Movie Review | Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas (2021)

Friday 27 January 2023


Pengarah : Edwin
Penulis Skrip : Edwin, Eka Kurniawan 
Pelakon : Marthino Lio, Ladya Cheryl, Sal Priadi, Reza Rahadian, Ratu Felisha 
Syarikat Produksi : Palari Films, Phoenix Films, E&W Films, Match Factory Productions, Bombero International, Kaninga Pictures 
Pengedar : Match Factory Productions
Genre : Drama / Aksi  
Durasi Tayangan : 114 minit
Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2021 (Locarno Film Festival), 2 Disember 2021 (Indonesia), 1 April 2022 (Netflix)
Trailer :


Diadaptasikan dari novel dengan tajuk sama, yang diterbitkan pada tahun 2014, Eka Kurniawan bekerjasama dengan Edwin untuk menghasilkan naskhah aksi drama. Berkisarkan kehidupan jagoan Ajo Kawir (Marthino Lio) yang tak gentar dengan kematian kerana hidupnya tak punya apa kerana masalah mati pucuk. 

Semasa Ajo ingin berjumpa dengan Pak Lebe yang menganiaya isterinya, dia berjumpa dengan pengawal peribadi bernama Iteung (Ladya Cheryl). Awalnya Ajo tak nak layan kerana dia tak nak bergaduh dengan perempuan tapi sangkaan dia meleset kerana Iteung setanding dengannya hingga Ajo jatuh cinta. 


Tapi apa lah guna jatuh cinta kalau mati pucuk? Iteung tetap dengan keputusan untuk berkahwin walaupun selepas tahu keadaan Ajo. Budi (Reza Rahadian) yang kecewa cinta tak berbalas, mula mengganggu Ajo kerana dia tahu dia lebih layak sebagai suami berbanding lelaki yang mati pucuk dan tak punya harta. 

Punca utama layan naskhah terbaru di Netflix ni tak lain tak bukan kerana Reza Rahadian lah. Naskhah yang bertemakan mati pucuk adalah tema yang segar bila mana masalah yang satu ni agak sensitif untuk dibicarakan. Nak pula bila kisah Ajo berlatarkan zaman 80-an di mana kaum lelaki masih lagi mendominasi. 


Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas menghidupkan sepenuhnya suasana 80-an bukan saja dari segi pakaian, gaya berpakaian malah dari tona warna juga kualiti visual yang dibikin seolah filem gred B untuk zaman tersebut. Lenggok bahasa yang digunakan juga terikat pada latar masa cerita. Aksi yang dipaparkan pun banyak, menarik tengok fighting scene antara Ajo dengan Iteung. Gaya diorang tu ada vibe filem Hong Kong zaman 80-an dulu. Masa tu kan besar pengaruh filem aksi dari negara tersebut. 

Bab teknikal memang menarik lah tapi kalau dari segi jalan cerita, ada beberapa benda yang lompong atau sebenarnya watak Iteung agak toksik. Dia yang bagi harapan untuk berkahwin dengan Ajo sebab tak kisah dengan status mati pucuk tapi dia juga yang hancurkan hati Ajo.  


Sama juga dengan apa yang dia buat pada Budi. Tak diceritakan pun kenapa Iteung tolak cinta Budi sedangkan mereka ada sejarah bersama. Kalau jadi Budi pun memang wajarlah dia sakit hati sampai belasah Ajo sebab awek kena sailang kot. Kalau watak Budi tu jahat, faham lah kenapa Iteung tak suka. Tak nampak kenapa dia suka Ajo dan tak faham kenapa dia kena kecewakan Budi. Tak pasti lah kedua-dua watak dah berumur berapa sebab semua keputusan yang dilakukan jenis tak fikir panjang. Filem ni memang tak ada mesej malah tak juga menghiburkan maka tak pasti hala tujunya ke mana sebenarnya.

Dalam filem Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas ada ramai watak tambahan sampaikan yang muncul pun tak kenal siapa. Mungkin kalau baca novel jadi faham la kot. Watak Jelita (Ratu Felisha) tak dapat dikenalpasti sebagai makhluk apa. Tengok gaya macam hantu tapi apa kaitan watak dia dalam kisah hidup Ajo dengan Iteung pun tak pasti. 


Baca review orang lain, tengok filem ni dapat banyak anugerah sampai dinobatkan filem terbaik rasa macam tak boleh nak hadam sebab tak faham. Nak tengok sampai faham pun dah tak sanggup. Mungkin penulis nak cerita tentang trauma yang boleh sebabkan mati pucuk tapi olahan tak menarik langsung. Well at least for me lah. Siapa yang dah tengok and mind to explain this and that, feel free to use the comment box. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0.2 = 6.5/10

1 comment

  1. No wonder poster macam zaman filem Suzanna. Selalu adaptasi novel tak mudah, banyak lopong

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.