Restoran Udang Galah, Teluk Intan

Sunday 13 August 2023


Kalau tengok dalam senarai tempat menarik di Teluk Intan mesti nama Restoran Udang Galah ada sekali. Masa tanya penjaga Menara Condong Teluk Intan tu dia pun suggest restoran ni jadi kitorang satu family makan tengahari dekat sini lah. 

Restoran layan diri ni selalunya penuh dengan orang. Nasib baik masa kitorang pergi tu tak perlu beratur pun sebab ada keluarga yang dah selesai makan. Tempat agak sempit lah walaupun corner lot sebab satu unit kedai saja. Meja makan pun tak jauh gap dia jadi boleh kata kena bersesak masa makan. Kalau hujan mungkin tak seronok nak makan sini sebab tempias. 







Ada baaaanyak pilihan lauk dekat Restoran Udang Galah ni - Ikan Cencaru Masak Sambal, Ikan Keli Goreng Berlada, Ikan Kembung Masak Asam Pedas, Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Sambal Kering Paru, Ayam Masak Merah, Ayam Gorng Tandoori, Ikan Bakar, Ikan Kembung Air Asam, Kari Kepala Ikan, Taugeh Masak Lemak Putih, Gulai Daging Kawah, Masak Lemak Nangka, Pajeri Nenas, Ayam Masak Percik, Pucuk Ubi Masak Lemak, Ulam. Ada banyak lagi tapi tak ingat dah :')



Dekat Restoran Udang Galah ni ada juga laksa, soto dengan pasembur tapi sebab makan tengahari, I tak suka makan mi so kita buat tak nampak je menu ni. Tauhu Sumbat pun makan masa hi-tea gituhhhh




Disebabkan kitorang pertama kali datang makan sini dan tak mungkin datang makan dah (sebab entah bila nak datang lagi), jadi kitorang ambil sepinggan Udang Galah Tumis yang jadi signature dish Restoran Udang Galah. Harga sepinggan Udang Galah Tumis ni RM55 sepinggan. Udang galah yang ada petai tu RM26 sepinggan kalau tak silap. Tak ingat sebab tak ada tanda harga. Mak I ambil juga sepinggan lala masak pedas. 


Saiz udang galah dekat Restoran Udang Galah ni besar jadi sepinggan tu pun dah cukup dah makan untuk 5 orang sebab sepinggan ada 4 ekor udang galah. Kalau jenis minat makan udang galah mungkin kena ambil 2 pinggan lah. Udang galah dekat restoran ni fresh sebab Teluk Intan adalah salah satu tempat pembiakan udang galah di negeri Perak. Setiap tahun kementerian akan tabur benih udang galah dekat Sungai Perak jadi makan lah tanpa rasa bersalah. 

Rasa Udang Galah Tumis ni sedap tapi bukan selera I sebab tak suka rasa manis sos. Baik Udang Galah Tumis, lala dengan ikan bakar semuanya rasa sama je. Rasa sos kuat tu dah potong kesemua rasa asli bahan utama ni. Ada orang mungkin suka la kot. 

Tapi kalau sembang pasal masakan berlauk dia, I paling suka Ikan Kembung Asam Pedas dia, masak lemak pun sedap jugak. Kalau datang mkaan lagi dekat sini mungkin target asam pedas hshs


Dekat Padang Speedy ni ada satu bangunan lama tapi tak tahu ni private property ataupun a part of warisan Teluk Intan sebab kawasan berpagar tapi tak ada apa-apa papan tanda. Cantik seni bina dia tapi mampu pandang dari jauh je. 

4 comments

  1. Oh, nanti kalau sesat ke Teluk Intan, bolehlah cari restoran ni sebab husband peminat udang galah. Harga dia pun murah tu dari udang galah di Rompin, Pahang.

    ReplyDelete
  2. Kalau dia bubuh tanda harga lagi bagus kot.. senang pelanggan nak udget.. Kelmarin baru baca pasal restorent ini dekat Blog Kak Ako.. hari kat Farhana pula.. Shatak pernah singga sini lagi walau selau ke Teluk Intan..

    ReplyDelete
  3. Banyaknya pilihan lauk!
    Bolehlah singgah sini kalau ada rezeki turun ke Teluk Intan.

    ReplyDelete
  4. Okey masuk jugak wishlist..geram plak akak tengok udang galah tu..banyaknya lauk dia...x tau nak pilih yang mana dah

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.