PERCUTIAN UNIK, TAPI MESRA BAJET ‘GENG BIJAK BERBAJET’ KINI KEMBALI DENGAN SIRI TRAVELOG!

Thursday, 16 July 2026

PERCUTIAN UNIK, TAPI MESRA BAJET ‘GENG BIJAK BERBAJET’ KINI KEMBALI DENGAN SIRI TRAVELOG! | Kamal Adli Ketuai Geng Bijak Berbajet Terokai Destinasi Menarik Dengan Bajet Terhad Bersama Hotlink

Kuala Lumpur, 16 Julai 2026 – Geng Bijak Berbajet (GBB) oleh Hotlink kembali dengan nafas baharu! TV3 bersama kolaborasi Hotlink hari ini, melancarkan Siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet di Balai Berita, Bangsar. Sebuah pengembaraan yang penuh kejutan dan pelbagai tip pintar untuk meneroka destinasi unik di Malaysia dengan bajet yang terhad tapi berbaloi. 

Dihoskan oleh pelakon popular, Kamal Adli selaku Ketua Geng Bijak Berbajet, edisi terbaharu ini membawa penonton menjelajahi pelbagai destinasi unik merentas enam buah negeri di Malaysia bersama Hotlink. Disertai barisan selebriti tempatan Hael Husaini, Nabila Razali, Siti Saleha, Zaki Yamani, Auddra Zulkifli, Izzue Islam dan Ain Edruce, mereka sebagai Geng Bijak Berbajet membuktikan bahawa percutian di lokasi-lokasi yang menarik tidak memerlukan belanja yang besar, asalkan bijak dalam membuat pilihan.

6 episod berdurasi 3 hingga 5 minit setiap satu, siri ini tampil dengan konsep realiti, reviu makanan, reviu aktiviti serta bajet yang dekat di hati penonton. Ditayangkan secara eksklusif di TV3 mulai 29 Julai 2026 secara mingguan, manakala bagi platform digital dan sosial pula akan ditayangkan setiap Khamis bermula 30 Julai 2026 di TikTok @hotlink.official, @tv3malaysia, Instagram @hotlinkred dan @tv3malaysia. Hebahan siri ini turut dijayakan bersama Hot FM dan portal gaya hidup popular, OHBULAN! selaku rakan kolaborasi publisiti.

Dalam setiap episod, Kamal Adli dan rakan selebriti dicabar dengan bajet harian terhad antara RM70 hingga RM100 sahaja untuk dibelanjakan buat dua ke tiga individu. Mereka akan meneroka keunikan budaya, melakukan aktiviti lasak seperti ATV di Negeri Sembilan serta memburu makanan ikonik seperti Colek Campur di Kelantan dan bufet atas awan di Sarawak. Di sini, kreativiti mereka diuji demi mendapatkan nilai maksimum bagi setiap sen yang dibelanjakan. 

Bagi memastikan kelancaran perjalanan, rangkaian 5G serta pelan prabayar dan pascabayar mampu milik Hotlink, bertindak sebagai talian hayat digital utama mereka. Ia membolehkan peserta menikmati internet berkelajuan tinggi tanpa had, peranti 5G dan internet perayauan percuma, di samping pelbagai ganjaran hebat khusus buat belia serta pengguna Hotlink. Setiap episod akan diakhiri dengan "Senarai Semak GBB" untuk menilai pengembaraan mereka.

Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNiA, Agency Solutions, menyifatkan kerjasama sekali lagi bersama Hotlink ini sebagai platform terbaik untuk membawakan kandungan digital yang lebih segar, interaktif dan dekat di hati penonton. “Siri travelog ini dihasilkan melalui kerjasama erat untuk menyampaikan mesej berkaitan pengurusan kewangan secara semula jadi melalui gaya hidup urban yang gemar mengembara. Sebagai rakan jangka panjang, kami bangga dapat bersama-sama Hotlink memupuk budaya berhemat dengan lebih aktif melalui kandungan yang menyeronokkan, bermanfaat dan mudah dikongsi merentas platform televisyen dan digital.” katanya.

Pengarah Pemasaran dan Pertumbuhan Maxis, Yeoh Sun Loo, ketika berucap pada majlis pelancaran berkata, "Semangat Geng Bijak Berbajet amat dekat dengan gaya hidup pengguna hari ini, kerana semakin ramai mahukan pengalaman luar biasa tanpa perlu berbelanja besar. Susulan sambutan hangat bagi siri drama tahun lepas, kami teruja dapat membawakan siri travelog yang menampilkan lebih banyak tip berbelanja secara berbaloi. Melalui siri ini, kami berharap pengguna boleh menikmati nilai terbesar dalam setiap perjalanan dan kehidupan seharian mereka."

Majlis pelancaran hari ini turut diserikan dengan gimik persembahan nyanyian dan tarian bertenaga oleh Maryam seiring peluncuran Muzik Video rasmi Hotlink Geng Bijak Berbajet. Acara diteruskan dengan sesi tayangan eksklusif episod pertama siri ini, di samping tetamu turut dihiburkan persembahan eksklusif oleh Zaki Yamani, Nabila Razali dan Hael Husaini.

Saksikan siri Hotlink GBB Next Chapter sertai perbualan dan kongsikan pengalaman tontonan anda dengan hashtag rasmi #HotlinkGengBijakBerbajet dan di media sosial. Hotlink Prepaid & Postpaid, Pelan Internet dengan Nilai Terbesar dan Ganjaran Melimpah. Pasti mampu tukar ke Hotlink, pilihan utama Geng Bijak Berbajet.

Untuk mendapatkan info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.