Hot N Crispy Chicken, McD Kota Damansara

Friday 8 June 2018


Semalam berbuka di McD sebab malas nak masak plus rasa craving pulak nak makan Nasi Ayam McD lepas tengok post pasal nasi ayam ni makin menaik pulak bulan puasa ni. Tapi hampa sebab ayam dengan nasi dua-dua dah habis.

So terpaksa tukar menu dan tahan craving hari lain. Disebabkan dah nak dekat waktu berbuka terpaksa la order menu lain sebab nak menapak ke tempat lain pun dah jauh dah. Nak order baru pun mesti tak sempat. Sudahnya order Hot N Crispy Chicken yang baru keluar tu. Before this dah rasa Smoky Grilled Beef, kali ni Chicken pulak.


Pastu tambah dessert Banana Muffin sebab poster dekat luar outlet tu menggoda sangat. Tambah Red Velvet Cake sebab menggoda sangat. Puasa nama pun semua benda nampak mengiurkan. Hah gittew.
Sebelum ni nampak review bersepah untuk Hot N Crispy Chicken ni cakap menu ni sedap. Ada yang kata macam McChicken tapi lagi pedas sebab sos jalapeno tu but whatever they said, sure they’re telling the truth. Walaupun a bit pricey tapi berbaloi sangat sebab sedap dan pedas. 

Tapi hampa betul bila makan Banana Walnut Muffin dia sebab keras kemain walaupun makan pnas-panas. Bila dah sejuk serupa makan batu campur dengan kekacang keras. Sakit gigi terus makan. Sangat lah tak berbaloi sebab mahal tambah pula tak terasa pun manis pisang tu. Tak memikat mana pun lah.



Kek Red Velvet pun rasa kecewa juga sebab creamy habis jadi muak teruk walaupun baru satu suap. Memang takkan repat dah lepas ni. Better go for Secret Recipe lagi berbaloi nak hilangkan craving. Ni semua puasa punya pasal semua nak diborong padahal ilusi semata.


Tapi takpe lah, selagi tak cuba takkan tak tahu rasa dia macam mana so lepas ni memang takkan tergoda dan terliur dah walaupun cantik menggoda. Nak beli dekat bakery fav area Subest ni je. 

4 comments

  1. Yang lain taknak, yang red velvet tu nak tapau sikit boleh :P

    ReplyDelete
  2. perghhh. pagi2 tgk ni.. dah puasa ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Wow, red velvet memang kegemaran akak kalau makan kek la.. Anyway akak tag nama awak, jemputlah join...

    http://www.shikinrazali.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html

    ReplyDelete
  4. Everything looks so tasty that I now want to go to McDonald's and eat some fast food. But you need to be careful with such temptations in order to save your figure.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.