Kaedah Penanaman Menegak

Friday 29 June 2018

Penanaman menegak merupakan salah satu kaedah penanaman yang semakin popular di seluruh dunia. Aktiviti penanaman dijalankan di dalam kawasan bangunan yang dilengkapi segala peralatan pertanian. 

Idea untuk penanaman menegak ini tercetus apabila saintis memikirkan cara untuk mengatasi masalah sumber makanan yang semakin berkurang disebabkan kekangan tanah dan juga pertambahan penduduk dari semasa ke semasa. Penduduk dunia akan bertambah dari 7 billion kepada anggaran kemungkinan 14 billion menjelang tahun 2050.

Related image

Atara tanaman yang sesuai ditanam menggunakan kaedah ni ialah salad, tomato, cili, sawi, strawberri, kailan, pak choi, kangkung, bayam, terung, bendi, peria, serai, kunyit, pandan dan pelabagai lagi. Terdapat beberapa negara yang menggunakan kaedah penanaman menegak antaranya Singapura, Amerika, China, Jepun, Sepanyol dan beberapa negara lagi. 

Antara kelebihan kaedah penanaman menegak ni ialah 
  • Lebih selamat dan bersih berbanding penanaman di ladang. 
  • Mengurangkan pencemaran air dan kerosakan kepada alam sekitar.
  • Kurang gangguan dari serangga perosak
  • Keuntugan lebih banyak berbanding penanaman ladang
  • Jimat ruang
  • Jimat kos penghantaran kerana kebanyakannya ditanam di bandar
  • Boleh diubah mengikut keselesaan ataupun keperluan tanaman

Image result for tanaman yang sesuai dengan  penanaman menegak

Di Malaysia pun dah mula menggunakan penanaman menegak ni kerana selalu terjadi hakisan tanah terutamanya di kawasan tanah tinggi, bercerun dan berbukit seperti Cameron yang ditarah khas untuk pertanian. Terdapat juga beberapa kawasan balak atau hutan yang ditebang hanya untuk penanaman dan pertanian komersil justeru penanaman menegak mampu mengurangkan masalah ni.

Mungkin lepas ni dah tak perlu bersesak dah ke Cameron untuk enjoy makan strawberri sebab dekat bandar pun dah boleh dapat tapi siapa nak mulakan dulu agakya ye? ;)

9 comments

  1. Tengah dalam usaha nak buat kat balkoni rumah.. huuhuhu

    ReplyDelete
  2. kalo tanam pokok renek2 or ferns macam ni cantik gak buat perhiasan. tapi akak sejenis yang malas jaga pokok. suka tengok je =P

    ReplyDelete
  3. kreatif betul, cara tanam macam ni memang jimat ruang.

    ReplyDelete
  4. Creative cara ni..jimat ruang and kelihatan cantik juga

    ReplyDelete
  5. Tapi biasanya petani lama susah nak apply cara baru. Susah nak pujuk. Diorang cuma nampak keuntungan jangka pendek. Sad truth. So kena tunggu kami pulak masuk untuk cuba cara baru 🙌🙌

    ReplyDelete
  6. Alahai tak rajinnya nak buat tp nak jugak camni :(

    ReplyDelete
  7. sngt kreatif. dpt jimatkan bnyk ruang. good idea.. :)

    ReplyDelete
  8. Menarik nie, nampak kemas kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.