Movie Review | Selfiee (2023)

Sunday 20 August 2023


Director: Raj Mehta
Writer: Rishabh Sharma
Cast: Akshay Kumar, Emraan Hashmi, Diana Penty, Nushrratt Bharuccha, Meghna Malik, Mahesh Thakur, Abhimanyu Singh, Kusha Kapila, Adah Sharma, Mrunal Thakur, Jacqueline Fernandez, YoY o Honey Singh
Production Companies: Dharma Productions, Cape of Good Films, Prithviraj Productions, Magic Frames
Distributor: Fox Star Studios, Disney+ Hotstar
Genre: Comedy / Drama / Action
Running Time: 148 minutes
Release Date: 24 February 2023
Trailer :


Selfiee mengisahkan tentang Om Prakash Aggarwal (Emraan Hashmi), seorang Motor Vehicle Inspector (MVI) yang bertugas di Bhopal dan merupakan peminat setia kepada pelakon superstar Vijay Kumar (Akshay Kumar). Tuah datang kepada dia bila Vijay Kumar datang untuk selesaikan penggambaran di Bhopal. 

Kebetulan, Vijay perlu lakonkan babak klimaks dalam movie baru supaya bajet tak bertambah kerana hari penggambaraan bertambah. Untuk lakonkan babak tersebut Vijay perlu sertakan dokumen sokongan seperti lesen memandu tapi dokumen tersebut hangus dalam kebakaran jadi Vijay terpaksa buat lesen memandu yang baru. 


Vijay minta bantuan ahli politik Vimla Tiwari (Meghna Malik) supaya percepatkan proses lesen memandu dia. Disebabkan Vijay adalah idola Om Prakash, tak ambil masa yang lama pun untuk siapkan lesen memandu yang baru, cuma 2 hari saja diperlukan. Alang-alang dapat peluang buat lesen memandu Vijay, dia mohon supaya dapat peluang bergambar dengan Vijay. Satu selfie pun dah cukup.
 
Vijay yang terharu dengan budi baik Om Prakash, setuju dengan idea tersebut. Bagi dia, Om Prakash adalah peminat yang baik sebab memudahkan urusan dia. Semuanya plan dia sempurna sebelum pergi bercuti ke London bersama isterinya, Naina (Diana Penty) untuk menyambut kedatangan bayi mereka. 


Om Prakash dan anaknya Bablu juga gembira kerana dapat berjumpa dengan pelakon pujaan mereka. Namun lain pula ceritanya bila kehadiran Vijay ke balai polis disambut dengan kehadiran media yang berpusu-pusu ingin bertanyakan tentang kredibiliti Vijay sebagai figura yang sentiasa menasihati tentang pemanduan berhemah walhal dia pun tak ada lesen memandu. 

Naskhah yang memaparkan pergolakan antara pelakon dan peminatnya bukan sesuatu yang baru bila sebelumnya muncul An Action Hero (2022) genre dark comedy atau FAN (2017) yang bersifat tegang kerana konflik yang dialami oleh dua watak utama. Senang sangat untuk kita relate dengan watak peminat sebab kita di dalam kepompong tu. Peluang untuk berjumpa dengan pelakon pujaan bukannya selalu datang walaupun hidup dalam satu negara atau kawasan yang sama. 


Selfiee adalah remake kepada filem Malayalam yang berjudul Driving License (2019) arahan Sachy dan diolah kepada template drama comedy berbanding naskhah asal. Seronok tengok Selfiee kerana babak-babak kelakar yang on point dan kehadiran watak sampingan yang mengganggu dinamik Vijay dan Om Prakash. Terlampau banyak salah faham tercetus akibat orang luar sampaikan jadi musuh. 

Abhimanyu Singh cemerlang sebagai musuh dalam selimut kepada Vijay Kumar. Kawan lama pun boleh bermusuh kalau periuk nasi terjejas tapi bukan salah Vijay pun bila filem-filem Suraj Diwan gagal di box office. 


watak Perempuan dalam filem Selfiee tak dapat banyak ruang sangat namun tetap  cemerlang dalam watak masing-masing. Comel tengok chemistry Diana dengan Akshay sebab dua-dua nampak sepadan. Masa diorang sembang pasal senyum siapa cantik tu nampak natural. Masa Naina yakinkan Vijay supaya lawan balik cemuhan dan naratif media pun awwwdorable. 


Nushrat pula kelakar sebagai Minty yang becok. Walaupun dia tak suka Vijay tapi dia tak burukkan pelakon pujaan suami dia bila ada konflik. Dia tak jadi batu api tapi tetap setia di sisi Om Prakash. Kusha Kapila pun menyerlah walaupun screentime terhad namun berjaya deliver punchline bagus sebagai Tara, si tukang tilik. 

Sinematografi Selfiee hasil kerja Rajeev Ravi menghasilkan panorama larger than life untuk sokong kemunculan Vijay sebagai superstar. Sayangnya music album Selfiee tak lah menarik sangat selain lagu remake Main Khiladi yang pernah menjadi title track untuk filem Akshay Kumar pada tahun 1994 - Main Khiladi Tu Anari. 



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

2 comments

  1. tengok kat poster ingatkan Anil kapoor. baca baca oohh..bukan rupanya. Relevan lagi ke akshay kumar ni dalam industri bollywood? Wes tuek..haha

    ReplyDelete
  2. Lah.. selalu macam tu tau.. bermusuh hanya kerana orang tu lebih cemerlang.. Rezeki masing masing kan.. Menarik pula baca review Farhana nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.