Drama Review : Eulachacha Waikiki / Welcome To Waikiki
Friday 22 June 2018
Director : Lee Chang-min
Cast : Kim Jung-hyun, Lee Yi-kyung, Son Seung-won, Jung In-sun, Ko Won-hee, Lee Joo-woo
Production Company : C-JeS Production, Drama House
Distributor : JTBC
Genre : Comedy/Romance
Running Episodes : 20 Episodes
Release Date : February 5, 2018
Trailer :
Kalau layan K-Drama memang genre
serious je but this one is exceptional! Dari episode awal sampai habis memang
berdekah je kerja. Walaupun episode original cuma 16 tapi teapi team EW extend
sampai 20 episod sebab rating mencanak naik, still kelakar tu tak surut ataupun
hambar. Rasa macam tak puas je 20 episod tapi dengar cerita dah ada second
season. Say whatttt!
Welcome To Waikiki mengisahkan
tentang 3 sekawan yang tinggal serumah dan mengusahakan Waikiki Guesthouse dan
dalam masa yang sama mengejar impian diorang untuk menghasilkan movie. Kang
Dong-gu (Kim Jung-hyun) sebagai ketua rumah yang pasang impian untuk menjadi pengarah filem, Lee
Jun-ki (Lee Yi-kyung) pelakon extra yang ingin menjadi bintang ternama dan Bong Doo-shik (Son Seung-won) bekerja di pasaraya dan buat kerja sambilan sebagai penulis skrip.
Walaupun guesthouse diorang
cantik tapi tak ramai yang datang menginap jadi masing-masing mengalami masalah
kewangan sebab kerja hakiki pun tak berapa nak memberansangkan sangat. Lagi
parah bila ada baby tertinggal di Waikiki guesthouse. Bila berjumpa dengan ibu
kandung, diorang terpaksa benarkan dia tinggal bersama disebabkan kisah malang
hidup Yoon-Ah (Jung In-sun) dan berkongsi bilik dengan Kang Seo-jin (Ko Won-hee), adik kepada Dong-gu.
Bertambah gamat guesthouse tu
bila Soo-Ah (Lee Joo-woo), bekas kekasih Dong-gu yang ditipu oleh lelaki Thai datang menginap
buat sementara waktu sebab dia dah inform family dia akan berpindah ke Amerika
dan tinggal di sana untuk beberapa tahun. Karakter Soo-Ah tak disenangi oleh rakan Dong-gu yang lain sebab perangai kekwat dia tambah pula bila dia yang tinggalkan Dong-gu untuk lelaki lain.
Dalam drama ni memang banyak sangat scene kelakar berdekah tapi ada jugak scene yang nampak try hard sangat nak buat kelakar tapi tak banyak lah. Most of the time memang gelak sampai sakit perut nak pulak scene Jun-ki sebagai pelakon ekstra, ada saja dugaan untuk dia sebelum jadi bintang terkenal.
Jangan ingat main character je yang pandai berlakon, baby Sol dalam drama ni pun power buat ekspresi muka. Dah lah comel, bila dia buat mimik muka lagi bertambah comel. Tapi dekat hujung drama, baby Sol agak kerap jugak lah hilang sebab belakang drama tu dah banyak fokus dengan percintaan 3 sekawan ni. But no worries, masih lagi best nak layan.
Apart from cinematography yang cantik, main track Eulachacha Waikiki, Waikiki Wonderland pun comel dan best. Sesuai sangat sebagai main soundtrack drama ni.
Idea jalan cerita yang mengisahkan tentang betapa messy kehidupan dewasa yang struggle dalam hidup untuk kejar impian dalam masa yang sama memerlukan duit untuk hidup memang terbaik sebab boleh relate sangat dengan kehidupan sendiri. Tambah pula bila sifat childish dalam diri tu ada tapi terpaksa simpan sebab penuh dengan tanggungjawab. Berdekah tengok scene Jun-ki dengan Doo-shik main skate dalam rumah. Nampak childish tapi tu je pun sumber untuk have fun tanpa bazirkan duit. Bukan senang pulak tu nak jumpa member yang masuk air dengan kita.
Kalau stress, layan la drama kelakar berdekah ni, kalau tak stress pun layan jugak tapi jangan layan waktu malam sebab nanti tak boleh nak tidur. Mesti nak click next episode lepastu satu lagi then tambah lagi satu sampai mata jadi panda. Jangan tengok masa makan jugak takut tersedak sebab gelak banyak sangat. Sekian.
1. Team Production +1, 2. Visual
+1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1,
8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10
Memang kelakah habis.. tak tau nak cakap cane dia punya lawak tu mmg buat saya gelak smapi tepuk2 meja.. hahaha.. rugi siapa tak tgk drama nj.. best giler.. pasti anda akan senyum dan ketawa sorg2 bila tringat blk scene lawak jun ki dan kawan2 nya tu...10 bintang utk drama ni..bestt..
saya sedang tonton drama ni dan tinggal 1 ep je lg utk habis. mlm ni inshaAllah ep 20,huhu sedih dh habis. memang best cerita ni,banyak pengajaran blh dapat dr struggle nya hidup dorang esp watak jun ki tu. x pernah mengalah walau mcm² dugaan dtg,tetap boleh tergelak lg,sentiasa ceria and childish,hahahaha...anyway, kot² awak tahu waikiki guesthouse ni adakah benar² wujud? saya cuba search tp mcm xde je waikiki GH ni dikorea, kt jamaica dan US adalah. 24 guesthouse lain, sbb nmpk kt luar GH dorg tu board nya tulis 24 guesthouse. tp lain. cantik sgt GH ni,saya suka interior dan color sgt² menarik,suka²!!. kot² lah tau GH ni memang wujud atau x, boleh inform. tq!
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
mcm kelakar bunyinya
ReplyDeleteHappy eid mubarak!
ReplyDeletehttps://messarah.blogspot.com/2018/06/raya-2018.html
Hahahaha.. Baru tengok video klip lagu waikiki wonderland tu pun dah berdekah ketawa.. kalau tengok drama ini, tak tahulah..
ReplyDeletepernah layan jugak haritu smpai episod 2 je hahaha kena tengok balik ni
ReplyDeletebaru tengok sikit aritu
ReplyDeleteAlahai comelnya pelakon cilik tu..
ReplyDeletecomel2 pelakon ni. hehe
ReplyDeletemcm menarik je ni... sbb rs mcm lain drpd yg lain selalu drama korea ni psl cinta je ;-)
ReplyDeleteMemang kelakah habis.. tak tau nak cakap cane dia punya lawak tu mmg buat saya gelak smapi tepuk2 meja.. hahaha.. rugi siapa tak tgk drama nj.. best giler.. pasti anda akan senyum dan ketawa sorg2 bila tringat blk scene lawak jun ki dan kawan2 nya tu...10 bintang utk drama ni..bestt..
ReplyDeletesaya sedang tonton drama ni dan tinggal 1 ep je lg utk habis. mlm ni inshaAllah ep 20,huhu sedih dh habis. memang best cerita ni,banyak pengajaran blh dapat dr struggle nya hidup dorang esp watak jun ki tu. x pernah mengalah walau mcm² dugaan dtg,tetap boleh tergelak lg,sentiasa ceria and childish,hahahaha...anyway, kot² awak tahu waikiki guesthouse ni adakah benar² wujud? saya cuba search tp mcm xde je waikiki GH ni dikorea, kt jamaica dan US adalah. 24 guesthouse lain, sbb nmpk kt luar GH dorg tu board nya tulis 24 guesthouse. tp lain. cantik sgt GH ni,saya suka interior dan color sgt² menarik,suka²!!. kot² lah tau GH ni memang wujud atau x, boleh inform. tq!
ReplyDelete