Movie Review : The Foreigner

Thursday 28 June 2018

Image result for the foreigner

Director : Martin Campbell
Writer : David Marconi
Cast : Jackie Chan, Pierce Brosnan, Michael McElhatton, Liu Tao, Charlie Murphy, Orla Brady, Katie Leung, Ray Fearon, Dermot Crowley,   
Production Company : The Fyzz Facility, Sparkle Roll Media, Huayi Brothers Pictures, Wanda Pictures, STXfilms
Distributor : STXfilms
Genre : Action/Thriller
Running Time : 114 minutes
Release Date : 13 October 2017
Trailer : 


Movie Jackie Chan antara movie fav dari kecil sampai sekarang sebab action stunt yang cantik and 2017, Jackie Chan muncul dengan movie The Foreigner yang diadaptasikan dari sebuah novel The Chinaman yang dikarang oleh Stephen Leather.

Plot The Foreigner bermula dengan Ngoc Minh Quan  (Jackie Chan) menghantar anak perempuannya, Fan (Katie Leung) ke sebuah butik di London tapi berakhir dengan tragedi bila butik tersebut meletup akibat pengeboman dari pihak Rejimen Diraja Ireland - "Authentic UDI/IRA." Hari berganti minggu, minggu berganti bulan sudahnya Quan putus asa untuk bergantung harap dengan pihak polis dan berjumpa dengan Menteri Pertama, Liam Hennessy (Pierce Brosnan) kerana dia adalah bekas ahli IRA yang berjaya dilantik sebagai menteri cabinet di London.


Namun tetap gagal bila Liam tak mahu dedahkan siapa dalang bukan sebab dia enggan tapi dia pun tak tahu siapa yang terlibat dalam pengeboman berani mati tu. Tapi Quan tak percaya dengan jawapan Liam, dia tahu Liam tahu something related dengan letupan IRA. Sebelum keluar dari pejabat Liam, Quan tanam bom di tandas sebagai ugutan dan amaran terhadap Liam.

Tekad dengan pencarian pembunuh anaknya, Quan menjual restorannya dan mengekori Liam yang berlindung di safehouse. Quan bersembunyi dalam hutan dan buat strategi untuk serang Liam selagi Liam tak bagi senarai nama pembunuh anaknya. Walau ketat macam mana pun kawalan Liam, Quan tetap berjaya datang untuk mengugut dia dan meletupkan beberapa bahagian rumah Liam.


Stress dengan ugutan Quan, Liam menghantar anak saudaranya, Sean Morrison (Rory Fleck-Byrne) merangkap bekas Renjer terbaik UK Special Force dan Rejimen Diraja Ireland untuk masuk dalam hutan dan bunuh Quan. Liam percaya Sean mampu dengan kebolehan yang dia ada. Dalam masa yang sama Sean bercinta dengan isteri Liam, Mary (Orla Brady) dalam diam dan merancang untuk jatuhkan Liam.

Dengan segala kekusutan dalam IRA, mampu atau tidak Liam bersihkan nama dia di mata pentadbiran UK sebagai Menteri yang datang dari IRA? Mampu atau tidak Quan mencari pembunuh sebenar anak perempuannya dan selamatkan diri dari pihak IRA/Liam/polis?


Just like every movie Jackie Chan, apart from plot, action stunt dia yang menghidupkan setiap cerita. Even tengok banyak kali pun tak bosan sebab certain scene, Jackie Chan berlawan tanpa guna senjata cuma objek yang berada di sekitar dia. Kain pun boleh jadi senjata and yeah its amazed me, always! Cuma dalam movie ni, Jackie Chan tak banyak bercakap sangat and put his anger mode till the end of the movie.

At first, ingatkan tajuk movie The Foreigner ni memang sepenuhnya pada Jackie Chan sebagai pelarian Vietnam yang menetap di UK sejak 1980 tapi sebenarnya berkisarkan kehidupan Liam Hennesey juga yang mencari tempat dalam dunia politik UK. Lakonan Pierce sebagai Liam antara salah satu tunjang utama movie ni jugak dengan kelicikan dia sebagai ahli politik yang menempatkan dia di status sekarang.


Although the plot may seems good but actually dia macam lari dari tema sebab there’s not much technology you guys boleh nampak diadaptasikan dalam movie ni. Since novel The Chinaman pun diterbitkan pada tahun 1992 so technology dia cuma terhad pada era tu. Neither script-writer, David Marconi either director, Martin Campbell whom famous with his movie Casino Royale try to adapt with 2017’s technology. It may looks relevant if the team buat plot masa pada tahun 2000 so keadaan tak banyak berbeza dengan situasi dalam novel. But in spite of that, this movie is good to watch.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.7 = 7.9/10

3 comments

  1. waaaa.. lagend jack.. hehe

    ReplyDelete
  2. Best kan citer ni..akak tengok ngan Dania citer ni..ada part sedih..ada part mendebarkan..best ar Jackie..lepas ni harap ada filem baru dari dia lagi..

    ReplyDelete
  3. buat la cerita apa pun, kalau ada jackie chan memang cerita tu power.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.