Movie Review : Blackmail

Saturday 23 June 2018

Image result for blackmail movie 2018

Director : Abhinay Deo
Cast : Irrfan Khan, Kirti Kulhari, Arunoday Singh, Divya Dutta, Omi Vaidya, Anuja Sathe, Gajraj Rao
Production Company : T-Series Films, RDP Motion Pictures
Distributor : AA Films
Genre : Dark Comedy
Running Time : 139 minutes
Release Date : 6 April 2018
Trailer : 



2 sebab nak tengok Blackmail, satu sebab Irrfan Khan berlakon. Kedua, sebab ni mungkin movie terakhir Irrfan Khan since masa shooting movie ni dia collapse & been diagnosed with neuroendocrine tumor. Hope he’s doing fine battling with cancer. I’ll miss you.

Blackmail mengisahkan tentang ugutan-ugutan yang berlaku terhadap semua karakter yang terlibat dalam plot movie ni. Bermula dengan Dev (Irrfan Khan) yang terkejut dengan kecurangan bini dia, Reena (Kirti Kulhari) dan bekas kekasihnya Ranjit (Arunoday Singh). Dev mula rancang untuk balas dendam instead guna kekerasan.

Related image

Idea untuk memeras ugut Ranjit menggunakan duit datang bila bos dia tolak permohonan untuk naikkan gaji walaupun dah buat yang terbaik untuk company. Hutang makin banyak tapi gaji masih sama. Dev guna baki gaji yang ada untuk beli handphone baru cukup untuk kenakan Ranjit.

Ranjit yang takut affair dia tersebar ke pengetahuan isteri kaya dia, Dolly (Divya Dutta) dan ayah mertua, terpaksa menurut saja kehendak lelaki misteri/Dev. Ranjit gunakan alasan mula berniaga untuk dapatkan duit Rs100,000 dari Dolly tapi ayah mertua dia tahu dia cuma menipu dan mengugut untuk pulangkan kembali duit. Ranjit kemudian mencipta akaun Gmail baru untuk mengugut Reena dan meminta sebanyak Rs 120,000 kalau tak nak affair dia bocor kepada Dev.

Image result for blackmail movie 2018

Reena yang cuak dengan ugutan tu, mula menipu Dev untuk dapatkan duit dengan alasan ayahnya yang sakit perlukan duit untuk ujian saringan dan pembedahan. Dev bagi duit yang dia dapat dari Ranjit kepada Reena sebanyak Rs90,000, lagi Rs30,000 dia guna duit simpanan. Dalam keadaan mabuk, Dev bagitahu kawan baik dia di office, Anand tentang masalah rumahtangga dan ugut Ranjiv untuk bagi duit.

Anand dalam keadaan mabuk terlepas cakap dengan Prabha (Anuja Sathe), awek cun dekat office yang berkerja bawah Dev sebagai sales exec. Keesokan harinya, Prabha pula blackmail Dev untuk bagi Rs30,000 supaya rahsia peras ugut ni terjaga dari Reena dan Ranjit. Dev yang terdesak terpaksa bagi duit untuk tutup mulut Prabha.

Image result for blackmail movie 2018

Kacau-bilau dibuatnya bila Prabha minta duit kali kedua dekat Dev, Dev minta duit dari Ranjit, Ranjit minta dari Reena, Reena minta dengan Dev. Yang syoknya haruslah Prabha. Semua duit pergi dekat dia walaupun tak banyak, dia memang enjoy sakan dengan duit tu.

Dev dah mula tension dengan Prabha dan Reena yang minta duit dengan dia, Ranjit dah tertekan dengan Dev, Dolly dan ayah mertua dia. Makin bertambah kusut bila private agent yang dia upah buat kerja lambat tak standing dengan harga mahal yang dia bayar. Private agent Chawla (Gajraj Rao) pun peras ugut Dev bila tahu tentang rahsia Dev. Siapa yang selamat dalam circle peras ugut ni? Siapa yang untung, siapa yang rugi? Tercapai atau tak misi balas dendam Dev terhadap Reena dan Ranjit?
Image result for blackmail movie 2018

Unlike Delhi Belly which I love the most for black comedy genre, Blackmail agak slow tambah dengan lawak yang tak berapa power macam dalam Delhi Belly walaupun dari director yang sama. Ada some scenes yang agak hambar plus annoying macam scene boss Dev, DK (Omi Vaidya). Mungkin Abhinay terinspirasi dari 3 Idiots untuk lahirkan watak tu. Watak Kriti dan Divya pun agak wasted dalam movie ni sebab tak banyak pun diorang mampu buat selain meroyan dengan perangai lelaki dalam hidup diorang.

Walaupun performance Irrfan Khan bagus dalam Blackmail but it doesn’t do justice for the rest of the movie. Plot movie yang simple tapi jadi kucar-kacir. Duit yang Dev dapat dari Ranjit tu sepatutnya bayar terus semua hutang and he shouldn’t be afraid of Prabha pun since yang bersalah ialah Reena & Ranjit. He just got scared over nothing.

Music soundtrack biasa je, sedih bila Urmila Mantodkar jadi cameo untuk item song Bewafa Beauty tapi lagu tak menambah rencah pun untuk movie ni. Lagu yang lain pun tak menaikkan mood sangat, entah kenapa lagu-lagu karya Amit Trivedi sekarang tak ummpph macam album yang lain. Kekurangan idea rasanya.


I just feel bad for Irrfan because 2018 is not his year and Blackmail isn’t that good enough to end his great career.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.9/10

5 comments

  1. Amboi cerita ni, masing2 kaki blackmail orang :P

    ReplyDelete
  2. sy ni jarang tgk filem tamil / hindustan... so cuma baca je laa baru tau sikit2 ;-)

    ReplyDelete
  3. macam best genre dia .. dark comedy hehe.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.