Movie Review | Drishyam 2 (2022)

Sunday 22 January 2023


Director : Abhishek Pathak
Writer :  Aamil Keeyan Khan, Abhishek Pathak
Cast : Ajay Devgn, Akshaye Khanna, Tabu, Shriya Saran, Ishita Dutta, Rajat Kapoor, Mrunal Jadhav, Saurabh Shukla, Kamlesh Sawant  
Production Companies : Panorama Studios, Viacom18 Studios, T-Series Films 
Distributors : Panorama Studios, Yash Raj Films 
Genre : Crime / Thriller  
Running Time : 140 minutes
Release Date : 18 November 2022
Trailer :


Bila baca news yang pengarah dah siapkan skrip untuk sekuel Drishyam (2015) yang pernah menggegarkan industri filem pada tahun 2015 dulu, dah boleh agak yang semuanya berpunca dari watak Meera Deshmukh (Tabu). Mak mana yang tak rindukan anak tambah pula bila sami berulang kali bagitahu abu mayat Sam perlu dialirkan ke sungai untuk dapat ketenangan abadi. 

Selepas 7 tahun kejadian tersebut berlaku, sekali lagi Mahesh Deshmukh (Rajat Kapoor) berjumpa dengan Vijay Salgaonkar (Ajay Devgn) untuk cari tahu lokasi mayat anak lelaki tunggalnya. Dia nak isterinya move on dan lepaskan semua yang berlaku. Sebagai manusia dia faham anak tunggalnya buat kesilapan dengan mengganggu keluarga Vijay. Tapi sebagai ayah dia juga perlu pastikan anaknya tenang di alam sana. 


Vijay masih lagi mendiamkan diri kerana dia tahu selagi mereka tidak tahu di mana dia sorokkan mayat Sam, selagi itulah Nandini (Shriya Saran), Anju (Ishita Dutta) dan Anu (Mrunal Jadhav) selamat. Selama 7 tahun hal tersebut tak pernah dibincangkan langsung oleh keluarga mereka sebagai langkah berjaga-jaga. 

Tapi kerana rasa takut dan risau Nandini buatkan mereka sekeluarga terpalit dalam musibah bila Inspektor Tarun (Akshaye Khanna) dapat petunjuk Sam telah dibunuh oleh keluarga tersebut. Persoalan yang masih belum diketahui jawapannya ialah di mana Vijay tanam mayat tersebut. Kehadiran David Braganza (Siddharth Bodke) setelah keluar dari penjara menguatkan lagi semangat Meera untuk mencari mayat anaknya. 


Sama macam yang pertama, Drishyam 2 juga mempunyai kekuatan pada jalan cerita dengan idea licik Vijay. Sebagai penonton mesti lah kita dah tahu dekat mana Vijay tanam mayat tersebut dan saksi utama juga mengesahkan lagi lokasi tersebut. Bertahan sampai ke hujung cerita sebab nak tahu macam mana Vijay nak keluar dari tuduhan bunuh seperti yang didakwa oleh pihak polis. 

Kalau dalam Drishyam (2015), Nandini selalu mengeluh Vijay tak suka guna smartphone sebab line tak bagus di area pejabat dia, kali ni dah nampak Vijay lebih bagus mengendalikan alat teknologi. Bukan saja ada smartphone, dia juga pasang CCTV untuk perhatikan gerak-geri polis di balai yang terletak tidak jauh dari Mirage Cable. 


7 tahun lepas Vijay cuma ada business cable tapi dia luaskan passion dengan menjadi tuan punya panggung wayang di Pondolem, Goa. Nak travel pun guna kereta SUV berbanding sebelum ni hanya travel dengan bas. Sinematografi dari Sudhir K. Chaudhary mempamerkan keindahan Goa dan juga setiap sudut rumah keluarga Vijay. Ada beberapa interior yang berubah mengikut status kekayaan mereka. 

Namun kelemahan tetap muncul dalam naskhah olahan Abhishek Pathak kerana penulis tak kembangkan watak Inspektor Tarun yang lebih menggerunkan dari Meera walaupun di awal cerita, pegawai polis bercerita tentang kebijaksanaan dan kelicikan Inspektor Tarun dalam menyelesaikan setiap tugasan. 


Dari awal lagi penulis dah build up expectation yang tinggi namun sayangnya dia cuma blackmail keluarga Vijay kemudian Inspektor Gaitonde (Kamlesh Sawant) pula guna kekerasan yang sama seperti sebelum ni. Ingatkan ada babak-babak tegang antara Tarun dan Vijay yang berbalah tentang hidup dan undang-undang. Nevertheless, lakonan Akshaye Khanna padu walaupun screentime dia tak panjang mana. Seram bila dia usha tempat kompos di taman rumah Vijay. 

Elemen dramatik juga tak ditimbulkan langsung dari keluarga Deshmukh sampai kita tak ada rasa simpati langsung bila Mahesh merayu untuk bagi ketenangan pada Sam di alam sana. Tak ada langsung flashback antara Sam dengan Meera ataupun Mahesh sebagai keluarga. Betul, Sam tak layak dapat penghujung yang baik sebab watak dia jahat tapi dekat mata orang tua dia mesti ada kesempurnaan yang Sam tonjolkan sampai Meera tak boleh move on. 


But that’s just my 2 cents lah. Anyone yang belum tengok lagi boleh tengok masa cuti ni dengan keluarga. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

1 comment

  1. perghh dia punya dendam sampai mayat pun tak nak bagi keluarga tengok.. tak pernah tengok filem dia tapi sekuel nampak macam best juga..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.