Menu Baru CoolBlog 2018

Thursday 28 June 2018


Lepas beli barang dapur dekat Giant ternampak bunting Coolblog tayang menu baru, Coffee Choc Syiok! Dekat situ ada Chocolate Walnut Brownies with Chocolate Syrup dengan Cappuccino Roasted Hazelnut with Chocolate Chip.


Disebabkan terliur dengan nama dan gambar, memang nak try lah cerita dia. Mine, Chocolate Walnut Brownies, adik pulak order Cappuccino Roasted Hazelnut with Chocolate Chip. Masa tengah tunggu order tu nampak Menu Baru 2018 Coolblog, ada 8 flavor baru macam dalam gambar bawah ni.


Dah order, dah bayar, tunggu kejap and dapat menu yang kitorang nak tu tapi quite shocked jugak lah sebab cup dia tak besar mana macam menu coolblog yang sebelum ni plus cup dia tak nampak eksklusif pun? Macam beli dekat tepi jalan je.


But I just let that slip away je lah, sebab product dia yang penting dari packaging. But wow oh wow I’m shocked for the second time sebab hambarnya hoi. RM7 for this taste? Ice blended dekat booth tepi jalan lagi bagus dari produk baru Coolblog ni. Takde rasa walnut or brownies pun. Macam semata chocolate dengan chocolate syrup je. Cappuccino pun pahit ya rabbi, mungkin hazelnut tu dah blend sekali sampai hancur sampai tak wujud dalam tu.

Dah beli, kena habiskan walapun menyesal. Second time? Never! Tapi lain orang lain tekak dia, maybe ada yang jatuh cinta dengan dua flavor ni. Ciao!

8 comments

  1. Frust jugak tengok cup dia biasa biasa jee

    ReplyDelete
  2. Memang frust pun.. Tadi akak pergilah beli.. Semua tak ada.. Semua habis.. Geram je rasa.. Coolblog ini kena buat pantauan lah kot.. Make sure semua cawangan present air tu betul-betul.. Ini ada tempat okay.. Ada tempat rasa menyesal beli.. Sadis owh..

    ReplyDelete
  3. hahaha,kelakar jugak baca sebab beli air coolblog tapi mcm air tepi jalan XD

    ReplyDelete
  4. memang frust.. silap silap boleh menyumpah.Harga memang nak pergi haji.Packaging pon kosong,takde pape.Memang layak lah.. tapi pasar malam pun,lagi sedap dan murah pula tu.

    ReplyDelete
  5. tak rasa lagi menu baru cool blog ni.rabia minum jus kathira je.yg ada botol air comeyyy tu.coolblog kathira.

    ReplyDelete
  6. Agaknya kan time Pana dok tunggu tu, pekerja dia lari2 keluar pi tapau air tepi jalan RM3 lepastu jual balik RM7. Packaging pun camtu je, betul dah ni..hihi

    ReplyDelete
  7. Hello friend, I really like chocolate because I like sweets and I recently tried organic chocolate. It was really delicious. If you have never tried such chocolate, then take a look at https://chocolateandlove.com. I found here many types of organic chocolate with different flavors. The most delicious for me was the orange. Good luck!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.