Movie Review | Mencuri Raden Saleh (2022)

Tuesday 17 January 2023


Pengarah: Angga Dwimas Sasongko
Penulis Skrip: Angga Dwimas Sasongko, Husein M. Atmodjo 
Pelakon: Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda, Rachel Amanda, Umay Shahab, Aghniny Haque, dan Ari Irham
Syarikat Produksi : Visinema Pictures, Jagartha, Blibli, Astro Shaw
Pengedar : Astro Shaw, Netflix
Genre : Aksi / Thriller  
Durasi Tayangan: 154 minit
Tarikh Tayangan : 25 Ogos 2022 (Indonesia), 22 September 2022 (Malaysia), 29 November 2022 (Jogja-NETPAC Asian Film Festival)
Trailer :


Bermula dari kerja haram antara Piko (Iqbaal Ramadhan) yang pandai meniru hasil karya seni pelukis terkemuka dan Ucup (Angga Yunanda), si hacker, mereka selalu mendapat tawaran bernilai dari Dini (Atiqah Hasiholan). Kerna memerlukan jumlah wang yang besar untuk bebaskan orang tua Piko dari penjara, dia sanggup terima job dari Dini untuk tiru karya seni Raden Saleh – Penangkapan Putera Diponegoro. 

‘Penangkapan Putera Diponegoro bukan sekadar lukisan, Ucup. Selain kerumitan warna yang sukar dan memerlukan teknik tinggi, lukisan ini ada banyak emosi dan simbol-simbol. Pertama, peristiwa ini digambarkan dalam latar belakang yang kabur. Antara pagi atau petang. Bantahan Raden Saleh terhadap penangkapan palsu ini, terlihat daripada gambaran orang Belanda yang dibuat secara kerdil. Sedangkan Diponegoro pula, cuba awak perhatikan. Digambarkan sebagai yang sangat gagah. Lukisan ini penting untuk rakyat Indonesia, Ucup. Bukan saja kerana Raden Saleh ialah simbol seni pertama kita, tapi lukisan ini membawa simbol kepahlawanan.’ – Piko

Kerana hasil kerja Piko yang luar biasa, Mantan Presiden, Pak Parmadi (Tyo Pakusadewo) beri tawaran yang lebih menarik iaitu bernilai 17 billion juta rupiah untuk tukar lukisan asli di pejabatnya dengan lukisan yang telah direplika oleh Piko. Sarah (Aghniny Haque) membantah kerana mereka cuma buat kerja kecil dan bukannya pencuri. Risiko tawaran tersebut terlalu besar untuk mereka yang berstatus mahasiswa. Hancur masa depan mereka bertiga jika ditangkap oleh pihak polis. 

Mahu atau tidak, mereka terpaksa bersetuju kerana pengaruh Dini dan juga Mantan Presiden lebih besar di Indonesia. Ucup menubuhkan satu kumpulan untuk idea rompakan mereka. Piko "The Forger", Ucup "The Hacker", Fella "The Negotiator" (Rachel Amanda Aurora), Gofar "The Handyman" (Umay Shahab), Sarah "The Brute" dan Tuktuk "The Driver" (Ari Irham). 

Naskhah Mencuri Raden Saleh hasil garapan Angga Dwimas Sasongko terasa dekat di hati kerana watak utama mempunyai motif personal untuk execute plan tersebut. Kalau sembang tentang seni di negara Asia, salah satu profesion yang tidak akan dipandang tinggi malah hanya mendapat nama setelah meninggal dunia. Sama seperti Piko yang mempunyai bakat ibarat permata tapi tidak diiktiraf sebaiknya. Justeru itu dia memilih untuk menjadi The Forger. Sama seperti filem aksi thriller yang lain, plot twist adalah faktor penting untuk menghidupkan jalan cerita yang menarik. 

Namun 154 minit terasa panjang terutama pada babak Piko dan Ucup berlawan dalam hujan kerana lukisan Raden Saleh tersebut. Adegan Fella di terowong juga nampak merepek sebab selalunya kalau kereta cewek rosak ni ramai saja yang datang tolong tanpa marah terpekik hadang jalan. Kereta rosak bukan sesuatu yang disengajakan. Love angle atau romantic angle antara beberapa watak pun patut dibuang saja sebab terasa terpaksa dan dipaksa. Tak ada pun tak apa sebab tak semua manusia perlu bercinta. Chemistry antara Piko dengan Sarah paling off sekali padahal pacaran. Apa perlunya Piko masa Sarah flirt dengan Rama (Muhammad Khan) sebab ketara sangat eye contact diorang dekat situ. 

Selepas franchise Dilan (2018-2020), Ali & Ratu Ratu Queens (2021), Iqbaal sekali lagi mencuri tumpuan dengan watak Piko The Forger dalam Mencuri Raden Saleh yang pastinya mencabar kemampuan dia kerana keluar dari pesona cute boy. Babak Piko berjumpa dengan Budiman (Dwi Sasono) tapi tak terluah confession, Iqbaal deliver emotion dengan bahasa badan dengan tepat. Cara dia melukis juga tepat lenggoknya. Pendek kata Iqbaal hidupkan watak Piko dengan sempurna.

Pertama kali tengok Angga Yunanda berlakon terus rasa tertarik untuk tengok filem dia yang lain. Dinamik antara Angga dengan Iqbal salah satu kekuatan dalam naskhah rompakan karya seni dari Indonesia kerana perbezaan karakter mereka. Sementara Ucup bersifat cocky kerana keyakinan yang tinggi dan kemahiran menggodamnya, Piko pula lebih selesa di belakang tabir. Sebelum ni tengok rompakan perlu hi-tech device atau plan yang besar tapi idea mereka santai walaupun ada lompongnya. Ada kejutan tersendiri dan juga liciknya juga. Suka tengok masa Piko replika karya Penangkapan Putera Diponegoro yang digambarkan dengan teliti dan cermat. 

Naskhah Mencuri Raden Saleh terbitan Visinema Pictures ada peluang untuk mempunyai sekuel kerana Dini jadi saksi utama rompakan tersebut. Boleh jadi juga prekuel untuk pengarah kembangkan bagaimana Budiman boleh terperangkap dengan Mantan Presiden atau bagaimana Ucup dengan Piko bekerja pertama kalinya. So many things can be explored from this unique and fresh idea. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.