Movie Review : V.I.P

Friday 1 June 2018

Related image

 Director : Park Hoon-jung
Cast :  Lee Jong-suk, Jang Dong-gun, Kim Myung-min, Park Hee-soon
Production Company : Warner Bros Studios
Genre : Crime/Thriller
Running Time : 128 minutes
Release Date : 23 August 2017
Trailer :



Kim Gwang-il (Lee Jong-suk) merupakan suspek kepada pembunuhan bersiri yang sadis dan kejam di Korea Selatan tapi merumitkan keadaan bila Agent Park Jae-hyuk (Jang Dong-gun) dari South Korea’s National Intelligence Service (NIS) dan ejen CIA masuk campur dengan kes pembunuhan yang diketuai oleh detektif Chae Yi Dong (Kim Myung-min). Gwang-il merupakan anak kepada pegawai kerajaan di Korea Utara yang mempunyai data sulit negara dan disebabkan itu Gwang-il mendapat status V.I.P. Status tu bagi imuniti kepada dia untuk buat apa sahaja yang dia nak termasuklah pembunuhan.


Ada 5 bahagian dalam movie V.I.P. yang menceritakan keseluruhan kes dan konflik di antara negara Korea Selatan dan Korea Utara.

Part 1 : Prologue
Part 2 : The Suspect
Part 3 : Attack and Defense
Part 4 : V.I.P from the North
Part 5 : Epilogue

Lakonan Lee Jong-suk sebagai seorang psiko yang suka membunuh memang sangat menjadi dan luar dari kebiasaan dia sebagai hero romantik. You guys can see the new shade of Jong-suk yang korang mungkin tak sangka langsung dia boleh pergi sejauh tu. Apart from him, watak yang lain kebanyakannya try hard tambah bila nak tayang accent masing-masing. Padahal boleh je chill sembang macam biasa. Lakonan Jang Dong-gun sebagai Ejen Park agak sia-sia dalam movie ni, sayang bila talent hebat nampak malap walaupun screentime dia agak banyak. 


Movie ni sangat banyak sembang rather than tunjuk sisi psiko Gwang il. Director nak juga tunjukkan scene politik antara dua negara padahal boleh je cut down scene sembang ni since you have precious gem in this movie. Kalau dia focus dengan Jong-suk rasanya movie ni jadi lebih menarik.

Movie V.I.P. ni jadi isu juga di Korea sebab tayangkan keganasan melampau terhadap perempuan since Gwang-il memang target wanita sebagai sasaran tapi siapa pun yang halang dia memang akan jadi mangsa jugak cuma tak ditunjukkan cara dia membunuh secara terperinci berbanding perempuan. 


I don’t have any issue in that if director nak ketengahkan cerita psiko sadis yang gila seks cumanya tak nampak hala tuju movie ni bila momentum tu berubah dari kes pembunuhan kepada kes politik negara dan tiba-tiba jadi cerita balas dendam. Its so confusing sampai kau pun tak tahu apa sebenarnya mesej utama cerita ni. And yes, this movie tak sesuai untuk tontonan 18 tahun ke bawah due to several gory scenes and disturbing images.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought =0.3 = 6.6/10

9 comments

  1. First time tengok mamat nie jadi pisko..

    ReplyDelete
  2. tak tengok lagi movie ni, tapi teringin nak tgk lee jong suk jadi psiko giler hehe..

    ReplyDelete
  3. tak prnah tgok lagi filem ni.. in shaa Allah nnti nk tgok

    ReplyDelete
  4. Waa nak tgk la masa cuti nanti. Mcm best, lagipun LSJ is one of my fav actor. sllu nmpk dia dlm romance drama. Tapi jrg nmpk LSJ pgg watak jahat. Tq for recommend ^^

    ReplyDelete
  5. eheeeeh ade Lee Jongsuk hehe tapi macam heavy citernya takut.. hehe

    ReplyDelete
  6. wah jongsuk pegang watak psiko.

    ReplyDelete
  7. wow. I loikee cerita psiko hahaaha. biasanya akak tengok movie semua ni kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat kissasian, dramanice tapi kadang2 google je tajuk movie dengan uploader

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.