Movie Review | Satyaprem Ki Katha (2023)

Monday 14 August 2023


Director: Sameer Vidwans
Writer: Karan Shrikant Sharma
Cast: Kartik Aaryan, Kiara Advani, Gajraj Rao, Supriya Pathak, Shikha Talsania, Siddharth Randeria, Rajpal Naurang Yadav
Production Companies: Nadiadwala Grandson Entertainment, Namah Pictures
Distributor: Pen Marudhar Entertainment
Genre: Romantic / Drama
Running Time: 144 minutes
Release Date: 29 June 2023
Trailer :


Bagai bulan jatuh ke riba, Satyaprem a.k.a. Sattu (Kartik Aaryan) dipinang untuk menjadi suami kepada Katha (Kiara Advani), gadis cantik yang mencuri hati dia sejak setahun yang lalu ketika bertemu di perayaan Navatri. 

Sesuatu yang tak disangka juga oleh Sattu mahupun keluarganya kerana Sattu adalah penganggur selepas 3 kali gagal dalam peperiksaan akhir dalam jurusan undang-undang. Kereta tak ada, apatah lagi wang simpanan sendiri. Sattu tahu Katha setuju berkahwin kerana dipaksa oleh orang tuanya tapi dia tak peduli asalkan gadis idaman menjadi miliknya. 


Bukan saja bertuah menjadi suami kepada Katha malah mendapat kereta BMW sebagai hadiah perkahwinan dan diberi amanah untuk menjaga perniagaan keluarga Katha. Tapi tak bertahan lama pun kebahagiaan tu bila Katha selalu menghalau Sattu keluar dari kamar mereka berdua setiap kali masuk waktu tidur. Alasannya kerana Sattu kuat berdengkur sampai lah satu hari Sattu tahu rahsia Katha dan keluarganya. 

Masa tengok trailer dah boleh agak jalan cerita filem Satyaprem Ki Katha berkonsepkan kahwin paksa sebab ada snippet Katha muram bila keluarga Tengah sibuk buat persiapan perkahwinan. Bila lagu Aaj Ke Bad keluar makin kuat lah teori tu sebab Katha tak happy langsung walhal Sattu sengih sampai ke telinga. Ada babak dia hela nafas panjang lepas majlis berinai, nampak sangat dia berat nak terima Sattu sebagai suami tapi terpaksa.



Bila tengok full movie baru tahu kenapa Katha tak gembira langsung sepanjang majlis dan rahsia yang disimpan tu dikira sesuatu percubaan yang berani sebab penulis ketengahkan isu yang berat, sensitif dan sering dicemuh tanpa perlunya pembelaan yang adil. Mesej yang sangat kuat menerusi kisah cinta Satyaprem dan Katha sebab kes ni dah makin banyak di India. Tak mustahil banyak juga berlaku di negara lain termasuklah Malaysia. No wonder lah dia boleh bawa kes ni dan olah dengan baik sebab pengarah Sameer Vidwans pernah menang National Film Award for Best Film on Other Social Issues untuk filem Marathi, Anandi Gopal (2019).


Bukan sesuatu yang baru bila Kiara Advani lakonkan watak yang sensitif macam Katha sebab sebelum ni dia pernah berlakon isteri yang tak puas dalam Lust Stories (2018) dan mangsa sexual abuse dalam filem Guilty (2020). Bila tengok lakonan dia sebagai Katha yang trauma, babak tu nampak real dan menyayat hati. 

Bab chemistry Kiara dengan Kartik tu tak perlu dipertikaikan dah sebab tengok lagu Naseeb Se hasil gubahan Meet Bros, Tanishk Bagchi dan barisan komposer lain tu rasa terbuai dengan kisah cinta Sattu-Katha. Sebelum ni Kartik dan Kiara berlakon bersama dalam Bhool Bhulaiyaa 2 (2022) tapi tak dapat banyak screentime pun but still chemistry tu menyerlah dalam lagu Hum Nashein Mein. Kalau ada anugerah kategori Best Jodi of the Year, Kartik dengan Kiara patut menang untuk filem Satyaprem Ki Katha. 


What I love the most apart from the message is transition of their relationship. I suka kisah cinta yang slowly grow macam perasaan Katha terhadap Sattu. Masa Katha senyum bila dapat bunga dari Sattu tu comel sangat. Sama juga dengan babak Sattu happy bila Katha jadi kawan dia. Walaupun Sattu ada kekurangan sebagai suami tapi mana ada manusia yang sempurna pun. Kalau musibah tu tak jadi dekat Katha, tak mungkin dia akan berkahwin dengan Sattu, dan tak mungkin juga dia nampak nilai positif yang kuat dalam diri suami dia. Kalau perkahwinan itu mengubah lelaki jadi bertanggungjawab dan matang, kisah cinta Sattu dan Katha salah satu contohnya. 

Walaupun semua elemen digarap dengan baik namun kelemahannya tetap ada bila filem cinta drama ni terasa panjang. Babak di Kashmir macam tak kena bila Sattu dengan Katha sembang pasal fasa kedua dan ketiga sedangkan sebelum rahsia Katha terbongkar tu Sattu dah masuk fasa ketiga. You guys akan faham kalau tengok movie ni nanti. 


Flow dia pun macam tak cantik sebab tak tersusun dengan baik. Mungkin juga sebab dah terbiasa dengan template filem drama yang lain sebab lepas klimaks tu ada lagi dua plot utama. For me, klimaks masa Sattu jumpa Tapan Manek (Arjun Aneja) but apparently untuk pengarah letak klimaks pada perbincangan Sattu dan Katha di Kahsmir. I was expecting a tough fight too since writer left a huge impression for Tapan’s character but disappointed with the way they rushed towards the ending. Ada juga babak komedi yang tak menjadi dan watak Sejal (Shikha Talsania) tak digunakan sepenuhnya.

Nevertheless, kisah cinta sejati Satyaprem dan Katha ni memang wajib ditonton baik lelaki mahupun perempuan. Bila mana perempuan perlu bersuara untuk hak mereka, lelaki perlu jadi sensitif dan supportive.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.2/10

5 comments

  1. Kalau tengok nama macam tak nampak nama yang familiar tapi bila tengok gambar pelakon lelaki tu nampak familiar juga cuma tak tahu namanya.

    ReplyDelete
  2. mcm best je jalan cerita nya.leh try layan nanti

    ReplyDelete
  3. menarik jalan cerita dia. rare percintaan diorg

    ReplyDelete
  4. Baca review Farhana nie buat Sha nak tengok filemnya tapi tu lah.. kikiki..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.