Movie Review | Hoppers (2026)

Thursday, 2 July 2026

Pengarah: Daniel Chong
Penulis Skrip: Daniel Chong, Jesse Andrews
Pelakon: Piper Curda, Bobby Moynihan, Jon Hamm, Kathy Najimy, Dave Franco
Syarikat Produksi: Pixar Animation Studios
Pengedar: Walt Disney Studios, Motion Pictures
Genre: Sains Fiksyen / Komedi
Durasi Tayangan: 104 minit
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2026 (El Capitan Theatre), 6 Mac 2026 (United States)
Trailer:


Filem tentang pencemaran hingga membahayakan ekosistem di kawasan tersebut mungkin dah terlihat biasa namun Hoppers tampil berbeza dengan memberi penyelesaian dari segi teknologi sains. Mabel Tanaka (Piper Curda) merupakan kacukan Jepun dan Amerika. Sejak kecil dia tinggal bersama neneknya (Karen Huie) di Beaverton, di mana rumahnya terletak berhampiran dengan cerang. 

Di situ ada tasik dipenuhi dengan memerang, itik dan haiwan lain. Kawasan hutan pula mempunyai rusa, beruang, kura-kura, arnab dan pelbagai haiwan darat yang membuatkan kawasan cerang tersebut terlihat indah dan damai. Nenek Mabel menjadikan cerang sebagai tempat terbaiknya untuk healing dan mereka berdua sentiasa luangkan waktu bersama. 

‘It's hard to be mad when you feel like you're part of something big.’ - Grandma Tanaka

Sehinggalah nenek Mabel meninggal dan kawasan cerang mula bertukar sepi kerana projek pembinaan jalanraya yang dilakukan oleh Jerry Generazzo (Jon Hamm), Datuk Bandar untuk Beaverton. Mabel cuba berkempen untuk menyelamatkan cerang tersebut tapi semua usahanya gagal sehingga lah dia mengekori jejak seekor memerang. 

Dari kawasan cerang, memerang tersebut bergerak masuk ke sebuah makmal yang tersorok. Dari situ dia menyaksikan memerang bertukar roh dengan manusia. Dan manusia itu adalah pensyarahnya, Dr. Sam (Kathy Najimy) yang mengajar subjek Biologi di universiti. Penyelidikan dia digelar Hopper dan dibantu oleh Nisha (Aparna Nancherla) dan Conner (Sam Richardson). 

Mabel secara terburu-buru menggunakan Hopper untuk menyelamatkan cerang dan kemudiannya lari dari makmal tersebut. Dr. Sam dan pembantunya segera mencari Mabel supaya tidak mengganggu ekosistem baru kesemua haiwan kerana akan mengakibatkan maslaah yang lebih besar. Mabel bekerjasama dengan King George (Bobby Moynihan) untuk laksanakan visinya menyelamatkan cerang. 

Naskhah animasi terbaru dari Pixar mendapat sentuhan sutradara dari Daniel Chong yang terkenal dengan animasi We Bare Bears dan penulisan oleh Jesse Andrews. Filem Hoppers mempunyai alur penceritaan yang ringkas dan mesej yang terang lagi bersuluh supaya menjadi pencerahan kepada generasi baru. 

Boleh jadi ada generasi baru yang tak tahu pun bagaimana sesebuah kawasan dimusnahkan untuk pembangunan. Lagi parah kalau pemaju buat pembangunan tapi tak dihuni. Ekosistem musnah untuk sesuatu yang sia-sia. Tapi dalam filem Hoppers ni kesian juga lah dekat watak Jerry sebab Lebuhraya yang dia nak buat tu membantu penduduk dekat situ ke bandar tapi nak buat macam mana, dia terpaksa lah berkorban jadi antagonis. 

Daniel Chong mendapat inspirasi untuk menghasilkan filem Hoppers dari kisah yang berlaku di Yellowstone National Park bila sekumpulan memerang yang membina empangan sekaligus membentuk tasik di situ kemudiannya menarik haiwan lain untuk terus hidup selesa di taman tersebut. It just a small act from beaver to save an ecosystem and that’s what Mabel and King George trying to do in Hoppers. 

Watak Mabel dipaparkan sebagai pelik dan tak fikir panjang tapi usaha dia untuk selamatkan cerang mendalamkan elemen drama bila cerang tersebut adalah kenangan antara Mabel dan nenek dia. Faham sangat kenapa dia beremosi bila tak ada siapa yang nak bantu dan boleh faham juga kenapa dia terpaksa ambil kesempatan atas kepercayaan King George. 

Memandangkan filem Hoppers adalah filem animasi dan menggunakan elemen komedi, ada beberapa babak yang melebih-lebih macam babak burung camar angkut jerung dari laut atau babak koloni memerang hidup dalam empangan kayu yang sempit. Semua haiwan pun terpaksa beralah hidup dalam tempat yang kecil untuk survive. 

Dialog yang dimasukkan pun kelakar tapi ada juga yang dark comedy, tak pastil ah target audience Hoppers ni sebenarnya untuk kanak-kanak atau dewasa. Kalau dewasa, yes, it is funny. Kalau untuk kanak-kanak mungkin a bit scary. 

Dalam filem Hoppers ada diselitkan beberapa easter eggs untuk peminat filem-filem animasi Disney dan Pixar Animation Studios macam Monsters Inc (2001), Cars (2006), Wall-E (2008, Up (2009), Lightyear (2022) pada papan hitam milik Dr. Sam di makmal rahsia dia. Bila ada small details macam ni, rasa nak tengok balik semua filem animasi masa zaman kecil dulu. Kena lah dengan watak memerang yang tarik balik semua haiwan ke cerang, kita yang menonton ni pun kena tarik masuk ke dunia Pixar semula. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.