Blog Performance July 2023

Tuesday 1 August 2023


Habis dah bulan Julai tahunni, rasa macam dah makin laju masa bergerak. Lega dah habis peak season audit. Banyak audit report dah lodge jadi ada masa la sikit nak rest sebelum masuk bulan 9. Cuaca pun dah start sejuk walaupun MET Malaysia jangka suhu panas sampai awal bulan Ogos. How are you guys doing so far? 

1. PV


Kalau nak bandingkan dengan bulan Jun 2023, bulan ni tak banyak peningkatan pun sebab sibuk dengan kerja hakiki. Ada masa spend time dengan kawan-kawan supaya tak terbeban sangat dengan hal kerja. Jadi bab nak update blog tu kebanyakan masanya bergantung pada press release. Movie Review pun tak banyak sebab dapat buat 15 entry je tak silap. 

Jadi tak hairan lah kalau PV banyak tunjuk penurunan. Ada lah sekali dua cecah belas ribu sehari sebab ada press release filem dan drama baru yang nak keluar. PV untuk bulan ni meningkat 10k dari bulan Jun 2023 which is good for the progress data but we all know, kalau tak ada press release memang idak le nak ke tahap tu. 

All time PV pun automatic akan naik lah kan bila PV bulan lepas dah naik, ada lagi 500k untuk cecah angka 5 juta. Makin lama gap untuk dapat angka sejuta tu makin mengecil. Audience dari Malaysia pun makin lama makin besar percentage dia. 

2. Posts



Bulan Jun meriah lah dekat Disney+ sebab ada drama Nick Fury untuk Marvel Cinematic Universe. Netflix pula tak banyak movie atau drama menarik bulan lepas. Entry movie review Motif naik la kejap masa keluar tu tapi tak lah mencanak sangat. Mungkin sebab tak ada keywords yang dicari kot sebab ramai yang nak tahu siapa pembunuh sebenar tapi review I tak ada jawapan tu. Kalau letak jawapan mesti lah jadi spoiler kan?

3. Bilangan Entry


Finally lepas 2 bulan terbabas, dapat juga cecah 60 entries untuk bulan Julai. Walaupun tak lah happy sangat sebab banyak press release tapi kita kena redho dan berseyukur haaa tiberrrr. Dah lama tak update movie review filem Hindustan, ada pun asal boleh je haha. Kita tengok mampu ke tidak bulan ni walaupun jadual macam penuh yakmat. Bila dah ada orang cari, baru kita semangat nak update kan :P

Anyway, terima kasih yang datang berkunjung dari masa ke semasa, datang drop komen tapi kalau komen yang tak membina tu kita delete aje. Komen yang nak ajak gocoh tu pun haaa kita publish je tapi lantak kau la labu. Kang tak publish meroyan pulak. Susah jugak bila dah ramai yang tahu, mula la ada yang ajak gocoh. 

Take care everyone and di kesempatan ni, I nak umumkan ada GIVEAWAY dengan hadiah yang lumayan untuk semua pembaca, silent reader dan juga rakan blogger. Yang datang nak join giveaway semata pun boleh je nak join, terbuka untuk semua rakyat Malaysia. 

11 comments

  1. kira ok lagi la tu.. kita ni dah lama sangat dah tak belek blog. dah tak tau certa dah

    ReplyDelete
  2. Wow.. FJ nak buat giveaway, mesti meriah nt!

    ReplyDelete
  3. wah...bagus jugak wat mcm ni leh tgk kemajuan blog kan.. keep it up!!
    emm..giveaway, lama x join.. looking forward :-)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, tahniah kerana konsisten :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya tengok PV meriah macam tu. Bilalah nak jadi begini hehe

    ReplyDelete
  6. tahniah tau. nanti dah buat giveaway tag kita. hehe nak join

    ReplyDelete
  7. tahniah..tinggi jgk PV tu..:)

    ReplyDelete
  8. Wah.. tahniah sebab bulan ini dapat 60 entry..
    Teruskan blogging tau.. Rajin Farhana buat entry macam ini..
    Tak sabar tunggu GA Farhana..

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Semangat berblogging!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.