Movie Review | Ketika Berhenti di Sini (2023)

Sunday 20 August 2023


Pengarah: Umay Shahab  
Penulis Skrip: Umay Shahab
Pelakon: Prilly Latuconsina, Bryan Domani, Refal Hady, Lutesha, Sal Priadi, Widyawati Sophiaan
Syarikat Produksi: Sinemaku Pictures, Legacy Pictures
Pengedar: GSC Movies
Genre: Romantik / Drama / Sci-fi
Durasi Tayangan: 102 minit
Tarikh Tayangan: 27 Julai 2023 (Indonesia), 17 Ogos 2023 (Malaysia)
Trailer :


Menggunakan tema kehilangan, pengarah juga penulis Umay Shahab memaparkan kisah percintaan antara Edison Kartasasmita (Bryan Domani) dan Anindita Semesta (Prilly Latuconsina) yang bertaut kerana jiwa seni mereka. Pertemuan pertama di kedai Abang Ijul kerana iPad Dita rosak terkena kopi lantas berkawan dan bercinta sehingga 4 tahun kemudiannya hubungan mereka berantakan. 

Bagi Dita, Ed keterlaluan kerana sering menceritakan tentang kejayaan dia dalam karier sedangkan Dita masih lagi menganggur. Setiap masa Ed menyuruh Dita pergi ke rumah untuk bertemu dengan neneknya (Widyawati Sophiaan) hingga naik rimas Dita dibuatnya. Dita terasa seperti satu tanggungjawab pula untuk menjaga Oma. Dia pacarnya Ed, bukannya pengasuh. Awan (Sal Priadi) dan isterinya Tari juga mempersoalkan hubungan Dita dan Ed yang sudah berusia 4 tahun namun belum berbicara tentang soal perkahwinan.

Sementara Ed menganggap dua wanita yang penting dalam hidupnya perlu sentiasa ada, tentang kerjayanya juga dia menganggap Dita sebagai punca rezeki jadi layak sekiranya dia bercerita soal karier bersama Dita. Berkongsi khabar gembira dengan Dita tapi dianggap sebaliknya. 

Dita hilangkan rasa sakit hati dengan berhibur bersama Ifan Randubwana (Refal Hady), teman dari zaman SMA. Pulang dalam keadaan mabuk, Dita mendapat khabar Ed meninggal dalam kemalangan jalan raya. Trauma dengan kehilangan ayahnya (Indra Brasco) dan juga Ed, Dita mencari semangat untuk hidup dengan cinta dan kasih sayang Irfan. Namun bahagiakah Dita kerana ada beberapa perkara yang belum selesai. 

Walaupun plot Ketika Berhenti Di Sini mempunyai jalan cerita yang ringkas dengan konflik tipikal namun kekuatan terhasil dari kekuatan dialog yang puitis. Tertarik juga dengan konsep Mandala versi Jawa yang dinaratifkan oleh Dita di mana setiap arah Kompas merupakan unsur-unsur alami manusia dalam kehidupan. Utara adalah nafsu, Barat merupakan simbolik kepada cinta, Selatan adalah amarah manakala, titik terakhir menjadi titik kedamaian. 

Kalau sebelum ni rasa sakit hati tengok filem Kukira Kau Rumah (2022), kali ni penulisan Umay dalam naskhah melodrama yang menggabungkan cinta dan psikologi tampak cemerlang. I have my doubts before watching Ketika Berhenti di Sini but fuhhh he proved me wrong. Yang kekal sama ialah Prilly dalam watak yang egois dan drama queen. Of course, lakonan dia bagus sampai yang menonton mengalirkan air mata terutamanya untuk babak Dita terima berita Ed dan Dita pergi ke Timur. Rasa sakit kehilangan, marah, rasa bersalah semuanya dijelaskan dengan bagus. Tapi ada beberapa momen yang bikin geram dengan perangai Dita. I rasa jelak tengok Prilly dalam watak dan karakter yang sama walaupun filemnya berbeza. Her acting range deserves something more than this. 

‘Jangan samakan kelahiran dengan kematian. Soalnya 9 bulan dibikin persiapan untuk menyambut kelahiran, kematian enggak.’ - Dita

Highlight dalam filem Ketika Berhenti di Sini, rasa seronok tengok momen percintaan Ed dan Dita. Masa Ed bagitahu yang dia sentiasa ada untuk beribu kegagalan yang Dita bakal hadap tu rasa awwww beruntungnya Dita dapat jumpa lelaki macam tu. Pandai lah casting director cari pelakon sebab chemistry Prilly dengan Bryan terlihat cantik dengan sinematografi yang menghidupkan lagi mood romantik hasil kerja Anggi Frisca. CGI untuk babak Ed juga terlihat cantik dan real setiap kali Ed muncul menerusi kacamata AI. 

Konsep AI bawa keunikan tentang teknologi yang mampu membantu manusia dalam urusan seharian sekaligus membawa plot twist yang bagus juga memberi pengajaran soal melepaskan dan move on. Bak kata Bang Ijul, guna teknologi ni kena pakai akal yang waras, jangan sampai terganggu mental. Elemen drama yang dipaparkan sangat kuat dengan mengangkat hubungan kekeluargaan juga percintaan seiring hingga ke hujungnya. 

Selain dari pengajaran menerusi watak Dita, suka juga tengok watak Ifan dan ibu Dita (Cut Mini) yang tenang dan sabar dalam apa jua keadaan atau ujian. Kira balance lah watak yang muncul dalam naskhah romantik drama ni sebab ada watak yang agresif dan ada juga yang tenang, sama seperti Kompas Mandala Jawa. Baik teknologi mahupun moral support yang kuat di sekeliling Dita, untuk move on dari trauma itu semua bergantung kepada individu. Sebesar mana pun cinta Ifan kepada Dita, yang harus selesaikan puzzle tersebut ialah Dita sendiri. 

p/s: Geng Mencuri Raden Salleh (2022) buat cameo dalam filem ni. Comel!!!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10

3 comments

  1. owh filem ni lah yang refal hady datang malaysia promote.

    ReplyDelete
  2. Cerita cinta romantik ni. Siap ada kehilangan dan kematian ni yang berat nak tonton ni...

    ReplyDelete
  3. Argh!! Macam nak tengok juga.. tq Farhana.. Review yang memikat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.