program realiti Express Delivery: Mongolia Edition, menampilkan Kim Jong-kook, Hong Kyung-min, Jang Hyuk, Cha Tae-hyun, Hong Kyung-in, dan Kang Hoon, bermula 24 Ogos di tvN (Saluran 395 HD).

o Program pelbagai Earth Arcade 2, membariskan Ahn Yu-jin, Lee Young-ji dan ramai lagi, bermula 14 Ogos di K-Plus (Saluran 396 HD).

o Filem seram The Devil’s Deal, dibintangi Cho Jin-Woong, Lee Sung-Min dan ramai lagi, pada 19 Ogos di tvN Movies (Saluran 416 HD).

Nota: Sila rujuk senarai program di bawah untuk maklumat lanjut.

• Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.

1. Cold Blooded Intern 

[24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana] - 12 Ogos, Jumaat, 9.15 malam, tvN (Saluran 395 HD)

Hae-ra, tertekan kerana dilayan seperti pembantu rumah, dia menerima tugasan daripada Ji-won untuk memecat rakan sekerja yang lain. Tetapi apabila Ji-won hamil, dia terperangkap dengan rancangannya sendiri.

2. My Dearest 

[24 jam selepas Korea] Setiap Sabtu & Ahad, 9.45 malam, ONE (Saluran 393 HD)

Melodrama tentang cinta yang mekar dan berkekalan antara Lee Jang-hyun dan Yoo Gil-chae semasa pencerobohan Qing ke atas Joseon.

3. Numbers [Tayangan Perdana] 24 Ogos, Khamis & Jumaat, 7.50 malam, ONE (Saluran 393 HD)

Selepas kehilangan seseorang yang rapat dengannya kerana ketamakan dan penyalahgunaan nombor Firma Perakaunan Taeil, Jang Ho woo (Kim Myung soo) memutuskan untuk menjadi seorang akauntan dan menebus kembali kesalahan yang telah dilakukan oleh Taeil. Akhirnya, Ho woo diterima masuk ke dalam Taeil sebagai akauntan tetapi menghadapi layanan yang tidak adil kerana dia adalah pekerja pertama yang hanya mempunyai kelayakan diploma dari sekolah menengah. Namun begitu, Ho woo tetap fokus dan bertekad untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan tidak adil firma itu.

4. Buddy Into the Wild [Tayangan Perdana] 31 Ogos, Khamis, 10.30 malam, ONE (Saluran 393 HD)

Ikuti rakan-rakan selebriti ketika mereka mengembara ke pulau terpencil dan cuba menyesuaikan diri. Mereka perlu mencari dan memasak makanan sendiri serta bertahan di waktu malam yang penuh cabaran.

5. Express Delivery: Mongolia Edition [Tayangan Perdana] 24 Ogos, Khamis, 10.30 malam, tvN (Saluran 395 HD)

Ahli-ahli "Dragon Zodiac Club" menjadi penghantar bungkusan di Mongolia, bergerak pantas untuk menghantar bungkusan dan menepati janji mereka kepada pelanggan!

6. Earth Arcade 2 [Tayangan Perdana] 14 Ogos, Isnin, 10.30 malam, K-Plus (Saluran 396 HD)

Pelbagai aksi pengembaraan di mana 4 pahlawan berkumpul untuk menangkap arnab bulan yang telah melarikan diri ke Bumi.

7. The Devil’s Deal [Tayangan Perdana] 19 Ogos, Sabtu, 10 malam, tvN Movies (Saluran 416 HD)

Tiga watak berpengaruh termasuk seorang wakil rakyat, seorang berkuasa tinggi dalam politik dan kumpulan samseng bersaing untuk sebuah dokumen rahsia yang boleh menyebabkan kemusnahan negara.

3 comments

  1. Peminat program2 korea tentu tak lepaskan peluang

    ReplyDelete
  2. wah..makin banyak cita korea yg best2 ni

    ReplyDelete
  3. Numbers tu da tengok sampai episod 3.. Pergh!! Best..
    The Devil’s Deal tu macam menarik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.