Suasana di GSC LaLaport Ahad (19 Julai) lalu dipenuhi keterujaan apabila ratusan peminat anime dari seluruh negara hadir memeriahkan tayangan perdana eksklusif BLEACH: Thousand-Year Blood War – The Calamity, anjuran Tonton. Acara istimewa ini memberi peluang kepada peminat menyaksikan tiga episod pertama siri yang paling dinanti-nantikan itu lebih awal sebelum tayangan rasmi secara simulcast di Tonton bermula 25 Julai ini.
Seawal petang lagi, peminat mula memenuhi ruang acara dengan semangat luar biasa, mengenakan pakaian bertemakan karakter kegemaran mereka, bergambar di ruang fotografi khas serta berkongsi keterujaan di media sosial menggunakan tanda pagar #TontonxBleach dan #BleachOnTonton. Sorakan dan tepukan bergema di dalam pawagam sebaik sahaja tayangan bermula, membuktikan francais ikonik BLEACH terus mempunyai tempat istimewa dalam kalangan peminat anime di Malaysia.
Acara eksklusif ini merupakan ganjaran buat pelanggan TontonUp yang berjaya menebus pas tayangan menerusi Tonton Rewards, sekali gus menawarkan pengalaman istimewa kepada peminat untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan permulaan pertempuran terakhir Ichigo Kurosaki menentang Yhwach di layar perak.
Kehangatan acara turut diserikan dengan pertandingan cosplay yang menyaksikan para peminat tampil menggayakan watak kegemaran mereka daripada siri BLEACH. Azlin Darwinny Binti Mohd Amir, berjaya memikat hati para juri sekali gus dinobatkan sebagai Best Female Cosplayer dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500.
Bagi mereka yang terlepas tayangan perdana ini, BLEACH: Thousand-Year Blood War – The Calamity akan mula distrim secara simulcast di Tonton serentak dengan siaran di Jepun bermula 25 Julai 2026, setiap Sabtu, jam 11.00 malam, membolehkan peminat di Malaysia mengikuti perjalanan epik ini bersama penonton di seluruh dunia.
Ikuti Facebook, Instagram, TikTok dan X @tontonmy untuk perkembangan terkini serta sertai perbualan menggunakan #TontonxBleach dan #BleachOnTonton.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.