Movie Review | The Childe (2023)

Monday 14 August 2023


Director: Park Hoon-jung
Writer: Park Hoon-jung
Cast: Kim Seon-ho, Kang Tae-joo, Kim Kang-woo, Go Ara
Production Companies: Sageumwol Film (Goldmoon Film), Studio&NEW
Distributor: Next Entertainment World
Genre: Action / Crime / Thriller
Running Time : 118 minutes
Release Date: 21 June 2023
Trailer :


Menengahkan Kopino, darah kacukan Korea dan Filipina yang menetap di Filipina, Marco Han (Kang Tae-joo) adalah seorang boxer yang mengambil upah bertanding dalam perlawanan haram demi menanggung pembiayaan perubatan ibunya (Caroline Magbojos) yang sakit tenat. 

Setelah lama mencari ayahnya, pengurus rumah perlindungan untuk Kopino, Kim Seon-sang (Lee Ki-young) beritahu CEO Han mencari Marco kemudiannya menghantar beberapa orang suruhan untuk bawa Marco ke Korea. Dalam penerbangan Marco berjumpa dengan Childe (Kim Seon-ho) yang berkelakuan aneh dan ingin bersahabat dengannya. 


Childe bagitahu kedatangan Marco ke Korea cuma adalah untuk mati. Betul apa yang dikata oleh Childe kerana abang sulungnya, Han Yi-sa (Kim Kang-woo) perlukan jantung Marco untuk digantikan dengan jantung ayahnya. CEO Han perlu hidup supaya semua harta dipindahkan ke atas nama Han Yi-sa dan bukan adik perempuannya. 

Tak pernah lagi tengok filem Korea yang mengangkat kisah individu berdarah kacukan Korea dan Filipina sepertimana dipaparkan dalam filem The Childe. Dalam naskhah neo-noir ni diceritakan bagaimana Kopino terlahir bilamana lelaki kaya dari Korea datang untuk berhibur di Filipina kemudian tinggalkan saja wanita di sana terkontang-kanting bersama anaknya. 


Ikutkan statistik pada tahun 2014, seramai 40,000 orang Kopino menetap di Manila dan kebanyakannya hidup dalam keadaan miskin melarat. Sama seperti yang digambarkan melalui watak Marco Han dan ibunya yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rumah pun cukup jadi tempat berteduh dalam keadaan yang uzur dan busuk. Sumber air pun tercemar. 

Tak hairan lah kalau Marco senang sangat terpedaya bila orang suruhan CEO Han datang jemput dia ke Korea. Senang sangat nak connect dengan Marco dan perit jerih kehidupan dia sampai setia hingga ke hujung untuk tahu nasib dia macam mana.


Kalau Kang Tae-joo cemerlang sebagai Marco, Kim Seon-ho pula mengerikan dalam avatar lelaki gentleman lengkap berpakaian suit dan kemas bergaya. Setiap kali dia muncul rasa seram sejuk sebab dia bunuh tanpa belas kasihan. Menyeringai setiap kali berjumpa dengan ‘kawan’ dia. Seram juga tengok cara Childe lari dalam babak dia kejar Marco di Seoul. 

Rasa macam Kim Seon-ho balas dendam dengan apa yang terjadi lepas dia famous penangan drama Hometown Cha-Cha-Cha (2021). 100% berubah karakter dari lelaki yang romantik dan baik kepada pembunuh upahan yang kejam. Tapi bukan sesuatu yang mustahil lah untuk pengarah dan penulis Park Hoon-jung yang pernah mengarah filem I Saw The Devil (2010) atau V.I.P. (2017). Kalau Lee Jong-suk yang lemah lembut tu pun boleh bertukar ngeri dalam V.I.P, sama juga lah dengan Kim Seon-ho. 


Plot The Childe simple dan straightforward tapi disebabkan lakonan baik pelakon mahupun sampingan menyerlah dalam watak dan ruang masing-masing dikuatkan lagi dengan olahan dan editing buatkan The Childe seronok untuk ditonton. Walaupun filem ni sarat dengan aksi dan thriller tapi ada unsur komedi yang datang dari karakter Childe untuk kendurkan ketegangan dalam naskhah terbitan Sageumwol Film dan Studio&NEW. Dinamik antara Kang Tae-joo dengan Kim Seon-ho menguatkan lagi mood penceritaan. dari seram tengok Childe kejar Marco boleh bertukar kepada berdoa supaya Childe cepat datang selamatkan Marco. 

Dekat awal cerita je lah mengelirukan sikit sebab tak tahu Marco sebenarnya tinggal di Filipina atau berada di Korea. Nak kata dekat Korea, ada Mr. Kim dan beberapa watak Korean yang lain. Kalau di Korea, Childe seronok pulak dengar radio berbahasa Tagalog dalam kereta. Not a big issue but a bit annoyed. 


Apart from that part, The Childe is the best action movie for this year from Korea. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.6/10

5 comments

  1. Cepat² screen shot tajuknya FJ. Selalu buntu nak tonton drama apa setiap kali dah tamat drama lain.

    ReplyDelete
  2. Filem aksi begini best juga layan terutama membawa mese kepada kehidupan

    ReplyDelete
  3. alamak..hero fav ni..comei nya

    ReplyDelete
  4. syok juga ni action movie. tapi biasanya movie koren yg mama tgk semuanya macam kureng.

    ReplyDelete
  5. Memang tak sangka dia berubah 100% tapi disebabkan dia jugalah Sha teruja nak tengok filem nie.. memang aksi dia ohsem gila..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.