KERAMAT GUNUNG JERAI ANGKAT KISAH TRAGEDI DI SEBALIK RITUAL TERLARANG | TARUHAN SULUNG SUPERNATURAL HORROR TONTON ORIGINAL TVOD
Kuala Lumpur, 7 Julai 2026 – Sejauh mana manusia sanggup melanggar batas demi mengejar sebuah impian dan kejayaan? Dan mampukah persahabatan serta kasih sayang bertahan apabila kesilapan masa lalu kembali menuntut pembalasan yang gelap? Filem psikologi seram (supernatural horror) Keramat Gunung Jerai bakal menemui penonton bermula 8 Julai 2026 ini secara eksklusif di Tonton.
Lebih menarik, naskhah ini melakar sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai Tonton Originals pertama yang ditawarkan secara Pay-Per-View (PPV) pada harga hanya RM12, iaitu melalui model Transactional Video on Demand (TVOD). Ia juga merupakan kandungan PPV kedua yang diperkenalkan di platform Tonton, susulan sambutan positif terhadap Fury Championship Vol. 2 sebelum ini.
Menampilkan barisan pelakon berkaliber antaranya Niezam Zaidi, Cristina Suzanne, ledil Dzuhrie Alaudin dan Sara Ali, filem ini merupakan arahan sulung Luqman Hafidz serta terbitan Lumatic Films (BRU, Imaginur, Terbaik Dari Langit). Keramat Gunung Jerai menyajikan sebuah naskhah seram mendalam yang menggabungkan konflik persahabatan, obsesi, penyesalan serta misteri yang mengundang pelbagai persoalan.
Kisah bermula apabila tiga sahabat karib iaitu Hakim (Niezam Zaidi), Junaidi (ledil Dzuhrie Alaudin) dan Wan (Akmal Asyraf) nekad mendaki Gunung Jerai untuk melakukan sebuah ritual terlarang. Mereka tertarik dengan sebuah batu misteri yang kononnya mampu memakbulkan apa sahaja keinginan manusia. Sejak peristiwa malam itu, kehidupan mereka berubah sepenuhnya. Kejayaan datang bergolek dengan begitu mudah seolah-olah ada kuasa ghaib yang sentiasa menunaikan setiap impian mereka.
Namun, tuah dan kesenangan yang dinikmati hakikatnya hadir bersama harga yang sangat mahal. Gangguan-gangguan halus mula menyelinap ke dalam kehidupan mereka, malah ia menjadi semakin gelap dan mengancam saban hari, begitu juga Wan yang menghilang tanpa khabar berita. Kemuncak kemelut ini berlaku bertahun kemudian apabila anak perempuan Hakim yang masih kecil Laila (Kis Aisha), tanpa diduga diserang penyakit aneh yang tidak mampu dijelaskan oleh logik akal.
Dalam keadaan terdesak dan dihimpit rasa bersalah, Hakim memutuskan untuk kembali ke Gunung Jerai bersama Junaidi dengan harapan dapat membetulkan semula kesilapan masa lalu mereka. Bagaimanapun, semakin dalam mereka mencari jawapan, pencarian itu mula membuka rahsia gelap yang melibatkan orang terdekat, termasuk Najiha (Cristina Suzanne) dan Mek La (Sara Ali). Seterusnya, semakin banyak fragmen masa lalu yang telah dilupakan kini mula terbongkar. Mereka sedar, mereka kini sedang berhadapan dengan kuasa mistik yang tidak lagi mampu dikawal.
Mampukah Hakim menyelamatkan anaknya dan merungkai sumpahan tersebut? Atau adakah sebahagian daripada pilihan masa lalu mereka sememangnya ditakdirkan untuk tidak boleh diubah kembali? Saksikan Keramat Gunung Jerai secara eksklusif di platform Tonton bermula 8 Julai 2026.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram di @tontonmy.

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.