Pengarah: Puri Jagannadh
Penulis Skrip: Puri Jagannadh
Pelakon: Vijay Deverakonda, Mike Tyson, Ananya Panday, Ramya Krishna, Ronit Roy, Chunky Panday, Getup Srinu, Temper Vamsi, Vishu Reddy
Syarikat Produksi: Dharma Productions, Puri Connects
Pengedar: AA Films
Genre: Sukan / Masala
Durasi Tayangan: 138 minit
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2022
Trailer:
Selepas kematian Lion Tiger Balram Agarwal (Vijay Deverakonda) yang handal dalam sukan mix martial art (MMA), isterinya Balamani (Ramya Krishna) bersama anak terunanya, Liger (Vijay Deverakonda) berpindah dari Karimnagar ke Mumbai untuk mendaftar di JKD milik Christopher (Ronit Roy). Tahun 2004, mendiang Tiger pernah kalahkan Christopher dalam MMA Championship sebab tu Balamani nak anak dia berlatih dengan orang yang sama hebat dengan mendiang suami dia.
Berbekalkan semangat dan iltizam yang kuat, Liger berlatih bersama Christopher sebelum masuk ke perlawanan MMA. Liger jarang bercakap sebab malu dengan kekurangan dia yang gagap. Dia sentiasa dibuli oleh ahli MMA yang lain terutamanya Ganapath (Getup Srinu) tapi Christopher selalu ingatkan supaya sentiasa kawal rasa marah dan fokus dengan latihan.
Christopher larang Liger hilang fokus dengan bercinta tapi dia bertemu dengan Tanya (Ananya Panday) yang berusaha menempa nama sebagai selebriti dan ingin ke Hollywood. Selepas melihat kehebatan Liger di gelanggang, Tanya jatuh cinta tapi rasa cinta dia hilang bila abangnya, Sanju (Vishu Reddy) bagitahu Liger gagap.
Patah hati dengan Tanya, Balamani dan Christopher kuatkan semangat Liger untuk bertanding dalam MMA Championship di India.
Dah lama nak layan Liger sejak nampak Ananya dengan Vijay promote filem ni dekat Koffee With Karan Musim 7 tapi bila tengok review teruk sangat terus batalkan niat. Sekarang baru ada mood nak layan sebab saja nak tahu betapa teruknya filem Liger arahan dan penulisan Puri Jagannadh yang terkenal di industri Telugu.
Kalau tengok pada genre utama, filem Liger diklafikasikan sebagai sukan dan masala. Bila nampak perkataan masala tu dah boleh faham kenapa ramai yang kecam filem ni. Kalau dekat India Selatan mungkin suka la kot dengan genre masala tapi dekat Bollywood, hard pass kalau komedi tak jadi. Dan kelemahan Liger adalah pada komedinya dan skrip yang hilang arah tuju.
Penceritaan filem Liger ni ringkas sebenarnya, Liger datang ke Mumbai nak jadi atlit MMA tapi jatuh cinta kemudian bangkit dan jadi kebanggaan India. Semudah itu dan chemistry Vijay bersama Ananya menjadi. Walaupun dialog Ananya mintak penampar sebab merepek pasal gender equality dan feminism yang merepek gila tapi moment dia dengan Liger comel je. Comel masa Tanya curi-curi pergi rumah Liger dan minta nombor telefon dengan babak dia rawr yang comel dekat Liger.
Patutnya biar Tanya jadi watak bubbly, diva dan chatbox macam Geet dalam Jab We Met atau Poo dalam K3G tapi watak dia terpesong jadi bimbo untuk hadirkan elemen komedi. Kalau jadi Balamani pun rasa nak penampar Tanya dekat kuil. Dekat tempat orang pergi berdoa pun nak buat content lepastu pakai tak senonoh. Watak Tanya sepatutnya jadi pull factor untuk Liger semangat bertarung dekat gelanggang tapi kartun betul dalam filem ni.
Masuk second half makin merepek jalan cerita dia. Masa Balamani merayu nak daftarkan anak dia sebagai ahli JKD secara percuma tu I boleh terima lah sebab anak dia ada potential. Liger jadi cleaner tak berbayar dekat situ. Tapi dekat second half penulis tukar watak Mark Anderson (Mike Tyson) jadi antagonis padahal yang tak mampu bayar hutang tu geng Liger.
Watak Balamani ni pun problematic juga sebagai individu. I faham lah dia describe girlfriend sebagai chudail (syaitan) supaya anak dia tak mudah hilang fokus. Tapi bukan semua perempuan nak rosakkan anak dia pun. Lepas tu bila dia suruh Liger berlawan guna emosi padahal Christopher dah ajar supaya kawal emosi jangan sampai hilang fokus dalam gelanggang. Setiap kali watak Balamani ni masuk mesti jadi emosi tak bertempat. Bila google rupanya dia pernah berlakon dalam filem Bahubali tapi dah boleh kot tinggalkan watak tu dekat set sana. Tak semua watak kena guna personaliti yang sama.
Sinematografi dari Vishnu Sarma menggunakan latar masyarakat di Mumbai yang tinggal di tepi laut. Tengok rumah Liger dah cantik dah tepi laut tapi bila tengok mak dia buang sisa makanan dekat laut tu rasa nak marah pulak sebab pengotor. Tengok gaya miskin dia tu, rasanya rumah naik secara haram je tu.
Babak sukan MMA tak lah menarik sangat pun sebab genre filem ni masala so banyak terbang pakai angin je. Perangai Liger dalam gelanggang pun memang ke arah komedi bukannya serius nak berlawan sangat pun. Tak tahu lah kalau ada choreographer untuk stunt action tapi gaya macam tak wujud pun tugas tu dalam filem ni.
Music album Liger yang digubah oleh Vikram Montrose dan Tanishk Bagchi banyak terarah pada genre masala dan signature India Selatan. Ada 8 buah lagu dengan 1 remake which is Coka 2.0 dan diletakkan di bahagian credit. Tak pasti kenapa lagu Mere Banega Tu tak masuk dalam filem padahal lagu tu romantik, mungkin tak kena konsep dibandingkan Aafat dan Akdi Pakdi.
Tak faham kenapa Vijay Deverakonda nak debut di Bollywood dengan filem masala dan pengarah Telugu sedangkan boleh cari skrip bertemakan sukan yang lebih baik. Mungkin dia nak filem yang ringan lepas berlakon watak yang berat tapi sedihnya tengok watak Liger ni. Watak dia boleh jadi misteri, cool dan handal berlawan macam watak-watak Salman Khan tapi genre masala tu buatkan watak Liger jadi dungu. Sayang lah babak beremosi jadi bosan.
Filem Liger ni ada potential dan mungkin itu yang Karan Johar nampak dan jadi punca untuk dia join sebagai produser juga tapi itu lah, dalam skrip lain bila jadi finished prboloduct pula lain. Anyway, watch at your own risk.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 4.2/10

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)

.png)
.png)
.png)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.