Drama Review : NUR

Thursday 14 June 2018

Related image

Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Pelakon : Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Riena Diana, Laila Nasir, Noorkhiriah, Azhan Rani, Jalaludin Hassan,
Fatimah Abu Bakar, Raja Atiq, Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin, Elmy Moin, Mathni Razak, Kuna Muzani, Julie Zainal
Genre : Drama/Islamik
Durasi Tayangan : 19 Episod
Tarikh Tayangan : 14 Mei 2018
Syarikat Penerbit : Radius One Sdn Bhd
Trailer :

Drama Nur yang mengisahkan tentang kisah percintaan Ustaz Adam (Syafiq Kyle) terhadap Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur di lorong gelap. Just by this sentence pun dah menarik minat untuk tengok drama Nur sebab berbeza sangat jalan cerita dengan drama cinta yang ada dekat TV sekarang ni. I mean, wow drama Melayu dah menginjak ke satu tahap yang baru. At first macam takut jugak drama ni akan jadi cliché but nahhh it just good. Cuma melodrama dia penat jugak nak layan. Tambah pulak dengan iklan Deeja yang menyakitkan hati tu ugghhh. Kalau tengok dekat lappy boleh guna speed 1.5, skip iklan tapi tak best lah sebab orang lain dah emo update dekat socmed.

Related image

Lakonan masing-masing semuanya bagus tambah pulak ada Nur Khiriah sebagai kakak Adam yang bossy, tamak dan pentingkan status semata. Of course scene sup bunjut dia semua orang akan ingat bila bersembang tentang Nur. Lakonan Azhan Rani pun sama naik walaupun diorang cuma pelakon pembantu tapi dua watak ni yang menguatkan jalan cerita Nur lebih dari watak utama drama ni and to be honest menyampah sebenarnya tengok heroin lembik macam Nur tapi macam tu lah pun cerita Islamik, melodrama dan watak lembik dah sebati dah. Thanks for Nurkhiriah & Azhan for making the journey feels alive.

Kalau ramai yang teruja dengan Nur, my fav character is Deeja. Dari awal lagi tertarik sangat dengan kelembutan Deeja. Sudah lah sopan, lemah lembut je walaupun terluka dengan keputusan Adam. Bukan salah Deeja pun dia terlebih berangan tapi salah Adam yang tak reti bertegas dan luahkan isi hati dia. Lagi best bila Deeja dah move on dan terima yang Adam bukan milik dia tapi milik Nur. Deeja sedarkan Adam yang tempat Adam sepatutnya di sisi Nur bukannya datang cari dia lepas buang Nur. Kudos Riena Diana for her acting, I’m a fan now.

Related image

Not to mention, Aunty Mona pun selalu buat empangan pecah nak pulak part dia meluah dekat Jojo  (Julie Zainal) masa Nur hilang and cakap ‘Kalau taknak jaga Nur, bagi la balik dekat Cik Mona.’ Dia faham orang takkan boleh terima golongan macam dia masuk dalam kehidupan diorang. Susah untuk salahkan Cik Mona ada dalam kehidupan lorong tu sebab itu je yang dia mampu buat sejak dari kecil. Sekeliling dah ajar dia macam tu tambah dengan dugaan hidup dia lagi. Things went lucky for Nur but not Aunty Mona.

The plot is great, the dialogue pun suntik kesedaran tentang sikap masyarakat yang suka menghina dan menghukum golongan yang jahil agama. Scene Jojo dengan Cik Mona datang rumah untuk cari Nur dan marah Kak Aisyah sebab bongkak dengan nikmat yang dia ada dan pandang hina golongan yang tak bernasib baik. Suka bila director tunjuk kelemahan manusia dan serahkan pada Allah bila manusia jahil hadap sesuatu perkara macam pakcik cleaner masjid tu.

'Kau sombong eh, kau sombong dengan nikmat kesenangan yang Allah bagi kepada kau.' - Jojo

Image result for drama nur

Cuma tak faham for certain scenes macam Ustaz Yassin yang tak bergaji tu mampu tolong sara anak yatim Darul Mukhsin dan macam mana dia boleh bertahan sampai 5 bulan dekat situ sedangkan tak dapat sesen pun. Duit simpanan Amirul (Raja Atiq) is quite huge for a young boy like him, I bet he’s in F4 sebab dia tak study pun for SPM? And its quite weird lah Nur selalu biarkan pintu bilik dia terbuka sedangkan dia dalam bahaya bila Madi datang rumah. Plus masa Jojo dengan Aunty Mona datang, dia boleh je lompat dari tingkap. Tak tinggi mana pun lah. Kau jerit dekat pintu memang lah tak dengar, cuba jerit kat tingkap confirm sampai dekat telinga orang luar.

Walaupun happy ending tapi tak suka dengan suntikan cliché sup bunjut kuning tu. I mean, boleh je buat watak Adam berubah memang sebab dia kecewa bila harapan dan kegembiraan dia hancur, bukan sebab buatan orang. Macam director nak karakter Ustaz Adam tu sentiasa suci walhal dia manusia, dia boleh je tersasar. Macam Ayah Haji (Jalaludin Hassan) buat silap dalam memaksa isteri dia terima Nur dalam keluarga. Its okay, its fine, we are human tend to make mistakes.

'Jangan kerana Allah permudahkan Abang untuk terima Nur, Abang sombong kepada saya. Saya juga sedang mencuba.' - Musalmah

Related image

But anyway, I have fun watching NUR due to its content and character. The theme song is great, shooting place pun cantik, visual cantik, dialogue bermakna  surely its recommended untuk yang belum tengok lagi. Semoga pengajaran dalam drama NUR jadi iktibar dan panduan untuk semua dan bukan hiburan semata.

'Adil itu Redha' - Nur, 2018
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

10 comments

  1. kite tengok epi last je tadi ahhaa anak2 buah jenuh explain dr awal jalan citer..

    ReplyDelete
  2. saya je kot yg tak tengok drama ni btw nice review..hihi

    ReplyDelete
  3. Betul tu, actually watak-watak pembantu tu la yang buat drama ni lagi menarik watak utama kureng sikit muahaha

    ReplyDelete
  4. Sy follow cite tu utk 2 episod terakhir je...Huhu
    Part sup bunjut aishah, sy tahu sbb viral...huhu

    ReplyDelete
  5. sedih bila tgk part dia kene cerai. huhu

    ReplyDelete
  6. sy tgk episod last jer pg td..

    ReplyDelete
  7. Yes great content. Tak puas hati juga endingnya walaupun happy ending.. Huhu entah mungkin ada sambungannya kot. Macam tergantung sikit

    ReplyDelete
  8. banyak pengajaran drama nur ini untuk realiti zaman sekarang. Good job team drama nur story line sangat memberi impak dekat penonton

    ReplyDelete
  9. tengok ending je dengan scene sup bunjut yang viral tu.. not bad dan banyak punch line yang berkaitan realiti..

    ReplyDelete
  10. Ada jugak terlayan beberapa episod drama ni, menarik..Tapi part sup bunjut k.ecah tu mmg paling win..sakit perut gelak masa tengok scene ni..but overall jalan cerita dia mmg menarik..moral of the story dari cerita Nur ni, jangan pandang rendah pada orang lain & anggap diri kita paling baik sebab kita semuanya tak perfect..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.