Jipangi Ice-Cream, Melawati Mall

Wednesday 27 June 2018


Aiskrim Jipangi ni agak popular di Korea dan peminat Korea di Malaysia, of course. Disebabkan ramai sangat yang tergila-gilakan aiskrim berbentuk J dan mempunyai aiskrim di penghujung, saja nak try dan cari apa faktor yang membuatkan ramai tergila sangat tu.

Jipangi bermaksud tongkat dalam bahasa Korea sebab tu bentuk aiskrim ni seperti tongkat berjalan yang digunakan. Lagi satu sebab dibuat berbentuk J sebab nak kurangkan masalah comot dan aiskrim meleleh bila makan. 

Dekat booth Jipangi Ice-cream ni ada 3 flavors - vanilla, chocolate and strawberry. 
Dua jenis sahaja available : 
1) Junior - RM8
2) Original - RM10


Bila tengok harga rasa macam nak menangis tau tapi dalam hati takpe lah, sekali je try. Mungkin sedap, mungkin tak. Tapi ragu-ragu jugak nak ambil original ataupun junior sebab saiz berbeza beberapa inci. Tapi takut jugak kalau ambil banyak nanti tak habis. Dalam kepala dah fikir nak original tapi mulut sebut junior. iRedho. Tak sempat nak tukar dah sebab staff dia laju sangat buat kerja.

Compared dengan ice-cream scoop biasa, Japangi ni ambil masa sikit sebab kena reheat cone dia dalam microwave lepastu nak tembak aiskrim dalam kon lagi. Fret not, even dah sampai ke tengah masih ada lagi aiskrim tu, bukan takat di penghujung saja. 


First bite, second bite dan beberapa bite sampai habis all I can concluded, tak sedap, overrated, apa yang orang gilakan sangat? Aiskrim dia tak sedap mana pun, tak ada keunikan pun sampai boleh cecah RM8/RM10. Rasa aiskrim biasa macam aiskrim seringgit tepi jalan je pun. Sedap lagi aiskrim Cornetto,Walls ataupun Le Cremaria. Kon dia pun hambar macam makan jajan murah 20 sen jual dekat kedai tu macam tu la rasa dia. 

Berbalik kepada objektif kurangkan comot masa makan supaya aiskrim tak meleleh tu is just a myth or delusional theory from the founder? Sebab makan punya laju nak habiskan sebab meleleh serupa takde hari esok. Nasib ada wrapper tu, kalau tak dah meleleh kena baju. Yang geramnya Melawati Mall tu dia punya sejuk memang tahap nak pakai sweater tambah pulak masa tu hujan. Jadi kenapa beria meleleh? 

Was it worth it? TAK BERBALOI LANGSUNG sebab tak sedap tapi mahal dan cepat cair. Nasib mulut cakap nak saiz junior, kalau original menangis nak habiskan sebelum cair. Memang tak lah nak repeat lepasni.

11 comments

  1. mungkin uniknya pada konnya..terima kasih kongsi pendapat daripada pengalaman..

    ReplyDelete
  2. waaa.. sedap ni. nak sikit. hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah try lagi nih. boleh cuba nanti. kawan2 pon ckp sedap gak ice cream ni.

    ReplyDelete
  4. Hari tu suami ajak makan ice cream dalam kedai magnum. Tengok dengan letak topping, pilih seat macam ekslusif sangat takut nak masuk. Baiklah beli aiskrim magnum kat Petronas je, baru RM5 :D

    ReplyDelete
  5. ray tgk ramai yg makan tp ray x smpt nak try pun.

    ReplyDelete
  6. Dkt Avenue K ade kedai ni, tp tak pernah try...Huhu

    ReplyDelete
  7. oh dh ada juga kt melawati mall..pernh tgk je tp tk try...ada yg ckp sedap..maybe lain2 tekak kn

    ReplyDelete
  8. pernah try dan memang rasa tak berbaloi. dahlaa mahal. sekali cuba terus taknak lagi

    ReplyDelete
  9. Saya tak pernah cuba lagi ais krim ni walaupun dah selalu nampak.

    ReplyDelete
  10. oiye?
    hmmmm x best lah gitu ekk.
    aida lom pernah try.
    tapi teringin jugak sebab ramai bloggers review.
    hmmmm kena perbaiki lah kan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.