Drama Review | Girlfriend Aku Dari Neraka The Series (2017)

Tuesday 26 June 2018

Related image

Pengarah : Dira Abu Zahar
Pelakon : Aiman Hakim, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahora, Ungku Hariz, Afi AF, Nad Zainal, Sharifah Shahora.
Genre : Komedi
Jumlah Episod : 18 Episod
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2017
Terbitan : Hyper Picture Sdn Bhd
Penerbit : Astro Warna
Trailer :



Kalau dulu ada telemovie popular terbitan Astro, Girlfriend Aku Dari Neraka sekarang muncul dengan drama pula. Bila dah drama maksudnya lagi panjang lah ceritanya, lagi banyak lah perangai bimbo si Lydia ni. Masih lagi menggunakan leading actor yang sama dan beberapa tambahan karakter. Kalau dalam telemovie, ada Ayda Jebat sebagai kawan baik Rudi tapi dalam drama ni digantikan dengan Afi AF. Both are still good to watch.

Masih lagi menggunakan plot yang sama dengan telemovie dimana Rudi (Aiman Hakim Redza) yang jatuh hati pada awek bimbo kerana mudah untuk dia control supaya dia dapat pasang ramai awek lain since dia tak dapat tinggalkan perangai playboy dia. Kebetulan masa parti dekat rumah Tasha (Afi AF), kawan sepejabat dia, Rudi berkenalan dengan Lydia (Sharifah Sakinah), awek bimbo yang baru balik belajar dari London.


Sejak dari malam tu, Rudi mula rapatkan diri dengan Lydia dan mengharapkan bantuan dari Tasha yang sebenarnya menaruh hati dalam diam pada Rudy tapi tak pernah diendahkan pun. Hanya Mamat je tempat dia mengadu sudahnya dari kawan baik bertukar jadi pasangan bercinta. Kebetulan Mamat pun dah penat dengan bebelan omak dia tentang kahwin dan cucu.

Disebabkan perangai bimbo Lydia, memang banyak lah kejadian kelakar yang berlaku sampai penat nak gelak tengok karakter dia yang gila-gila dan muka tebal tu. Tapi tak lama kemudian, Rudi jatuh cinta pula dengan Nelly (Nad Zainal), kawan baik Lydia masa belajar di university dulu. Lagi comel dan lagi bimbo dari Lydia yang membuatkan Rudi jatuh hati pada pandangan pertama.


Lydia yang kecewa dengan perangai Rudy mula dating dengan Aaron yang kaya raya walaupun tak sekacak Rudi. Disebabkan cemburu tengok Lydia bahagia dengan Aaron, Rudi mengekori ke mana sahaja Lydia pergi sampai hubungan dengan Nelly dan hal kerja pun terabai.

Dalam series ni episod ke-6 baru karakter Lydia muncul and of course agak lambat tapi berbaloi bila kehambaran dari episod 1 hingga 5 dah hilang walaupun seksa juga nak hadap lakonan kayu dari Aiman yang tak berubah pun sejak telemovie lagi. Scene omak dengan Mamat pun mencuit hati jugak sebab ada sahaja idea omak dia untuk Mamat berkenan dengan calon menantu yang dia bawa. Scene Nelly awal kemunculan tu macam kelakar jugak tapi karakter dia lebih kepada annoying daripada kelakar, tak macam Lydia. So drama ni memang sepenuhnya digalas oleh Sharifah Sakinah je lah dengan Sharifah Shahora.


Dalam drama ni ada part yang agak draggy and of course lah banyak scene yang hambar nak pula kalau scene Aiman Hakim seorang. Boleh dipendekkan lagi jumlah episode sebenarnya tapi mungkin slot memang wajib 18 so terpaksa lah stretch mana scene yang boleh.

Bab visual biasa je takde yang wow sangat pun even shooting location pun tak serlahkan mana-mana scenery or view yang letops. Suka tengok wardrobe Lydia & Nelly sebab fashionista sangat walaupun ada beberapa pakaian Lydia tu macam over tapi mostly banyak yang cantik sesuai la diorang dengan graduates dalam bidang fashion dari London. Kudos Miss Anastacia dan Ina Bunga!

Brownie points untuk soundtrack GFADN sebab lagu Stacy – Kasanova genre electropop memang sesuai dengan drama kelakar dan perangai Rudi yang mata keranjang. Lagi satu lagu Pura Cendana masa Lydia nyanyi dekat hospital melawat Rudi. Boleh pulak lagu ni naik balik sebab drama ni. Millenials yang tak tahu jadi tahu. 


Drama arahan Dira Abu Zahar memang pecah perut nak layan cuma mengah nak layan hambar pelakon lain bila tak mampu keep up dengan lawak Sharifah Sakinah sebagai awek bimbo. Tapi orang lain mungkin okay je kot sebab tengok ramai yang boleh layan series ni dari awal sampai habis.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.4/10

2 comments

  1. Mrs. A layan jugak time telemovie tu padanlah muka si Rudi tu nak sangat perempuan jenis lain dari yang lain ha kan dah mendapat si bimbo Lydia tu.

    Tapi drama series tu tak sempat pula nak tengok maybe duk busy layan KDrama kot.

    Hurm... detail betul review cik Farhana Jafri ni tak macam Mrs. A memalas jer huhuhu...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.