Movie Review : Qarib Qarib Singlle

Thursday 28 June 2018


Director : Tanuja Chandra
Writer : Kamna Chandra
Cast : Irrfan Khan, Parvathy, Neha Dhupia, Pushtiie Shakti, Aman Sharma, Siddharth Menon, Navneet Nishan
Production Company : Zee Studios, JAR Pictures
Distributor : Zee Studios
Genre : Romance/Comedy
Running Time : 125 minutes
Release Date : 10 November 2017
Trailer :



Movie travel-theme ni memang menarik minat sangat nak pula bila travel sekitar India sebab India ni banyak juga tempat yang best dan cantik. Tengok banyak kali pun tak puas, baru tengok dalam movie belum merasa sendiri pengalaman tu. Plot cerita QQS ni dikarang oleh ibu Tanuja dan digubah sendiri oleh Tanuja supaya sesuai dengan era sekarang. 

Qarib Qarib Single mengisahkan tentang kehidupan sunyi Jaya (Parvathy) selepas kematian suaminya. Rutin yang sama dia buat, skype call dengan adik dia lepas balik kerja, tolong jagakan anak-anak atau pets kawan-kawan dia ataupun layan movie. Kadang tu dia bekerja even weekend sebab sunyi.


One day kawan baik dia suggest daftarkan diri di online site dating. At first dia macam ragu-ragu tapi apa salahnya mencuba. Dari situ dia berjumpa dengan Yogendra Kumar Devendra Nath Prajapati, a.k.a. Viyogi (Irrfan Khan), seorang pemuisi tapi satu buku puisi dia pun tak pernah terjual walaupun puisi dia agak best – Jaya yang kata macam tu.

Karakter Jaya dengan Yogi agak berbeza, jangan kata bercinta, nak berkawan pun Jaya tak mampu tak tahan dengan perangai Yogi dan cuba cari jalan untuk larikan diri tapi tak berjaya. Yogi bangga dengan pencapaian rekod dia bercinta. Dia selalu brag yang 3 orang ex dia masih tergilakan dia walaupun dia dah lama tinggalkan diorang so Jaya cabar Yogi untuk track down semua ex Yogi untuk buktikan perkara tersebut. Maka bermula lah ekspedisi pengembaraan diorang.


Yogi ni agak clumsy, so banyak benda yang agak chaos terjadi sepanjang perjalanan mereka bersama. Bermula dengan terlepas flight, terjatuh dari bot, tersalah naik keretapi dan banyak lagi lah yang terjadi. Walaupun Yogi ni berkarakter begitu, dia sejenis yang cool je tapi Jaya jenis memang menggelabah itu ini dan cepat stress sampai membebel dalam bahasa Tamil. Like I said earlier, beza karakter macam langit dengan bumi.

Plot movie ni memang predictable lah bila both of them mula merasakan cinta tapi yang buat curious nak tengok sampai habis tu, betul ke semua ex Yogi masih menyimpan perasaan dengan Yogi. Kalau tengok Yogi ni tak sangka betul exes dia semua hot meletup kecuali Radha yang dah berisi sejak kahwin but still comel. Walaupun dah boleh agak jatuh cinta tapi bibit cinta antara dua manusia berbeza karakter tu buat kita curious jugak macam mana boleh berubah dari menyampah kepada cinta kan? Setiap kisah cinta ada keunikan dia sendiri betul tak?


Lakonan Irrfan sebagai manusia clumsy memang menjadi sebab muka dia serious je so bila dapat karakter komikal macam ni agak mencabar tapi menjadi nak pula bila dia menyanyi dekat guesthouse Radha tu fuhhhh bukan Jaya je cair ni yang tengok pun sengih sendiri layan lagu tu. Chemistry antara Irrfan dengan Parvathy antara penyumbang utama movie QQS walaupun ni movie debut Parvathy tapi tak nampak langsung kekok onscreen dan tak overshade langsung dengan Irrfan. She’s great!

Since movie QQS ni bertemakan pengembaraan/road trip, for sure lah scenery menjadi tarikan. Antara shooting location yang menjadi pilihan ialah Dehradun, Delhi, Alwar, Bikaner, Rishikesh, Roorkee dan juga Gangtok. Paling cantik dekat Gangtok, scene Jaya jumpa kawan lama dia and the view is so breathtaking. Scene dalam keretapi stim, Fairy Queen pun cantik jugak walaupun cuma satu shot di ruang makan je.




Bab lagu/soundtrack memang tak letak expectation tinggi pun sebab movie Irrfan memang tak pernah beratkan bab lagu walaupun rom-com lagi meriah dengan music album yang best. Nevertheless soundtrack QQS ni agak menenangkan jiwa sebenarnya nak pula lagu Jaane De nyanyian Atif Aslam, his soft voice tu rasa menusuk je di hati.


Bonus point untuk wardrobe Jaya sebab pakaian Jaya memang sopan tapi nampak menarik. Dia makeup pun cuma tambah celak mata je tapi nampak cantik je walaupun tak la secantik exes Yogi but still dia ada tarikan dia sendiri. Great effort from Maria Tharakan and team.

Image result for qarib qarib single

Lakonan mantap, plot cerita yang cantik, visual menarik memang antara sebab kenapa you guys wajib layan Qarib Qarib Single di samping mesejnya untuk mendapatkan hidup bahagia kita kena belajar melepaskan sesuatu walau sayang dan perit macam mana sekali pun. Its about moving on and acceptance.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

3 comments

  1. menarik jalan ceritanya. dah lama tak layan hindi movie..

    ReplyDelete
  2. memang tertarik juga dengan jalan cite dia plus cinematography movie ni pun lawa sangat.

    ReplyDelete
  3. nanti nak tgklah movie ni :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.