Lirik Lagu Gelanggang Rasa - Odda

Friday, 24 July 2026


Masa dengar Odda perform live pun dah tertarik dengan lagu Gelanggang Rasa dengan genre pop dan beat laju, sesuai dengan tona suara juga gaya Odda. Masa raya haritu pun Odda dah start tunjuk bakat nyanyian dia dalam lagu Ye Ye Raya bersama Floor 88. Suara dia unik dan boleh ikut jejak Nabila Razali yang popular dengan genre pop dan koleksi lagu yang catchy macam ni. 

"Apabila  pertama  kali  mendengar  demo  Gelanggang  Rasa,  saya  tahu  ini  adalah  jiwa saya. Lagu ini menceritakan tentang bagaimana kita semua berjuang dengan perasaan sendiri dalam menempuh fasa kehidupan,’’ ujar Odda. 


Suka tengok MV Gelanggang Rasa dengan konsep yang fun, chic dan energetik bersilih ganti dengan Odda dalam persalinan tradisi Melayu. Dengar lagu dan tengok MV, nampak lah penceritaan Gelanggang Rasa nak pamerkan personaliti Odda dalam industri hiburan. Koreografi pun mudah, lagu catchy, MV cantik, I guess she did a great job for her debut song 💖

LIRIK LAGU GELANGGANG RASA
Penyanyi: Odda
Komposer: Micu Ellis, Mingaling
Lirik: Micu  Ellis, Aril  Armani
Label: Universal Music Malaysia

[First Verse]
Ya
Tangan kelabu malam pun gelap
Langkah laju rentakku cepat
Tangan ke udara rasa bebas
Dalam arena semua lemas

[Second Verse]
Api di dada darah mendidih
Mainkan funk biar berdesih
Lepas berdentum minda bergetar
Suara berat jiwa tercabar

[Pre-chorus]
Pandang kiri pandang kanan
Bintang jatuh di awangan
Langkahku takkan terhenti
Yeahh

[Chorus]
Oh aku raja
Gelanggang dunia
Di mana rentak
Di situ ku berkuasa
Oh aku raja
Dengar degup ini
Naik ke langit
Takkan ku berhenti

[Rap]
*Bikin* kepala berpusing
*Best fella* hati bergoncang
Lidah tajam kata berbisik
Semua menari luka pun hilang

Cahaya neon berkelip liar
Langkah berani jangan gentar
Jangan tanya siapa aku
Malam ini mimpiku jadi nyata

[Pre-chorus]
Pandang kiri pandang kanan
Bintang jatuh di awangan
Langkahku takkan terhenti
Yeahh

[Chorus]
Oh aku raja
Gelanggang dunia
Di mana rentak
Di situ ku berkuasa
Oh aku raja
Dengar degup ini
Naik ke langit
Takkan ku berhenti

Oh aku raja
Gelanggang dunia.....

Ku takkan terhenti....

Dengar degup ini
Ku takkan berhenti

Oh aku raja
Dengar degup ini
Naik ke langit
Takkan ku berhenti

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.