Movie Review | System (2026)

Saturday, 25 July 2026


Pengarah: Ashwini Iyer Tiwari
Penulis Skrip: Harman Baweja, Arun Sukumar, Ashwini Iyer Tiwari, Tasneem Lokhandwala, Akshat Ghidial
Pelakon: Sonakshi Sinha, Jyotika, Ashutosh Gowarikar, Vijayant Kohli, Gaurav Pandey, Nishant Singh, Addinath Kothare, Sayandeep Sengupta
Syarikat Produksi: Baweja Studios
Penyiaran: Amazon Prime Video
Genre: Jenayah / Thriller
Durasi Tayangan: 124 minit
Tarikh Tayangan: 22 Mei 2026
Trailer: 


Neha Rajvansh (Sonakshi Sinha) merupakan seorang pendakwaraya yang sering kalah di mahkamah sedangkan dia merupakan anak bongsu kepada peguambela senior bernama Ravi Rajvansh (Ashutosh Gowariker). Abangnya, Alok Rajvansh (Adinath Kothare) bekerja sebagai peguam di firma guaman milik ayahnya dan juga berdepan dengan jalan yang sama seperti Neha sebelum masuk bertugas sebagai rakan kongsi di Rajvansh Legal. Ravi cabar anaknya untuk menang 10 kes di mahkamah sebelum masuk sebagai rakan kongsi di Rajvansh Legal dan Neha bersetuju. 


Neha ditugaskan untuk kes penyeludupan dadah milik Juggi (Diwanshu Gambihir) dibantu oleh Atmaram (Aatma Prakash Mishra) tapi dia hampir gagal buktikan kesalahan Juggi memiliki dadah di mahkamah. Sebelum dia sempat berputus asa, Sarika Rawat (Jyothika) yang bekerja sebagai stenographer mahkamah bagi tips untuk kemukakan bukti baru. 


Sejak kes tersebut, Neha minta Sartika bekerjasama dengan dia untuk bantu dia menang semua kes Jenayah yang bakal dibicara di mahkamah. Neha tawarkan Rs10,000 untuk setiap kes tapi Sartika minta Rs20,000 setiap kes lalu Neha bersetuju. Sartika perlukan duit untuk perbelanjaan sekolah anaknya, Kusum (Aashriya Mishra) sementara Neha perlu buktikan dia adalah peguam yang bagus bukan saja pada Ravi malah pada mata awam. 

Semakin banyak kes ditugaskan kepada Neha semakin dia dekat dengan jawatan rakan kongsi tapi kes kesepuluh, membongkar satu rahsia gelap sistem perundangan dan juga melibatkan ayahnya. Neha bertegas ingin mengambil kes tersebut lalu menyebabkan dia terpaksa lawan ayahnya di rumah juga di mahkamah. 


Naskhah System arahan dan penulisan Ashwini Iyer Tiwari mengetengahkan tentang dua status hidup yang terpaksa berdepan dengan sistem perundangan. Keadilan bukan sahaja bermain antara hitam dan putih tapi melibatkan kuasa, kemewahan dan pengaruh.  

Babak awal dalam filem bermula dengan keluhan seorang banduan tentang penganiayaan dihadapinya hingga dipenjarakan. Terbeban dengan tuduhan dan dana yang bakal menyusul, dia ambil keputusan untuk bunuh diri. Untuk kelas bawahan, jalan paling mudah adalah terima hukuman yang dikenakan atau mati. Bagi kelas atasan yang berduit, peguam seperti Ravi adalah jalan dan peluang untuk bebas.


‘Rich or poor, everyone deserves justice.’ – Neha Rajvanjh
 
Penceritaan pada separuh masa pertama banyak didominasi oleh perjalanan persahabatan Neha dan Sarika yang tinggi chemistry dan dinamikanya dalam setiap babak. Walaupun Sarika jauh lebih tua dari Neha tapi tak menghalang untuk mereka berdua bekerjasama atau have fun bila habis waktu bekerja. Neha pun sesekali bantu perbelanjaan rumah Sartika, dari situ pun dah nampak yang Neha tak pernah memandang status. Mungkin sebab tu juga Sartika rasa selesa untuk berkawan. 

Persahabatan Neha dan Sartika jadi fun relief untuk kesemua konflik yang dipaparkan dalam System. Mungkin sebab tu juga penghujung cerita terasa mencengkam dan sebak bila keadilan tercapai tapi ada harga yang perlu dibayar oleh kedua-dua watak utama. Sonakshi Sinha dan Jyotika sama-sama berikan yang terbaik untuk System. 


Sayangnya, Ashutosh Gowarikar terlihat lemah untuk watak peguam senior. He don’t have that menacing aura onscreen apatah lagi bila share screen dengan Sonakshi. Perdebatan dalam kamar mahkamah pun tak mendebarkan walhal kita tahu kes kesepuluh akan bongkarkan sesuatu yang besar dan bakal bagi kesan pada emosi dekat klimaks nanti. Kalau Paresh Rawal atau Anil Kapoor yang lakonkan watak Ravi confirm filem System boleh jadi filem yang meninggalkan impak. 

Malah pelakon yang melakonkan watak Alok, Akshay Rao (Gaurav Pandey) dan Atma mengelirukan penonton sebab muka seakan sama. Dan ketiga-tiga watak ni adalah watak dalam circle Neha. Boleh sangat kalau pengarah buang watak Akshay dan gantikan dengan Raghav Shrivastav (Sayandeep Sengupta) mungkin lebih comel sebab ada enemy-lovers trope plus chemistry lagi kuat berbanding Sonakshi-Gaurav.  


Sinematografi dari Rangarajan Ramabadran memenuhi kriteria untuk visual yang moden dan mendukung penceritaan System. Somehow, latar tempat utama System iaitu Delhi terlihat seolah-olah Mumbai. Ada perbezaan lah juga kenapa Delhi lebih menggerunkan untuk kes jenayah bila sesetengah kes lebih brutal, lebih menindas dan watak Neha berjaya menang 9 kes akan terlihat seperti satu achievement yang besar. 

Kudos to the writers - Harman Baweja, Arun Sukumar, Ashwini Iyer Tiwari, Tasneem Lokhandwala, Akshat Ghidial yang mencipta penceritaan yang paparkan emosi yang muncul dari konflik dan dilema watak-watak utama. Walaupun drama sosialnya kuat tapi tak ada langsung pun preacy dialogues dari mana-mana watak. Dialog dari filem System pun relatable dengan real life dan kembalikan semula keyakinan masyarakat pada keadilan. 


‘When you get things too easily in life, you don’t learn to value them. You know Neha, the greatest emperors in history spent their lifetimes building huge empires. And then, their heirs just destroyed it. My wish is that, when you join the firm, everyone should feel you deserved it.’ – Ravi Rajvansh

Walaupun System ada kelemahannya namun filem ini masih layak ditonton sekurang-kurangnya sekali kerana dialog dan mesej yang dibawa akan kekal relevan sampai bila-bila. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.